Syurga Dunia

Syurga dunia idaman!

Setiap kali melewati kawasan perumahan sepanjang perjalanan menghantar Kak Yat pulang ke rumahnya, saya akan tersenyum melihat cantik, gah dan mewahnya rumah-rumah di situ. Acap kali juga Kak Yat memberitahu saya, “setidak-tidaknya, pemilik rumah itu sudah merasa syurga, walaupun cuma syurga dunia”.

Dengan kemewahan, rumah besar, kereta besar, jawatan besar, mungkin ada perniagaan besar, bini besar (ah.. yang itu kita tak tahu ya…) bolehlah ditakrifkan dengan mata kasar bahawa pemilik rumah itu, hidup senang dan bahagia.

Dan setiap kali itu juga Kak Yat sedarkan saya, “sudahlah tidak merasa syurga dunia, bimbang syurga akhirat pun terlepas juga!” Itulah yang dirisaukan.

-Jun 2010-

202 B7

Dah dua tahun saya di sini. Sejak pindah sebab ‘menyendiri atau merajuk, sampai sekarang, dari ‘lone ranger‘ sampai sekarang budak berdua (Fana dan Adik) datang, duduk sekali…

Saya tak mampu beli, saya sewa saja. RM550 sebulan… Inilah syurga saya… Tempat berehat, tidur, melepak, kerja (siapkan kerja office dan menjahit), semuanya di sini.

Tak besar mana, cuma dua bilik tidur, satu ruang untuk family area, dapur, bilik air dan balkoni jemur kain yang kecil. Cukuplah untuk saya.

Saya syukur sebab apa yang saya mahu, saya dapat sediakan di syurga saya ni… Meja makan cum meja jahit, meja kerja, meja iron baju — pelbagai fungsi. Rak buku, dah lama saya mimpi nak ada mini library sendiri. Alhamdulillah.

Perabot dan barangan rumah pun, seadanyalah, cukup, lengkap dah bagi saya. Yang tak ada tu, kita ignore je… Bukan tak boleh hidup pun tanpanya!

Mudah-mudahan syurga ini menenangkan jiwa saya yang gelora. Lebih-lebih lagi dengan masalah kerja, masalah diri, masalah hubungan dan lain-lain. InsyaAllah.

Harapan saya, dapatlah satu hari nanti saya punya syurga sendiri, milik saya sendiri. Mungkin di Sri Iskandar. Memang niat nak balik Bota, jaga mak abah…

Sebuah rumah, dua tingkat… yang ada laman yang luas, boleh main badminton… ruang berkebun di bahagian belakang, boleh tanam serai… sebuah kolam ikan atau sebuah swimming pool… (angan-angan)

Semoga Allah SWT memudahkan jalan untuk saya mendapat hasrat saya ini. InsyaAllah.

-Jun 2014-

Twin House

Kebelakangan ini saya asyik mimpikan (atau berangan sampai sangkut dalam mimpi) tinggal di sebuah rumah jenis twin house. Oh, saya suka rumah tu. Simple, tak terlalu besar, lengkap dan susun aturnya kemas. Just like what i want.

Saya berkira-kira sekarang… nak habiskan kereta dalam tahun ini. Mudah-mudahan tahun depan saya dapat menyimpan dan membeli sebuah rumah jenis ini di KL, mungkin Ampang atau Cheras… Rumah lelong pun saya okay asal harganya tak mahal sangat (mampu milik tahap saya). InsyaAllah.

-April 2015-

Istanaku di Kampung Halaman

Makin lama saya di Kuala Lumpur ini, makin saya rasa – ini bukan tempat saya. Dan sampai sekarang saya masih belum mampu untuk rumah sendiri di KL. Saya yang miskin tegar di kota serba mewah ini. 

Perancangan saya – mahu kumpul duit sebanyak mungkin untuk beli tanah di kampung, bina rumah saya sendiri dengan budget rendah. Tak mengapa, saya pun tak suka rumah besor-besor…

Dengan budget rumah lebih kurang 80k, saya mahu rumah design kampung dan moden yang serba ringkas. 

Kampung, kena ada beranda; tangga batu untuk rumah atas; laman rumah dan pangkin; nak tanam pokok bunga sikit dan beberapa pokok limau madu di belakang rumah, dan rambutan juga. Moden pula; pintu sliding; rumah batu; dapur kering dan basah, kalau boleh yang kering – jenis island; dapur – dindingnya saya mahu guna marmar dari atas sampai bawah (old style punya marmar) – kalau kosnya besar mungkin ganti denga wall paper saja 😅😅😅; oh jubin… 

Saya boleh bayangkan istana saya ni, dua tingkat. Atas; empat bilik, bilik utama ada bilik air sekali; ruang tamu; ruang solat juga di atas. Bawah; satu bilik stor, dapur island; dapur basah; ruang TV;  ruang makan; ruang lepak dan membaca di sudut pustaka mini, bilik mandi, jamban dan satu lagi bilik air kecil.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s