Cer Cerita

Aku Tetap Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hi, nama saya Shida. Umur shhh…(rahsia), berciri-ciri 3C dan 3G (3C — comel, cute dan chubby; 3G — girly, gentlewomen, gorgeous versi women). Lagi…lagi… Baik hati, penyayang, setia, kelakar dan manja. Awssssl you all
(1st, 2nd & 3rd updated)

Saya digelar dengan beberapa nama seperti Syim, Hasydah, Shi, Nor dan Kyang (gelaran di rumah). Saya selesa dengan kesemua nama tersebut, tapi ‘Nor’ akan buat saya lebih malu mendengarnya kerana ia sangat suci bunyinya. (1st, 2nd & 3rd update)

Saya jenis yang sangat sederhana, dalam segala hal.

Belajar: Saya bermula di tadika KEMAS. Kemudian pendidikan rendah di SKPT, Bota bersama 20 pelajar lain (dalam kelas saya) dari tahun 1 hingga 6. Menengah pula di SMKDARY, Bota Kanan. Kemudian oleh kerana ditawarkan bidang Kesetiausahaan (yang bukan pilihan hati) di Polie, saya nekat menyambung pelajaran di SMKDARY sekali lagi untuk mengambil peperiksaan STPM. (1st update)

Selepas itu saya lanjutkan pengajian di UiTM, Shah Alam – FKPM dalam Komunikasi Massa (Perhubungan Awam atau PR). Alhamdulillah, Disember 2006 saya bergelar graduan. Oleh kerana kedudukan kewangan saya yang belum kukuh lagi – jadi saya tidak mampu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi, impian itu ada! (1st update)

Kerjaya: Saya kuli saja — kuli berlabel eksekutif. Saya bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Sudah lapan tahun sejak Oktober 2006. Saya bermula di syarikat ini sebagai pelajar praktikum (latihan amali). Kemudian saya diambil bekerja sebagai Eksekutif Komunikasi (buat PR)always be my soul job. Ogos 2008 saya telah ditukarkan ke satu unit yang tak kekal lama (nama dirahsiakan) — tapi kerjanya macam ‘pegawai khas‘. Kemudian tapi sejak Mei 2009 saya diminta membantu pemasaran pula. Hingga sekarang, saya seperti perlu buatnya sampai bila-bila. Alahai… (2nd updated)

Lepas buat pemasaran, saya ditukarkan lagi. Kali ini di production team – pasukan yang menguruskan khidmat jurubahasa dan mengendalikan latihan dalam bidang berkaitan terjemahan dan lain-lain. Dan seperti yang saya jangka, takkan lama pun di situ. Dalam setengah tahun saya kembali ke buat pemasaran — fokus untuk jual buku. Ini saya berkenan! Saya jaga website, fb, ecommerce web (site untuk promo dan jual buku), pastu arrange jualan di pesta-pesta buku – i like the job, but i don’t like the boss!

Lepas tu ada reshuffle organisasi… saya diminta membantu Ketua Jabatan sebagai ‘pegawai khas’ di jabatan menguruskan komunikasi, pemasaran dan jualan khidmat dan produk (buku). Saya bukan naik pangkat, tapi saya sangat gembira dengan pertukaran tu. Suka semacam naik pangkatlah, walaupun sebenarnya tidak. Kerja ini meletakkan saya pada satu standard (yang bagus). I really have fun there. Such as i do the PR job juga.  (3rd updated)

Sedihnya jodoh saya tak panjang di situ. Hujung tahun pegawai khas kepada Ketua Jabatan production letak jawatan dan saya perlu menggantikannya. Saya mula di jabatan baru ini dari Januari 2014 hingga sekarang. Setakad ini, saya layan sajalah segalanya…walaupun kerja ni bukan apa yang saya suka (memang sangat bukan untuk saya, terkeluarjauh dari jiwa saya), tapi saya buat jugalah kerana saya makan gaji — jalankan amanah.  (3rd updated)

Kegemaran: Pengurusan acara dan komunikasi dalaman (internal communication) adalah bidang kegemaran saya. Saya gemarkan buku-buku motivasi, novel-novel cereka, sastera dan komik. Tiada batasan muzik untuk saya sebab saya suka semua genre muzik — layan… Filem juga begitu.

Siapa saya? Saya sangat ringkas dan mudah. Saya ceria dan selalu bersemangat, tapi sensitif dengan kata-kata dan perbuatan. Saya banyak impian kerana itu saya menjadi pengejar mimpi. Saya pencinta perasaan ‘DIPERLUKAN’

Pantang: Saya memang pantang (sepenuhnya) dengan KRONI, pengKRONIan, mengKronikan, diKRONIkan (dan semua yang berkaitan dengan kroni) – ia menutup peluang orang lain. Saya juga tidak suka orang tidak bersungguh dan yang malas berusaha. ‘No’ untuk si langsi (berlagak)! (2nd updated)

Saya tambah lagi… Saya benci orang yang bercakap (negatif) pasal saya dalam meeting, saya benci kawan yang tikam kawan sendiri, saya tak suka orang yang tak kenang budi. (3rd updated)

Pegangan: Islam agamaku, Allah Tuhanku, Nabi dan Rasul pemimpinku, Al-Quran kitabku, Qada’ dan Qadho adalah takdirku dan yakin manusia adalah milikNYA — sentiasa milikNYA (1st update)

Impian: Waktu kecil saya dipenuhi mimpi-mimpi menjadi pemimpin di tempat sendiri – Penghulu. “Umpama mimpi dalam mimpi…” — kesudahannyapun dimimpi itu juga… Tapi bila dewasa, saya menyimpan hasrat menjadi seorang PRO — hebat menguruskan acara-acara besar. Hasrat itu terkubur bila, mimpi itu tersekat di tengah jalan. Stategi yang saya atur sejak di UiTM dulu telah tersangkut semasa tahun ke-3 saya bekerja. Mimpi sekadar tinggal mimpi saja… (2nd updated)

Mimpi saya sekarang mungkin dah berubah — mengikut kematangan usia… Saya harap dapat membeli sebuah rumah, dapat sering bawa mak abah saya bercuti, dapat bawa mereka mengerjakan haji dan umrah, dapat membesarkan cita-cita sebagai pengusaha… Insya Allah, suatu hari nanti. Tak lupa, berharap jodoh yang secocok kekal ke akhir hayat (walau pun tak jumpa-jumpa lagi…kan..) (3rd updated)

Orang kata “impian biar setinggi langit…” Saya masih mimpikan untuk jadi manusia berjaya. Mudah-mudahan Tuhan memberkati usaha dan doa saya agar suatu hari nanti ‘kejayaan’ dapat bersahabat dengan saya.

Nota:  Laman ini di’create‘ untuk meletakkan butiran peribadi saya (terpilih).
1st created: Jun 2008
2nd update: Jun 2010
3rd update: 13/8/2014