Kenen

Assalamualaikum.

Entah kenapa saya nak jugak taipkan topik ini…

Farhana, adik sepupu saya sudah mendirikan rumah tangga dan kini sedang menanti cahaya mata pertama. Alhamdulillah, saya sangat gembira untuknya. Syukur kerana dia dapat apa yang dihajati. Yang terbaik untuk kita tak semestinya yang baik di mata orang – saya percaya begitu sebab kaya, gaji besar, kereta besar, berharta, bergaya, kacak – semuanya ‘hebat di mata orang, tapi belum tentu ‘janji bahagia untuk kita‘. Dan Farhana buat pilihan yang tepat. 

Selepas Farhana berkahwin, saya ada berasa tekanan sedikit daripada Mak tentang isu kahwin ini. Saya tak pasti yang lain, tapi Mak nampak bimbang’ – bolehlah kita bayangkan “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul” dan tekanan yang akan menimpa bahuku…. Namun syukur Alhamdulillah,  Allah SWT kurniakan saya ibu yang tidak bermulut ‘Pah Bedah’ atau ‘Makcik Mulut Petir’.

Menambah ‘perisa’ pada kebimbangan Mak saya bila ada seorang sepupu (perempuan) yang membatalkan majlis pertunangan selepas pihak lelaki memutuskan hubungan. Mungkin kerana tidak sefahaman. Lagilah risau Mak saya.

Kawan-kawan pula ada yang menyindir. Mulut manusia memang tak boleh ditutup. Walaupun dalam keadaan mereka bergurau, tanpa sengaja sedikit sebanyak mengguris hati kita. Pada saya isu ini sensitif, jangan dibuat main. 

Biarlah kalau saya masih solopun, asal saya tak merampas suami sesiapa atau memecah-belahkan ‘masjid’ orang. 

Satu yang saya sangat tak berkenan, bila ada kawan bergurau – nak *’kenenkan‘ saya dengan sesiapa (jodoh kita kononnya)…dah tak ada calon (lain yang baik untuk saya), sampai sanggup kenenkan saya dengan pak guard-lah, bangla-lah… Yalah kita ni bukan siapa-siapa, saya sedar… Tapi apa dosa saya sampai letakkan saya hanya layak dikenenkan dengan mereka?

*kenenkan : ‘satukan’

Saya bukanlah nak menghina kalangan yang nak dikenenkan dengan saya tu, tapi kalau dah berkali-kali diulang cakap yang sama, saya prasangka – apa memang kawan saya ni nak mendoakan saya kahwin dengan pak guard atau bangla ke? Sampai hati doa begitu untuk saya. 

Saya sendiri sentiasa berdoa Tuhan kurniakan jodoh yang terbaik untuk saya sebagai peneman hidup saya di dunia dan akhirat. 

Adakah ‘yang terbaik untuk saya’ pada pandangan kawan saya hanyalah pak guard dan bangla? Sampainya hati mereka.

Macam post saya sebelum ini, saya ni bukan memilih sangat orangnya. Cuma demi masa depan diri dan keluarga, memang saya kena pilih yang ‘sesuai’. Lagipun “hidup kita inipun adalah pilihan“, tak salahlah saya memilih asalkan tidak ‘melebih-lebih’. Yang saya mahu pilih sekarang adalah ‘yang paling sanggup terima saya (termasuk keluarga dan gaya hidup kami) seadanya.

“Sekali sudi kau menerima sejuta kali ku kan setia..”


Saya ni jenis manusia yang mahukan jaminan, sebab itu saya tak berani buat kerja macam adik saya (kerja sendiri). Saya juga rancang semua benda dalam hidup supaya dapat jadi guideline (panduan) bila saya buat sesuatu.  Saya rancang semua, kecuali bab jodohPak guard dan bangla tadi, jelas sekali takkan mungkin sanggup terima saya seadanya. Kalau mereka tahu apa yang saya dah rancang hidup saya selepas kahwin nanti… 

  1. Belanja untuk mak abah adalah 25% dari pendapatan saya (sekarang). Dan saya mahu pasangan saya tidak masuk campur soal ini kerana pertama, yang dibelanjakan adalah duit saya, dan kedua ia tanggungjawab saya. Kalau dia (pasangan saya) rela hati beri duitnya sebagai ganti 25% saya tu, tak ada masalah…lagi saya suka. 
  2. Saya yakin, isteri boleh membantu ekonomi keluarga,  lebih-lebih lagi jika suami tidak cukup pendapatan membiayai belanja keluarga (isteri dan anak-anak). Tetapi bukanlah sepanjang masa begitu, ia patut jadi ‘kadang-kadang’ (macam kata P. Ramlee), bila perlu saja. Itu memang tanggungjawab suami. 
  3. Saya berhasrat jaga anak saya sendiri (jadi suri rumah tangga) bila saya ada tiga (3) anak. Bukan sebab apa, hanya untuk beri tumpuan mendidik anak anak sendiri. 
  4. Kerja rumah pun saya tak pandai sangat menguruskannya. Jadi perhatian dan bantuan suami sangat perlu. Sanggupkah? 
  5. Bab pendidikan anak-anak, saya tak yakin melepaskannya kepada cikgu di sekolah semata-mata. Wajib ada penglibatan ibu bapa. Lebih-lebih lagi pendidikan agama. 
  6. Selepas Abah, saya mengharapkan suami dapat jadi pembimbing supaya lebih rajin dekat dengan Allah SWT. Begitulah juga dia perlu memastikan anak-anaknya juga hidup membesar dengan amalan dan gaya hidup Islam. 
  7. Suamilah tempat saya mempertaruhkan masa depan hingga ke akhirat. Jadi masa depan yang bahagia di dunia dan akhirat (sampai ke syurga) – itulah relationship goal (matlamat perhubungan) saya dan suami. Semua ini perlukan komitmen kedua belah pihak.

Okay, yang di atas (^) semuanya bebelan saya saja… Membebel kerana saya tidak suka, benci bila kawan sibuk nak kenenkan saya dengan pak guard-lah,  bangla-lah… Saya berdoa kepada Allah SWT supaya permudahkan jodoh saya dengan sebaik-baik lelaki yang boleh menjaga saya dan keluarga dengan sejahtera dan bahagia. 

Saya pernah berniat di hati,  jika satu hari nanti Allah SWT takdirkan jodoh sepertimana yang saya harapkan (Alhamdulillah), InsyaAllah, kawan saya (yang cuba kenenkan saya dengan pak guard dan bangla) yang itulah yang akan jadi orang pertama terima kad jemputan ke majlis perkahwinan saya. 

Tapi kalau Tuhan takdirkan jodoh saya begitu (dengan pak guard atau bangla), untuk majlis itu,  saya tak akan undang kawan saya itu. Mengapa? Sebab doanyalah saya jadi begitu! Doa itu bukan doa yang saya suka! 

Saya percaya, mana mungkin Allah SWT menjawab permintaan yang kurang baik, permintaan jahat, permintaan menurut hawa nafsu, permintaan yang negatif… Tentu Allah SWT mentakdirkan yang baik untuk kita semua, termasuk saya. Mana tahu kalau jodoh saya dengan cikgu atau doktor atau polis atau kerani mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat korporat atau usahawan atau usahawan tani…  

Insya Allah, semoga Allah SWT permudahkan yang terbaik untuk saya.  

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s