Kimbali

Assalamuaikum… 

Lepas PBAKL, kemudian Ramadan dan Raya pula,  baru inilah masa saya dapat menulis di sini.  Jangan kata saya sudah tinggalkan blog ini…cuma berhalangan. 

1. Telefon saya tak dapat digunakan –  semua draf post yang saya buat lebih awal hilang. Ini Xiaomi Mi Max – jenis import jadi 128gb buildin storage. Yang lama, Xiaomi Mi Max – local, 16gb buildin storage jadi Saya tambah dengan memori kad 16gb. Telefon support 2G, 3G dan 4G. Kamera pula 16MP belakang dan 5MP depan… Saya memang puas hati dengan prestasi Xiaomi, terbaik. 

2. Saya sibuk kerja, cari duit untuk syarikat. Jualan ‘back to back‘… PBAKL17 – alhijrah – bukugantiduitraya – jualan di Majlis Raya – jualan garaj.

3. Love hate (marah-marah sayang) relationships dengan keluarga. Ya,  kita marah sebab kita sayang. Mana-manapun keluarga kita, tetaplah sentiasa kita sayang. #familyfirst 

4. Saya ‘stress‘ pasal kerja… Bila tak ada pelajar praktikal,  tak adalah yang membantu. Semua benda buat sendiri, dari pesan produk sampailah membungkus, semua kita buat. Itu tak masuk dengan kerja-kerja lain yang bukan hakiki, tetaplah kena buat juga.

Masa naik pangkat dulu, Big Boss janji – seorang pembantu (kerani), sekarang janji tinggal janji sajalah. Bukan salah diapun. Begini, oleh sebab hanya boleh dapat seorang staf (yang waktu itu ada tiga keperluan), maka terkorbanlah pembantu saya… Sebagai ganti saya diminta ambil yang dalam kalangan team saya –  NO WAY! Jadi, praktikallah jawabnya. 

Apapun, saya akan menulis balik. Telefon ini dapat Isnin, 10 Julai lalu…jadi bolehlah saya menulis semula…doakan lebih banyak post bermanfaat selepas ini. Terima kasih kerala membaca. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s