Terpukul

Assalamualaikum…

Dah bersarang blog ini…maaf, saya gagal mengirim khabar dan cerita terkini kerana kesibukan saya. Biasalah, kerja PBAKL punya hal…

Tengok tajuk – ceritanya bukan pasal saya yang telah ‘dipukul tanpa sengaja’ atau saya yang ‘tanpa sengaja memukul’ sesiapa. Ia tiada kaitan dengan aktiviti pukul memukul. Ia cuma, suatu perasaan — rasa terpukul.


Terpukul I 

Serius, waktu kNiza menyampaikan berita gembira tentang statusnya (akan datang), saya gembira sangat, tapi sambil rasa macam pipi kena penampar (dalam bayangan). 

Selalu gelak sendiri mengenang rasa terpukul yang saya rasa. Rasa terpukul itu datang dari rasa kalah. Kalahlah… kalah dengan seorang ibu tunggal berusia awal 40-an. 

Ini bukan kes berebut lelaki ya… hahahaha

Tahniah KNiza, kini kembali sebagai tunangan orang, khabarnya seorang Ustaz. Alhamdulillah, semoga bahagia KNiza dan Marsya dengan pendamping baru. Harapannya agar pendamping ini dapat memenuhi kekosongan mereka berdua. 

Terpukul II

Alhamdulillah, Cikgu Datul sudah berbadan dua. Tumpang gembira untuk dia dan Hairy. Doa saya agar ibu dan baby sihat sentiasa.

Inipun boleh buat diri rasa terpukul ini. Terpukul bila orang lain bertanya (sebenarnya menyindir) dengan menggunakan topik itu sebagai bahan sokong sindirannya…contoh, “eh kawan ko nak beranak pinak dah, kau berlaki pun belum..” 

Keras sindiran tu. Tapi… “Hati kau keras Roy!”

*Roy : Watak Faizal Hussein dalam Gila-Gila Remaja

Terpukul III

Yang ini cerita lama, saya cuma teringat bila memikirkan KNiza dan pasangannya (yang tak pernah terfikir selama ini). KNiza dan pasangannya bukan apa-apa, ‘Ruminah Sidek bertunang dan nikah’ – ini yang gempak! 

Waktu kakyong memanjangkan berita ‘Ruminah Sidek bertunang dan nikah’ — gila, rasa terpukul sehingga cedera. Isunya, saya kalah dengan awek umur 70 tahun dan sudah beberapa kali menjanda.


Terpukul IV

Seorang boss saya (saya ramai boss, sila teka yang mana satu), perkenalkan awek barunya kepada saya dan kawan-kawan tiga hari lalu. Amboi, awek bolehlah tahan rupanya – muda dan cantik, tapi nampak ‘murah’ dengan cerita lampau bila dia (awek tersebut), sebelum ini, pernah cuba mengorat seorang kawan lelaki kami yang lain. 

Biasalah janda perlu tempat bergantung — ini yang ‘memurahkan’. Yang lelaki pun, untuk pendamping kedua dan seterusnya, selalu pilih janda. Janda pun tak apa, kalau niatnya nak membantu – InsyaAllah, DIA akan bantu.

Cuma, betul ke niat tu nak membantu? Keluarga sendiri sudah cukup dibantu? Jaga-jaga ya (ketua keluarga), ini yang dihitung dulu di akhirat nanti.

Abang pilih yang mana,

Perawan atau janda,

Perawan memang cantik,

Janda lebih menarik…

p/s : tak ada kes saya nak dengki. Sekadar kenangkan nasib si isteri yang tidak layak dikhianati. Berbakti kepada anak-anak dan suami, ini pula yang suami beri.

Terpukul V

Lamanya tak jumpa Naim. Selepas dia minta tidak diganggu – kerana perlu masa bertenang, selepas kehilangan ibunya. Saya tak ganggu betul-betul. Saya ‘kosongkan’ dia. Sebab jika dia perlu teman, dia takkan minta kita menghindar…

Kebetulan dia diarahkan ke PBAKL, dia nampak saya – tapi dia tidak menegur saya, malah tak nampak senyum pun kepada saya. It’s okay, I’m cool with that. Cuma nampak dia berborak dengan Cik Korea (Sarima). Rasa terpukul sikit!

Tengok dari jauh, saya berprasangka-lah pulak. Amboi, Cik Korea ni nak try Naim ke? Saya cemburu, gila!

Cemburu? Tak sangka! Masih menaruh sayangkah? Tak mungkin! Tapi rasa cemburu tu sangat kuat dan lebih membuat hati berasa terpukul. 

Masa tu bermain-main dalam kepala lagu Wali Band “Yang” dalam kepala.

#sakitnyatudisini (di hati, rasa terpukul).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s