Penat . Adiwira . Rehat

Assalamualaikum 


Penat

Betul, lama betul saya ambil masa untuk menulis di laman ini. Saya banyak kerja… saya sibuk…saya penat!  Penat layan kerja, lagi penat layan orang… #mcmharam (kata-kata maki tahap dewa).


Adiwira 

Minggu lepas saya tengok Adiwira. Filem tentang pelajar sekolah Melayu (kampung) yang masuk pertandingan coral speaking. Dari zero to hero, cerita ini kisah benar yang banyak memberi inspirasi. Serius bagus, terbaik. Yang tak baiknya, satu saja — penonton tak ada!

Waktu saya menonton hanya ada 6 orang penonton lain. Panggung kosong. Selalukan kita dengar, orang cakap, “I tak tengok movie Melayu di panggung…buang masa, buang duit, cerita ntah apa-apa…” – mereka ni yang pernah terkena, tengok thriller filem hebat, menarik, bila tonton filem – cerita tak membina, tak beri manfaat, cerita kosong, tayang hero dan heroin cantik saja. Filem yang indah khabar dari rupanya.

Itulah sebabnya penonton filem Melayu makin kurang. Mereka kecewa. Filem kita wajah kita… Inilah wajah kita, wajah kecewa. 

Adiwira ni, filem mengenai orang Melayu, masyarakat Melayu, tapi pembikinnya bukan Melayu. Mungkinlah orang tak mahu tengok sebab 80% dari cerita ini guna bahasa Inggeris. Tapi eh tentulah, takkan coral speaking guna bahasa Melayu. Lagi pun watak utamanya guru bahasa Inggeris berbangsa India. 

Saya harap sangatlah filem ini ditonton boleh ramai orang. Supaya sedikit sebanyak ada pengajaran kita dapat, boleh diserap masuk dalam hati kita. Sebagai contoh, cikgu ni kerja dia tak habis walaupun selesai waktu sekolah. Malam pula dia jadikan rumah dia tempat lepak pelajar  (aktiviti pendidikan). Cikgu tu, tak pernah ada niat nak berkira…sebab pada dia nak usaha-usaha betul-betul. Itu yang usaha siang malam tu. 

Kita? Waktu kerja pun nak berkira…balik tak boleh lewat seminit pun. Kita sajalah yang ada keluarga menanti di rumah. Orang lain tak ada? 



Rehat

Dari Januari sampai Mac, saya sangat penat. Saya hanya dapat cuti hujung minggu sekali saja dalam sebulan, yang lain semua kerja. Kerja di luar dan kerja di dalam pejabat. Penatnya Tuhan saja yang tahu. Dengan bahu rasa macam ‘terkoyak’ni, Ya Allah sakit amat, cuma selagi boleh tahan, kita usahakanlah. 

Memikirkan bila kita cuti, siapa nak ganti kita…saya akhiri segala-galanya dengan keputusan – kerja, amanah kita dengan majikan. Dah adat orang makan gaji untuk berkhidmat bersungguh-sungguh. Kalau tak sanggup berkhidmat seperti orang makan gaji, berhenti kerja!

Mujur…. Tuhan beri saat kita paling perlu. Akhir saya boleh cuti tanpa perasaan berbolak balik. Nurul Farhana nak kahwin dua minggu lagi… Saya tak sabar nak balik kampung, berehat. Kebetulan pula Datul pun kahwin minggu sebelunya — saya ambil cuti panjang. Dan macam yang Nuar cakap, ramai yang boleh ambil alih job saya… Jadi saya akan benar-benar cuti.😂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s