tips@top : Kekal Berhubung (Silaturrahim)

Assalamualaikum, 

Minggu lalu cuti Tahun Baru Cina, saya balik kampung – rutin bulanan, melepaskan rindu pada Mak Abah. Kebetulan pula Abah (dengan beberapa orang saudara) menganjurkan program kekeluargaan: Majlis Pertemuan Waris Tok Ude Kota

Program bertujuan mengumpul waris Tok Ude Kota. Kalau ikutkan congakkan saya, Abah saya adalah generasi ke-5 Tok Ude Kota. Program ini berjalan lancar dan hampir 400 waris hadir. Daripada pangkat cicit dan seterusnya. Antara sumber nak mengumpulkan mereka dalam program ini adalah dengan menjejak waris melalui kenalan. 

Bukan nak cerita pasal Tok Ude Kota, tapi nak mengajak anda (pembaca) untuk tidak mengabaikan hubungan persaudaraan

Kadang-kadang kita ambik mudah tentang isu persaudaraan, malah kita anggap ia tidak penting sampai akhirnya hubungan kita dan saudara kian menjauh. Kita sendiripun tak sedar ia makin lenyap (hilang). Contoh:

1. Bila saudara buat kenduri, kita tak hadir. Kita suruh Mak Abah saja yang pergi. Kita lebih selesa tinggal di rumah, tengok TV.

2. Bila ada saudara yang sakit, kita tak pernah pergi melawat atau bertanya khabar.

3. Bila hari raya, kita pula tak rajin menziarah saudara di rumah mereka. Bila mereka pula datang ke rumah, kita melepak di bilik dan bukannya nak bersembang atau bertegur sapa.

4. Usahkan nak berjumpa, berhubung dengan telefon pun kita malas. 

5. Kita tak setuju dengan saudara dan diapun sama (tak setuju dengan kita juga). Sama-sama tak nak tunduk, sama-sama tak mahu mengalah. Sudahnya hubungan itu yang kalah.

Semua yang di atas adalah dilema yang mula-mula jadi lubang cacing tapi lama-lama ia jadi jurang curam besar yang memisahkan persaudaraan, memutuskan hubungan silaturahim.

Berikut saya senaraikan tips@top tentang bagaimana untuk kekalkan hubungan kekeluargaan:

  1. Selalu bertanya khabar – semudah-mudah jualan untuk mengekalkan hubungan adalah dengan ‘mengambil berat’ akan hubungan itu. Caranya, bertanyalah khabar… gunakan telefon, ber’helo-helo’ atau sembang guna WhatsApp pun dah cukup.
  2. Berziarah – bukan susah, bila ada masa lapang tu pergilah melawat. Mulakan dengan saudara mara yang rumahnya paling hampir dengan lokasi kita. Kalau yang jauh-jauh pula, bila kita berapa berhampiran dengan kawasan rumahnya kita menyinggahlah kejap… buah tangan tak penting, yang penting kunjungan kita.
  3. Berhubung – mengucap selamat. Ini pun sebenarnya benda mudah, tapi nak buatnya payah. Hantar saja pesanan – ucapan hari lahir, ucapan tahniah dan takziah (sesuai situasi) atau paling tidak kirimlah kad raya…berbunga hatinya nanti.
  4. Program keluarga – sekarang memang ramai yang buat, dah jadi trend. Ada yang buat reunion, hari keluarga, bercuti bersama-sama, berkhemah, sukaneka dan macam-macam lagi. Dan tak susahpun, kalau bukan kita yang uruskan – kita serta sajalah… yang penting hubungan sesama saudara mara bertanya erat.
  5. Hadiri majlis – majlis khatan, kahwin, sambut menantu, kenduri, akikah dah apa saja majlis yang saudara anjurkan, kita hadir. Tak perlu hadir semua jika tak berkesempatan, tapi jangan tak pernah datang terus. Nanti dicap sombong!
  6. Gunakan media sosial – senang! Kita add friend-lah saudara mara kita di FB. Jadi status dan acaranya kita tahu… Boleh hantar pesanan, ucap selamat… barulah guna FB dengan betul, bermanfaat.
  7. Hulur bantuan – ini penting! Waktu saudara mara susah, kitalah sepatutnya yang lebih awal membantu sebelum pihak lain. Kita perlu mainkan perasan kita. Tuhan pun kata – kalau kita berharta, sejahterakan keluarga kita dulu, ibubapa dan adik beradik kita dulu, baru tolong orang lain.
  8. Buang ego – tinggal perbezaan fahaman politik. Pernah tak dengar cerita, adik beradik bergaduh kerana fahaman politik berbeza. Bab politik ni simpan kat hati masing-masing, jangan nak dikeluarkan dari mulut yang akhirnya – hmmm masing-masing tak bertegur. Dan cubalah faham, berbezaan pandangan sepatutnya mematangkan kita. Bila dah bergaduh, jadi sangat tidak datang pula. Kesian!
  9. Lupakan perselisihan – kalaupun kita pernah bertelagah, tak sependapat..tapi demi keluarga, atas nama persaudaraan – kita wajib jernihkan suasana. Tak eloklah saudara mara bergaduh sesama sendiri, lebih-lebih lagi kerana tanah sekangkang kerja.
  10. Perasaan sayangkan hubungan persaudaraan – ini perlu diserapkan dalam hati kita daripada kecil lagi. Kalau sudah ada anak, ajar mereka sayangkan keluarga, sayangkan adik beradik dan saudara mara.

    Maaf, memang pos ini dah mana didrafkan, dua (2) bulan dah kut… baru hari ni dapat diselesaikan. Semoga masih tabah dan akan terus tabah.

    Advertisements

    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s