What A Gentleman 

Assalamualaikum…

Saya ni malas nak cerita bab-bab ni, tapi sebab saya geram – kali ini saya akan buat jugak!

Beberapa bulan lalu, saya ada kenal dengan seorang ‘mamat’ ni. Saya teruja berkenalan dengan dia, walaupun pada awalnya dia ‘kedengaran macam rendah diri orangnya’. Yalah, saya bukan memilih bila berkawan… Tak kiralah kerja apa, muka lawa ke tidak, banyak duit ke tidak – saya tak letakkan ini sebagai kriteria. 

Tapi sebab saya melayan text dia (namanya Zaim Toq) setiap hari dan setiap hari juga dia buat darah saya naik – jadi saya angkat tangan – goodbye lah..

Walaupun dah kata goodbye – dia masih ganggu saya. Mula-mula dia  hantar lagu-lagu cinta kecewa, kemudian hantar pula lagu-lagu yang mengisahkan perempuan curang. Macam-macam… 

Saya ada memberi amaran kepadanya supaya jangan menghantar lagi bahan begitu – saya tidak berminat. Tapi dia masih buat benda yang sama. Dan apabila saya bertanya terus kepadanya, dia kembali membuat apa yang saya tak suka sampai darah saya naik… sudahlah tekanan darah saya selalu tak menentu sekarang.

1. Dia menjawab soalan saya dengan soalan. 

S : Awak ada masalah ke dengan saya?

Z : Awak rasa?

2. Tidak pernah menjawab soalan, tetapi mempertikaikan soalan kita.

S : Kenapa awak masih hantar lagu dekat saya? Awak tak fahamkah bila saya kata – jangan, saya tak suka, tak mahu?

Z : kenapa pulak? 

S : suka hati sayalah, saya tak mahu.

Z : apasal nak ikut hati? Dah tak ada akal fikiran ke?

3. Menggunakan ayat-ayat berbaur angkuh, berlagak, sombong, perasan hebat.

Z : Saya tak ke kedai hari ni. Staf jaga kedai. Apa guna ada staf kalau saya jugak nak kena turun kerja hari-hari.

4. Tak pernah ada fakta, selalu bercakap ikut sedap hati dia. Memang bila dia bercakap tu macam bodoh, macam tak membaca, tak tengok berita dan tak ada maklumat.

S : Banjir, saya kena balik kampung. Risau…

Z : Media je yang membesarkan cerita!

S : Hello, tak baca surat khabar ke? Tak tengok berita TV? Ada air pasang besar di Penang. Tempat perlindungan mangsa banjir pun dah dibuka. Kedah dah banjir, sebahagian Perak dah mula bah. Kebanyakan empangan dah penuh air. 

5. Dia penunggang agama – orang kalau alim pun dia tak cakaplah tentang dirinya yang rajin beribadah, rajin mengaji. Rasulullah pun, kita dengar cerita dari sahabat dan keluarga baginda, yang diceritakan sampai hari ini. Tak cukup itu, siap hantar bacaan Al-Quran dekat kita, tak tahulah dia yang baca atau rakaman bacaan orang lain. Hantarlah hadith bagai, untuk mengajar, kononnya kalau saya tak tahu saya boleh tanya dia. Ceh!

Z : Saya setiap hari mengaji. Bila ada masa terluang je mengaji. Memang hobi saya mengaji Al-Quran.

6. Suka putar belit ayat. Putar belit tu bukan sebab dia nak menipu, tapi dia pusing ayat supaya apa yang dia cakap jadi betul dan kita perlu setuju dengan dia. Kurang ajar!

Sambung tentang banjir… 

Z : yalah, memang sekarang tengah musim banjir, tapi itukan takdir Allah. Terima jelah! 

7. Perasan bagus 

Z : Bab promosi kedai nanti saya akan buat semula

S : kalau mahukan bantuan, bagitaulah saya. InsyaAllah saya boleh 

Z : saya dah lama berniaga, kedai ni kedai saya, saya lebih tahu tentang promosi dan marketing

S : faham, cuma saya maksudkan kalau mahukan bantuan. Saya dulu belajar masscomm PR di UiTM dan hampir sepuluh tahun bekerja dalam skop berkenaan di syarikat saya

Z : saya manage FB kedai sendiri

S : oh ya, saya juga admin FB, Twitter dan IG syarikat tempat saya bekerja, uruskan (renew) empat website dan ecommerce (kedai jualan atas talian) untuk syarikat. Dan satu lagi, saya yang manage Whatsapp sales.

Z : pengalaman saya bekerja dalam industri makanan dan minuman lebih perlu bila bersangkutan dengan promosi dan marketing. Itu lagi penting!

Yang lebih teruk pasal Zaim adalah dia tak pernah faham ‘bahasa’. Kita dah kata jangan, dia masih buat. Apa dia ingat bila buat begitu saya boleh jatuh hati dengannya? Mungkin tidak! 

Akhirnya, selepas kerap diganggu, saya putuskan untuk block saja no telefonnya. Harap dia tidak mengganggu lagi. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s