21 Hari

Assalamualaikum… Salam sihat wal’afiat semua.

Hari ini, tarikh ini bermulalah ‘cabaran 21 hari’ saya untuk mengurangkan lemak dalam badan. Nota : kurang LEMAK, bukan BERAT BADAN. Tapi oleh kerana keduanya bersangkut paut, maka ia akan berkuranganlah sedikit. 

Saya dan Noor sertai cabaran ini anjuran Mercato Fitness Enterprise (MFE), syarikat sama yang mengendalikan kelas Zumba kami di pejabat. Bermatlamat yang sama — kami cuma mahu sihat sedikit dan mahu tambah tenaga dan menjadikan tubuh kami lebih fit

Program berharga RM170 ini, harap-harapnya mampu mengubah kami dari sudut disiplin, semangat dan istiqamah dalam menjayakan misinya. InsyaAllah, berbekalkan panduan dari MFE dan sokongan rakan-rakan, mudah-mudahkan usaha ini berjaya.

Daripada hasil pemeriksaan berat semalam, berat Saya bertambah lagi — 76.3 kg. 


Terkejut juga tengok detail yang diberi oleh staf MFE. Mahu atau tidak, saya sudah perlu ‘mula’ sekarang. Nanti, lain kali takut sudah terlambat.

Saya tak pandai sangat nak baca sangat tentang detail yang diberi (timbangan) tadi tu, tapi apa yang perlu dikurangkan (menurut kata pegawai MFE) adalah:

  • Fat 9 — 6
  • 59an — 30an 
  • 76.3 — 66.3

Doakan saya dan Noor berjaya ya. Terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s