Permainan Nasib Alam Maya

Assalamualaikum…

Saya tak tahu sama ada anda pernah cuba permainan ala-ala tilik nasib, ujian nasib berdasarkan tarikh lahir dan bacaan horoscope anda yang selalu ada di media sosial. 

Antara yang popular sebab sediakan tilikan mengarut adalah Vivan dan Namastee (kalau di Facebook). Permainan tilikan mereka yang popular pula :

  1.  Wajah anda bila tua
  2. Jodoh anda
  3. Tarikh perkahwinan anda
  4. Kerjaya yang sesuai dengan anda
  5. Wajah and miri selebriti mana?
  6. Kereta paling sesuai untuk anda

Tilikannya memang banyak yang saya jumpa…macam-macam. Tapi semuanya adalah permainan semata-mata. Kalau anda mencubanya, jangan anggap betul pulak. Benda tu pun dicipta dan cara penilaian keputusan permainan dikira dari profile, aktiviti, gambar dan status kita di media sosial. Tiada yang tepat. Lagipun kan tak boleh percaya kepada tilikan nasib, berdosa. 

Jom kita tengok tilikan sepanjang 2017 untuk saya yang diperoleh melalui permainan ini :-

Memang seronok membaca penilaian tilikan daripada permainan ini. Berbunga-bunga hati… Hakikatnya, ia cuma permainan! 

Januari – saya hari-hari jumpa boss di pejabat. Malas saya nak lepak dengan dia, di office saja sudah…
Februari – I’m looking forward for this, if it’s true!

MacWow, I’m excited. Who’s the lucky guy?

April – kenangan indah??? Time ni ‘Pesta Buku’. Mungkin, memang akan jadi kenangan terindah, jika ini kali – pesta buku terakhir saya.

Mei – cuti dengan Noor? Kena tunggu Hari Keluarga Jabatan – jadualnya bulan Julai.

Jun – Naik gaji, yes!

Julai – berhijrah, saya harap itulah perubahan besar untuk saya. Kerja baru!

Ogos – mesti. Setiap bulan pun begitu patutnya.

September – Quvi??? Siapa ni?

Oktober – Alhamdulillah, memang mengharap sangat dapat beli rumah. Dah patut ada pun sebuah.

November – Ya Allah, syukur Alhamdulillah kalau betul-betul berlaku. Puasa 3 hari dan saya akan beri sedekah kepada anak-anak yatim jika betul jadi kenyataan. 

Disember – Pindah rumah… Iyalah, dah kahwin pindah rumah la…
Ini satu lagi, permainan horoscope. Ramai yang baca, tak kurang juga yang percaya. Saya jadikan ia bahan bacaan sahaja.


Nasihat saya, permainan tilikan atau bacaan nasih masa akan datang ini mainlah sekadar permainan sahaja. Jangan dipercayai sehingga rancangan pula dipengaruhi olehnya. Sebab segala yang akan berlaku adalah takdir Allah. Kita sebagai hamba hanya boleh merancang, yang menentukan DIA, Allah SWT Yang Maha Esa. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s