tips@top : Buat Azam Baru

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2017. 

Doa saya semoga 2017 lebih membahagiakan kita. Mudah-mudahan negara kita bebas dari pemimpin yang tidak jujur, ekonomi negara ‘sihat’ dan politik Malaysia bersih. InsyaAllah. 

Beberapa hari lepas saya terbaca, mengapa kebanyakkan orang tidak berjaya mencapai azam barunya setiap tahun. Asbab yang banyak diperkatakan adalah sebab tidak bersungguh-sungguh mengusahakan tindakan untuk mencapai azam dan penetapan azam itu sendiri yang sebenarnya di luar kemampuan serta keupayaan Tuan punya badan…

Dalam sebuah artikel (yang kelakar), cara yang dicadangkan untuk mudah mencapai azam adalah dengan menterbalikkan azam yang ingin dicapai. Contoh:

Azam sebenar : belajar rajin-rajin — Tak pernah berjaya, asyik gagal saja.

Azam yang diterbalikkan : Tak payah belajar sebab engkau bukan ada masa depan, engkau takkan mampu masuk universiti dan kerja ‘besar’. Jangan mimpi nak hidup mewah, senang, nak berbini pun engkau tak layak.

Rasionalnya : menulis azam macam menulis takdir. Bila kita baca azam kita kerap kali (yang negatif tu) kita akan berusaha melawan takdir kita sendiri. Kita mahu buktikan yang kita boleh berjaya.

Pada saya : azam juga satu bentuk doa dan harapan. Kita berdoa kepada Allah SWT untuk kabulkan harapan dan keinginan kita. Jika kita rancangkan dengan baik, InsyaAllah baik jugalah yang diberi-NYA. Jadi, saya menolaklah kaedah menterbalikkan azam.

Bagaimana nak buat azam yang baik? Ini saya kongsikan tipsnya:

1. Tetapkan matlamat – Yang utama, kita kena matlamat. Matlamat itu adalah apa yang kita nak kejar, yang kita nak capai, yang deminya kita sanggup bersusah payah berusaha. Ingat, matlamat yang baik akan memaksa diri kita untuk berusaha, dan ia juga menjadi ‘motivasi’ menguatkan semangat dalam diri kita. Nak buat matlamat tu kena betul juga, kena ada semua yang di bawah:

(a) terperinci dan jelas – contohnya: azam saya nak beli sebuah super scooter, jenama Honda, jenis X-ADV dalam tahun ini.

(b) boleh diukur – contohnya: super scooter berharga RM15,000. Keperluan duit muka, RM3,000. 

(c) mampu dicapai – contohnya: Sebulan – boleh simpan RM1,000. Januari hingga Mac, cukup RM3,000 (bayar duit muka). Beli motor secara hutang pada bulan April. Bayar hutang RM500 dari April 2017 – Mac 2019.

(d) realistik, bukan mengarut – contohnya: kedudukan kewangan seorang eksekutif, tanpa hutang kad kredit dan lain-lain yang membebankan, saya mampulah nak membeli motosikal berkenaan. Kalau saya mahu beli Harley Davidson mungkin tidak layak, malah tidak logik langsung!

(e) tempoh masa – contohnya : pada bulan Januari mula simpan duit, diikuti Mac booking super scooter. April 2017 mula bayar hutang hingga Mac 2019.

2. Senaraikan azam – Bila matlamat dah ada, apa lagi… kita tuliskan. Kalau ada banyak azam, kita senaraikan semuanya…

Susun ikut aturan azam yang paling mudah dicapai – letak paling atas. Bukan nak jadikan azam itu yang utama, semua azam penting untuk dicapai. Tapi sebab nak mudahkan perlaksanaan kita untuk usahakan yang paling mudah dahulu. 

Dan dari sudut motivasinya, supaya kita tak putus asa. Contoh, kalau buat azam yang paling sukar dicapai dahulu yang akhirnya kita gagal — terus give up.

Siap tulis, letakkanlah ia di tempat (ruang) yang kita akan kerap pandang. Tujuannya bukan apa, untuk pastikan kita selalu nampak dan sedar untuk berusaha mengejarnya/mencapainya.

3. Rangka pelan tindakan – Ada azam kalau tak merancang strategi perlaksanaan (pelan tindakan) pun tak guna. Nanti azam takat jadi mimpilah.

Jadi mulalah kita merangka pelan tindakan atau gerak kerja yang boleh dilaksanakan untuk mencapai azam kita. Pelan tindakan kita perlu mengandungi apa yang nak dikerjakan, bagaimana nak mengerjakannya, bila nak dikerjakan, di mana mahu dikerjakan, siapa yang boleh bantu… Cukup menjawab semua itu, maka lengkaplah pelan tindakan kita.

Pelan tindakan boleh jadi gerak kerja step by step atau jadual tugas (time frame). Apa sajalah asal dapat jadi panduan (guideline) kita bila berusaha mencapai azam.  

Ingat pelan tindakan juga sepatutnya memotivasikan kita untuk berusaha. Lepas satu tindakan, diikuti tindakan lain – sampailah kita berjaya capai azam kita. 

Kadang kala, pelan tindakan kita tak menjadi – mungkin kerana gerak kerja atau usaha kita tersilap (kurang baik), ada jugak yang awal-awal buat rancangan alternatif siap-siap dalam pelan tindakannya. Elok juga begitu. 

Tapi kalau kita sudah rancangkan dengan baik, saya yakin masalah tak akan wujud dan Pelan B tak perlu ada. Asal kan Pelan A (pelan tunggal) dibuat dengan baik.

4. Usahakan – Orang kata ada azam (cita-cita) saja tak guna kalau tak berusaha. Jadi Mat Jenin sajalah kita. Satu lagi, takat niat saja tak jadi, nak suap Nasi ke mulut pun kena usaha (menggerakkan tangan), inikan pula nak capai/dapatkan sesuatu…semua kena usaha!

Untuk capai yang dihajati, usahalah (kerjakanlah) mengikut perancangan. Laksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sabar. Tak ada benda yang dapat sekelip masa, ia ambil masa dan kesungguhan kita. Selalu ingatkan diri tentang apa yang kita mahu (matlamat) dan mengapa kita benar-benar mahukannya – ia akan kuatkan semangat kita untuk berusaha dan terus berusaha. InsyaAllah. 

5. Berdoa – Perkara paling akhir selepas kita menetapkan matlamat (azam), merancang gerak kerja (pelan tindakan) dan berusaha (laksanakan pelan tindakan), tentulah berdoa dan berserah kepada kuasa Allah SWT.

Iyalah, rezeki kita ni datang dari Allah. Jadi kita sentiasalah memohon doa dari-NYA, meminta agar dipermudahkan impian kita untuk mencapai azam. 

Lagipun sesetengah perkara adalah takdirnya…macam jodoh. Kalau impian kita nak kahwin tahun ini, bab mencari duit belanja perkahwinan bolehlah kita usahakan, nak cari calon pun kita boleh cuba usahakan..tapi bab jodoh tu sendiri memang urusan Tuhan. Yang kita mampu buat adalah doa sungguh-sungguh. 

Okaylah, untuk tahun ini, 2017, saya doakan semoga segala azam Tuan/Puan dipermudahkan untuk dicapai. InsyaAllahu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s