Bahagia 2016

Assalamualaikum

Post terakhir (yang sebelum ini), Saya ceritakan apa yang dialami atau dugaan untuk saya sepanjang mengharungi tahun 2016. Macam negatif sangat bunyinya. Sebenarnya tidak, saya bukan begitu. Saya tetap bersyukur sebab ada banyak juga perkara membahagiakan yang sempat saya nikmati pada 2017.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah senarai 20 perkara membahagiakan saya pada 2016:

1. Blog ini masih ‘hidup’. Ya, sejarahnya blog ini bermula pada 2008. Dalam kekalutan waktu saya, yang asyik sibuk bekerja tahun ini hanya ada beberapa post. Tapi kemuncaknya, apabila saya tulis sedikit review tentang  pengalaman saya sendiri sewaktu cuba menggunakan portal dating dan cari jodoh online. Dari situ adalah beberapa rakan pembaca yang subscribe blog ini. Oh dan saya terima emel serta komen membina dari mereka juga. Bahagianya….

PENGUMUMAN : bermula 2017, sesiapa sahaja yang subscribe blog “shi & kisahnya” atau yang memberi komen serta kritikan membina dan yang mengirim emel; mereka akan menerima buku terbitan ITBM atau Penerbitan Langit sebagai cenderahati daripada saya.

2. Saya naik pangkat. Selepas 10 tahun, inilah masanya saya rasa usaha sebagai pekerja benar-benar diangkat. Walaupun tidaklah tinggi mana, namun ianya bukti bahawa ‘usaha itu tangga kejayaan’. Terima kasih majikan, semoga syarikat kita bertambah-tambah rezeki dan berkat. InsyaAllah 

3. Menabung. Ya Allah, syukurnya saya. Seumur hidup, inilah pertama kali saya dapat benar-benar menabung (yang tak korek balik). Caranya, saya main kutu dan hasilnya saya bagi semua dekat Mak dan Abah, sebagai tambahan untuk belanja mereka ke Mekah nanti. Untuk tahun depan, saya dah sedia dah… kali ini simpan lebih banyak… Semoga dipermudahkan.

4. Dapat ‘UP’ duit Mak Abah. Saya bagitau ni bukan sebab saya nak berlagak…tapi sebab saya suka sangat-sangat bila berjaya tambah duit untuk mereka. Saya dulu, masa mula kerja gaji RM1,100 saja. Dapat bagi Mak Abah pun RM100 saja… Alhamdulillah saya kini mampu bagi 20% daripada gaji (sekarang) saya kepada mereka. Ini nikmati Allah yang tak akan saya dustakan. Terima kasih Ya Allah. 

5. WQB a.k.a Red Ferrari dah habis bayar. Yahoo..! Seronoknya. Alahai itulah duit yang akak guna untuk belanja berpoya-poya sekarang ni…

6. PTPTN langsai. Saya sepuluh tahun berhutang PTPTN. Lepas Belanjawan 2016 umumkan diskaun 10% dengan bayaran KWSP, saya nekad nak jelaskan hutang. Yes, berbekalkan duit daripada akaun satu (1), dapatlah saya jelaskan hutang itu. Syukur Ya Allah. Biarlah KWSP sedikit, asal hutang berbayar. Adat yang meminjam, pandai pinjam pandailah bayar…

Thanks to kak Aznie sebab dia yang mudahkan urusan saya membayar hutang ini. Semoga dia juga dipermudahkan urusan pembayaran hutangnya.

7. Red Ferrari.  Daripada Black WQB saya telah tukarkannya kepada Red Ferrari. Hahahah…Saya tukar colornya. Gempak, nampak lebih muda. I will love you forever. Forever ever!

8. Kerjaya I. Idea jual buku menggunakan aplikasi WhatsApp sangat ‘menjadi’ pada saya. Alhamdulillah, inilah sebenarnya yang menarik saya ke laluan yang betul dalam kerjaya. Saya sedikit tertekan menguruskannya, tapi berbaloi; saya lebih dikenali dan paling penting, ia berjaya bawa duit kepada syarikat – ini yang utama. 

9. Kerjaya II. Lepas tiga (3) angota team meninggalkan kami (berhenti kerja), team mengalami banyak kesulitan. Icad, Erol dan Wan pergi, kaku jugalah langkah kami. Saya anggap semua anggota yang ada dalam team cacat (bukan kurang upaya), cuma kekurangan daya. Contoh, saya – tak mampu mengangkat kotak; Ina – ada anak kecil yang masih menyusu badan, jadi tak bolehlah dia nak buat job outstation. Contohlah… Tapi dngan kemasukkan Noor dan A.Fadil, Alhamdulillah banyak membantu. Mereka ni  perform cemerlang.

10. Kerjaya III. Dalam satu-satu team, yang paling payah adalah nak menyatukan semua anggota team. Masing-masing nak jaga hal sendiri. Dari jadual tugas sampailah hari cuti, semua pakat nak menyenangkan diri sendiri. Mujurlah, makin lama bersama, team saya makin faham maksud tanggungjawab dan memahami keperluan bertolak ansur terutama  bila bekerja dalam satu pasukan.

11. Hijrah. Yang penting… niat tu ada! Selepas 10 tahun berkhidmat di syarikat (yang saya kerja ni), akhirnya kali ini saya benar-benar yakin untuk berhijrah dan sekarang saya sedang (serta tetap akan) usahakannya. Baru-baru ni ada jugalah mohon satu jawatan di Sri Iskandar. Saya berharap sangat ‘tersangkutlah’ kali ini. Misi saya adalah untuk berkhidmat di Perak. Kalau dapat area Sri Iskandar tu bonuslah… boleh duduk dengan Mak Abah, jaga Mak Abah. 

12. Telefon. Betul WhatsApp sales yang saya buat berhasil, saya suka. Tapi ia tetap memberi tekanan terutamanya waktu saya bercuti. Serba salah dibuatnya. Hujung tahun ni, dapatlah saya no. telefon baru, yang akan menggantikan no. telefon saya yang digunakan sebagai untuk WhatsApp sales syarikat. Lebih dari itu, saya sudah bayar package untuk telefon baru – Xiomi Max. Always be my favourite phone, Xiomi.

13. Khatam. Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya khatam mengaji (sendiri). Masih mengaji di kelas PPIDM, cuma dengan ustaz lambat lagi nak khatam. Bila mengaji sendiri, disiplinnya adalah mengaji dua (2) halaman tiap kali selepas solat Maghrib dan Subuh. Selebihnya masa bulan Ramadan tu, bacalah lebih banyak halaman.

14. Ngaji. Nak kekal belajar ngaji (tajwid) memang payah, banyak dugaan. Dengan tak ada masa, dengan beban kerja, badan penat. Berbagai alasan. Lagi pulak saya ikut kelas malam. Paling tidak tersengguk dalam kelas. Syukur Alhamdulillah, Tuhan kuatkan semangat, dapatlah saya istiqamah pergi kelas. Ini tahun ke-2 belajar di sana.

15. Aktif. Tahun ni saya banyak sikit bersukan. Saya main badminton masa tournament inter department tempoh hari. Sebelum tu saya join Zumba di MSN Wangsa Maju. Sekarang syarikat pula buat program Zumba setiap Selasa, sihatlah sikit. Walaupun badan tu taklah ringan lagi. 

 16. Jodoh. Kata orang “jodoh pun kena usaha, bukan tunggu semata-mata.” Ya, saya dah mencuba, berusaha. Usaha I : gunakan dating site dan laman cari jodoh online – tidak berjaya, semua dalam tu macam tak jujur dan terlalu memilih. Saya masih semangat, usaha lagi. Usaha II : cari telangkai (matchmaker atau tukang cari jodoh) – tak berjaya sebab diorang asyik ingat saya main-main. Saya usaha cara lain… Usaha III : saya memang suka seseorang (dulu..dan mungkin sampai sekarang) – saya usahakan dating bersama, tengok movie, kongsi berita, Tanya khabar – gagal juga, dia tak suka saya. Takpa yang penting usaha, InsyaAllah nanti Tuhan bagilah. Positif!

17. Keluarga di Pejabat. Seluruh staf dalam Jabatan adalah keluarga saya di pejabat. Gembira kerana kami kuat bersatu. Kita boleh raikan kejayaan sama-sama, kita boleh gelak sama-sama sambil membahankan sesama kami. Tak ada yang cemburu, dengki, iri hati. Syukur, Kami saling memahami. 

18. Berjalan. Tahun ini saya tak berjalan jauh. Dalam negara, tapi tetap keluar dari ‘sarang’. Sempat ke Beaufort, Kota Bharu dan Sintok, semuanya kerja. Tak apalah dapat juga merasa tempat orang. Akhir, penutup tahun ini saya ke Cameron Highlands (cuti-cuti layan cinta – kononnya) dengan #Fifi. 

I like him almost every time after a second we look into to each other eyes. Pergh, ayat cinta aku…chia..chia..chia…

19. Balik kampung. Ini discipline wajib saya – balik sebulan sekali. Walaupun tak ada masa, kita usahakan juga cari masa, demi Mak dan Abah. Kira-kira pada kalendar 2016 (yang bertanda) ada 15 kali (bukan hari ya) balik kampung, termasuklah waktu cuti raya dan cuti-cuti umum lain (cuti panjang). Kalau tak ada cuti panjang pun, saya balik saja pada cuti hujung minggu. Yang penting, balik tetap balik.

20. Rezeki. Ini semua bab duit. Duit bayaran cuti (yang tak digunakan), insentif (bonus) sebulan setengah [1 + 1/2 bulan], insentif PBAKL, kenaikan gaji dan duit kutu – ini semua membahagiakan. Siapa tak sayang kerja (dan tempat kerja) kita oiii.

Saya dah recap semua suka dan duka 2016. Kita tunggu 2017 muncul dan ia akan menulis ceritanya sendiri. Selamat Tahun Baru semua!

  Bila mula melangkah, teruskan berjalan, jangan berpatah… 2017 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s