Lara 2016

Asalamualaikum…

Terlebih dahulu ucapan terima kasih untuk IszanFakhrie dan AsrulKassim yang telah subscribe blog yang tidak seberapa ini. Blog ini tentang saya dan dunia yang menyelubungi hidup saya. Ia bukan dibuat untuk menjatuhkan mana-mana pihak atau menyibuk tentang pihak-pihak lain.

Kembali kepada tahun penuh dugaan yang dihadapi dengan satu rasa, satu sifat dan satu kesungguhan — 2016. Saya namakannya sebagai… tahun me’layannnn’. Saya tak tahu kalau-kalau ada yang menghadapi 365 hari (sekarang baru 360 hari) tanpa sebarang dugaan, hanya gembira, senang hati saja sepanjang masa. Kalau itu yang anda rasa, bahagialah anda.

Tahun penuh mencabar ini sesekali buat kita jadi geram, marah, sedih, dan kecewa juga. Cuma, tak berterusanlah…Ada juga gembira dan bahagia. Untuk post Ini kita cerita yang suka sikit. 

Kalau saya sendiri, 2016 sangat mencabar. Saya senaraikan semuanya (yang saya lalui), sebab ia kena pada saya. Pada anda kena tak?

  1. Kos hidup. Pilu jugak (menangis hati ini…) pada masa tertentu  – Saat kita terpaksa pejam mata lihat setiap resit perbelanjaan kita ada GST yang perlu dibayar. Kemudian tengok potongan cukai pada penyata gaji… Lagi satu, waktu baca berita akhbar tentang turun naiknya harga minyak petrol, harga barang dapur…dan lain-lain.
  2. Rumah 1. Sedih, bila mengenangkan rumah di kampung masih belum disiapkan. Modal dah keluar, banyak dah… Tak sampai hati nak salahkan diri sendiri, sebab percaya sangat pada ahli keluarga yang disayangi. Tapi yang tak sampai hati – kita, dia…sampai hati, sampailah kita mati nanti.
  3. Rezeki. Terguris juga hati, bila rakan-rakan sekerja tak diendahkan pengorbanan mereka oleh majikan. Kami kerja berpanas, hujan, berembun…siapa yang tak tahu, cuma masing-masing buat tak peduli. Semua sekadar melihat dan menunding jari kembali kepada kami.

    Kawan-kawan, benarlah cari rezeki itu tak mudah, tambah-tambah yang nak dicari tu rezeki yang halal… Mudah-mudahan Tuhan permudahkan niat kita, gerak usaha kita dan kita diberkati, InsyaAllah.

  4. Malaysia dirgahayu. Pedih pilu bila ekonomi negara ‘musnah’. Politik dan sosio budaya juga. Ini bukan takat sembang politikus semata-mata. Sudah hampir kepada keruntuhan sebuah negara bangsa hanya kerana ‘permainan politik’ pemimpin yang tidak amanah. Semoga negara dikurniakan seorang ‘hero’ baru yang dapat menjadikan negara kembali normal.

    Tuhan, jika Engkau dengar doa kami (rakyat Malaysia), Engkau kabulkanlah permintaan yang satu ini – kembalikanlah negara kami agar aman, sejahtera, makmur dah kaya seperti dulu.

  5. Sihat. Badan tidak sesegar dulu. Mungkin kerana usia makin tua… Sudah ada masalah darah tinggi. Kalau bab makan, saya mungkin boleh mengaturnya. Bab rehat dan tidur yang cukup (termasuk mengurangkan tekanan), tak tahulah.  Dengan situasi kerja saya, mampukah saya usahakan?
  6. Jimat. Pejabat mula menyusun langkah berjimat. Tapi jimatnya itu menjurus kepada keperluan (kebajikan)  pekerja yang sebenarnya lebih penting untuk dijaga. Jimatlah kepada belanja-belanja yang tidak perlu, bukan sekat kebajikan pekerja. Pekerja adalah aset utama, bukan orang luar. Kalau orang luar tu peranannya pelabur besar, boleh jugalah dilayan…tapi jika takat yang menjengah sekadar menumpang nama dan duit syarikat, tak payahlah….
  7. Jodoh. Semalam #Fifi bagitau saya dia perlu cari pasangan dalam masa satu tahun, jika tidak dia akan akur dengan pilihan keluarganya untuk dia. Dia akan mengikut asal saja bukan janda. Apa salah janda, statusnya tak pernah salah. Masyarakat kita saja yang suka mengkelaskan orang…jadi janda salah, anak dara pun salah – dikatakan pula tak laku (anak dara tua), macamlah mereka nak tolong dapatkan jodoh!

    Saya kekal dengan status ‘single yang mencari the soul of my heart‘ sehingga penghujung 2016. 2017, kita belum tahu lagi — mungkin Tuhan menuliskan sesuatu yang berwarna merah untuk saya.

  8. Rumah 2. Tawar hati dah… Semuanya selepas saya terima jawapan bagi ‘Permohonan Rumah Murah di Sri Iskandar’ daripada Pejabat Kerajaan Negeri Perak yang bunyinya lebih kurang begini — “permohonan anda telah diterima. Sekiranya anda tidak memiliki rumah berkenaan (rumah yang mereka tawarkan) dalam tempoh lima (5) tahun, sila kemukakan permohonan baru”. Lima tahun???  WTF!
  9. Berjalan. Sibuk sangat dengan kerja sampai takda masa nak berjalan (bercuti dan melancong). Ini baki cuti pun ada 16 hari lagi ni… Bila kita nak ajak Mak Abah bercuti, mereka pula tak mahu. Demi anaknya yang utama…itu lebih penting. Setakad ini cuti balik kampung sajalah…
  10. Keluarga. Makin kita besar, makin kita berjauh hati dengan keluarga, cepat terasa, mudah melenting (itu memang penyakit saya). Tapi yang paling teruk, adalah bila ‘tak ada perasaan simpati, terlalu sampai hati‘, sampai sanggup mengendahkan sesuatu yang jelas didepan mata. Berbaliklah kepada fitrah. Ibu bapa adalah segala-galanya. Merekalah punca kita hidup, sejahtera dan kini bahagia. Ibu bapa pula, lihatlah yang ramai itu (anak-anak) sebagai satu yang sama, tidak tinggi dan tidak rendah. Jangan sampai kehilangan. Waktu itu air mata warna jingga pun tak ada gunanya.

Ini hanya 10 yang duka lara. Bukan semuanya tidak bagus. Saya ada juga terima sesuatu yang baik (bernilai) pada tahun 2016. Saya ceritakan dalam pos seterusnya….

Terima kasih untuk masa anda ‘melayan’ artikel ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s