tips@top : Kekasih Alam Maya Bukan Dari Syurga

Assalamualaikum…

Ya, saya dah lama tak post apa-apa. Saya minta maaf, saya rasa bersalah sangat. Betul, jangan ragu-ragu dengan saya! Setiap malam saya bercadang untuk menulis sesuatu, tapi tak menjadi…

Ini kisah untuk bacaan saya (mungkin di masa tua nanti… Dengan harapan: waktu itu saya sudah menjadi milik “kekasih dari syurga yang Tuhan takdirkan untuk saya, InsyaAllah.)

saya jumpa ‘seseorang’ — tapi saya rasa dia bukanlah kekasih untuk saya dari syurga. 

Maksud daripada statement  ⤴️ di atas ialah saya ada membuka ruang kepada diri sendiri untuk mengenali (lebih sesuai dengan istilah mencari a.k.a mengesan) calon suami menggunakan platform yang dicadangkan oleh saudara mara dan teman-teman. Sebagai memenuhi kehendak semua, selain satu antara usaha peribadi, maka saya buatlah juga. 

Caranya – saya daftar sebagai ahli bagi beberapa laman agensi cari jodoh dan laman berpacaran (dating). Platform : Baitul Muslim, Malaysian Cupid dan Muslima.com. Walaupun keyakinan saya tak 100%, tetap ku coba sedayanya…tetapi…

Semuanya gagal! Nak tahu mengapa? Begini:

1. Terlalu banyak Mat Bangla dan Bhai Pakistan yang mencari jodoh. Serius, saya cuma aktifkan akaun sebulan sahaja, tapi berpuluh orang bukan Melayu yang mengirim e-mel dan SMS. Saya tak berminat, lebih-lebih lagi jika mereka berniat mahu menggunakan ‘perhubungan’ untuk menjadikan status pendatang (baik dengan izin atau pun tidak) bertukar kepada status halal (penduduk tetap).

2. Lelaki Melayu sangat memilih. Betul, ada yang meletakkan syarat yang tak masuk akal (pada pandangan saya syarat lelaki yang tak sedar diri), contoh:

  • Lelaki A (umur 45 tahun, duda anak lima) – syarat : anak dara, umur 18 – 25 tahun, sanggup terima anak ekspress
  • Lelaki B (kerjaya kakitangan kerajaan gred N17) – syarat : wanita yang sanggup berkongsi susah senang bersama, berkerjaya, pendapatan sekurang-kurangnya RM50,000 setahun, wanita ada rumah dan ada kereta
  • Lelaki C (personaliti : sedang mendalami ilmu agama) – syarat : wanita yang solehah, hafal al-Quran, khatam setiap tahun, puasa sunat setiap Isnin dan Khamis, buat ibadah malam setiap hari.
  • Lelaki D (pendidikan : sarjana) – syarat : wanita yang berpendidikan sekurang-kurangnya sarjana, yang lebih tinggi jadi keutamaan.
  • Lelaki E (personaliti : merokok dan ‘social drinker’) – syarat :  wanita yang pandai menguruskan rumah tangga, pandai masak, sopan santun, pandai menghormati suami dan keluarga mertua, tak banyak cakap (berleter) dan  cantik. Paling penting perlu sentiasa kurus – perempuan yang gemuk adalah perempuan yang tidak pandai menguruskan diri sendiri.
  • Lelaki F (status : sudah berkahwin, dua isteri, empat orang anak, seorang yang mampu dari sudut kewangan, nafkah zahir dan batin) – syarat : sanggup jadi isteri ketiga, anak dara, sanggup bermadu.

Maaflah, tapi syarat begitu –  semua merepek pada saya. Betapa lelaki (seperti di atas) tidak berasa malu untuk demand sedemikian. Tak sangka mereka sangat tidak sedar bahawa mereka bukannya siapa-siapa untuk minta-minta.

“Kau fikir kau siapa?” – Syamsul Yusof dan Mawi.

Iyalah, mereka LELAKI. Mungkin juga kerana mereka rasa mereka sangat bernilai dengan alasan nisbah 1 (lelaki) : 6 (perempuan) di Malaysia – seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial… jadi mereka terasa berhak demand dan pilih yang terbaik.

Ludah sikit (selalunya orang kata “cium sikit”, saya phui [ludah]! Otak saya mengkasifikasikan lelaki yang menetapkan syarat ⤴️ (semacam yang di atas) sebagai ‘jantan tak sedar diri’. Bagaimana? Begini :

  • Lelaki A : awak (lelaki tu) pun dah tua -40an, ada hati nak dapat suri seorang anak dara, muda belia. Esok-esok, awak kerah budak tu menguruskan anak-anak awak pulak…Dan bila budak tu tak dapat menjalankan tanggungjawabnya (kerana usia, tidak matang, tak ada pengalaman), awak rasa berbaloilah untuk berpisah dan alasan untuk cari calon ibu tiri baru (yang juga muda) buat anak-anak awak. Ini jenis lelaki yang layan nafsu semata.
  • Lelaki B : nak cari isteri atau ATM yang boleh beri kemewahan (duit) kepada awak pada bila-bila masa. Syarat sanggup berkongsi susah senang tu – maksudnya  lebih terarah kepada “mari kongsi susah suami dengan berkongsi kesenangan (duit dan harta benda) milik isteri”. Betullah, susah senang sama-sama, tapi janganlah tibai (semua hasil keringat, usaha dan susah payah perempuan). Tanggungjawab menyara keluarga tetap amanah Allah untuk suami (lelaki) – untuk yang masih belum faham. 
  • Lelaki C : susah nak jelaskan individu yang jenis bajet alim ni…Penunggang agama (istilah Mat Lutfi), bab kahwin, cari isteri semua nak ikut sunnah! Perasan diri sendiri bagus dan hanya layak untuk perempuan yang bagus. Dulu saya pernah tulis (tak ingat tajuk post), tapi isinya tentang – daripada masuk seorang ke syurga, lebih baik kita masuk syurga sama-sama. Isteri hafal al-Quran, beribadah selalu – bukan jaminan suami ke syurga…mungkin jaminan dia untuk dirinya. Kan elok sama-sama saling membimbing, sama-sama menuntut ilmu dan sama-sama hijrah diri untuk jadi umat yang beriman. Paling tidak pun awak (lelaki) akan dapat geng beribadah (bangun malam, puasa sunat, tadarus) yang istiqamah, walaupun semuanya bermula sedikit demi sedikit.
  • Lelaki D : amboi syarat kemain (bukan main) tinggi…ni nak cari isteri ke nak cari pensyarah?  Lepas tu bila bab perempuan minta hantaran (tinggi) mengikut taraf pendidikan, awak marah. Bila dia (isteri) tak ada masa menguruskan rumah tangga (sebab berkerjaya hebat), awak marah. Bila dia bersosial sesuai dengan keperluan kerjaya dan status ‘kesarjanaannya’, awak cemburu. Bila hidupnya lebih cemerlang dari awak, mulalah cari pengganti dengan alasan – dia mengabaikan awak! 
  • Lelaki E : Paling teruk, belum pun apa-apa dia dah bagi penampar (amaran : jangan dekati jika anda bukan perempuan sempurna). Macamlah awak tu bagus sangat!
  • Lelaki F : Ini lelaki gatal.

3. Ramai lelaki gatal dan tidak serius. Ini saya kurang faham! Selalunya bila dalam laman seumpamanya, kita tahu masing-masing ahli mahukan calon sebagai teman atau pasangan. Ada juga kalangan ahli (lelaki) bermaksud lain. Ada yang minta gambar, bila kita kata boleh semak di profile – dia mula persoalkan kita ntah gambar tu gambar kita atau gambar siapa-siapa yang kita bubuh – dia tak percaya kat kita. Kemudian kita cakap – check di FB kita, dia kata “tak ada FB”. Macam tak percaya, tapi itulah alasannya.

Ada satu kes, dalam profilnya -lelaki, seorang jurutera IT, berumur 29 tahun. Bekerja di sebuah syarikat GLC yang terkenal. Malah ada ijazah sarjana…tapi tidak punya akaun FB, Twitter mahupun Instagram dengan alasan, “saya buta IT”

Sambung cerita, bila kita minta di add di FB, dan dia menolak. Namun dia berkeras mahukan gambar kita. Jika tak mahu beri, dia tuduhnya kita tidak sporting, tidak serius dan sekadar main-main. Siapa yang bermain sebenarnya? Lalu kita turut kemahuannya, tengok apa jadi — lepas diberi gambar sekeping, dia akan minta lebih banyak gambar, diikuti gambar pelik-pelik – gambar tak bertudung, gambar dengan baju singkat…Dan macam-macam lagi… Tak layan lah lelaki begini, lelaki tak bermaruah dan kurang ajar!

4. Fakta yang diberi tak tepat. Semua ahli tak jujur ke? – rujuk kes jurutera IT seperti yang ⤴️.  Walaupun memang ada deklerasi tentang kerahsiaan dijamin oleh admin (pentadbir) laman berkenaan, ahli tetap menipu. Kalau sikit-sikit tu boleh juga diampunkan, ini membohong tahap gaban – sampai jurutera IT pun buta IT. Tak masuk akal!

5. Profil Melayu, gambar Korea! Ini pun sejenis penipuan. Nama jawa, yang profile pakai gambar pelakon Korea tu apahal, ingat kita tak kenal? Tolonglah, gambar pun sanggup buat ‘fake’. Diorang ni tak tau ke, lelaki idaman wanita sekarang adalah yang tall, dark and handsome. Korea tak main bro, yang paling penting — tak semua perempuan bodoh bro. 

6. Matlamat berbeza. Tolong faham betul-betul… Kita mungkin berniat murni, menjadikan kaedah ‘maya’ ini sebagai satu antara usaha mendapat jodoh. Kan kata orang takkan nak tunggu jodoh datang – kena cari. Lepas tu ramai juga yang kata, “sekarang ni memang zaman perigi cari timba”.  Hakikatnya lelaki yang dalam laman itu bukan 100 Persatuan bermatlamat sama dengan kita. Ada yang nak cari mangsa. Mangsa dalam pelbagai bentuk… adalah yang nak jual insurans, yang nak jual ubat kurus pun ada… siapa tahu ada juga yang menggoda perempuan di laman berkenaan untuk mendapat keuntungan (wang). Kan banyak yang kita dengar perempuan tertipu dengan janji mulut manis lelaki yang mereka kenali di laman seumpamanya. 

Untuk (perempuan) yang nak mencuba kaedah seperti Ini untuk mencari jodoh, saya tak halang, cuma pastikan anda berhati-hati ya…

Saya? Saya tunggu jodoh dari syurga yang Tuhan dah tentukan untuk saya. InsyaAllah, dengan izin Allah adalah tu… 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s