Train to KL . Train to Busan . Pekak

Assalamualaikum

Bulan mengambang bintang berkerlipan,                               Pungguk menangis rindukan teman,                                             Andai menyinggung tersilap perlakuan,                              Kupohon maaf darimu Tuan

Setandan pisang dalam peti, Hilang lesap dibawa pergi, Sungguh menyesal rasa di hati, Aku berjanji tak buat lagi

Pantun maaf saya untuk yang membaca blog ini sebab sudah lama tak menulis. Alasannya: antara kerja yang tak pernah habis dengan kepenatan fizikal, saya yang tertewas di tengah-tengah. Dalam usia ini saya tidak boleh menafikan – faktor usia benar menjejaskan keupayaan seharian.


Train to KL

Ini bukan filem baru Malaysia mengenai zombi yang menyerang Kuala Lumpur. Sebaliknya ia adalah keluhan pengguna train (LRT) tentang perkhidmatan berkenaan yang kerap kali tergendala sehingga menyukarkan pengguna. 

Kata orang; train berhenti di satu stesen dan pengurusannya minta penumpang turun kerana train gagal beroperasi; train yang aktif cuma satu unit berbanding beratus ribu pengguna pada waktu pagi; stesen disekat daripada pengguna masuk memandangkan train tak beroperasi; pengguna tiada alternatif lain untuk ke tempat kerja apabila pihak train gagal berfungsi – bas atau pengangkutan lain tidak disediakan; duit tiket atau ganti rugi tidak diberi; bukan pertama kali jadi begini, sudah banyak kali; apa perasan kerajaan membantu, menangani masalah ini???

Tapi benarlah kata orang, dilema pengguna train ini haruslah ditangani segera. Dan kalau nak diikutkan masalah berlaku bila ‘cuaca kurang baik’. Bila hujan je – train rosak, bila hujan je – train rosak. Sampai dah boleh jangka.

Pihak pengendalipun efisyenlah sikit. Sepatutnya pelan mengatasi masalah train ni dah dibuat sejak dulu lagi dan digunapakai masa-masa kritikal begini.
Train to Busan

Saya menonton filem ini di panggung sehari sebelum Aidiladha. Di panggung – bukan di YouTube atau link percuma. Come on, karya yang baik harus dihargai sesuai caranya – tonton di panggung atau dari DVD asli, bukan cetak rompak atau link percuma yang tak memberi apa-apa kepada pembikin filem. 

Filem hebat, terbaik dan berkualiti. Kita patut beri ⭐️ yang banyak, oh dan 👍🏻 juga.   

Saya tak pandai ulas (buku atau filem), saya tak reti. Cuma bila  menontonnya saya juga tak terlupa Zombie Kampung Pisang. Saya fikir Mamat Khalid guna filemnya untuk menyampaikan mesej kemanusian, terapkan elimen patriotik dan didik penonton ‘integriti’ – sama saja dengan apa yang pengarah Train to Busan buat. Cuma Mamat Khalid sinonim dengan komedi dan waktu itu ia mudah dijual – jadi itulah genre yang paling sesuai dengan Zombie Malaya. 

Jadi, sutradara (pengarah filem) Malaya hebat juga sebenarnya. Kita yang tak hargainya, lebih suka  menghentam dan menolak dari cuba terima. 
Pekak

Sebuah filem yang mencetus kontroversi di Malaysia waktu ini. Asalnya ia memang mendapat sambutan kerana belum mula tayangan, ia sudah memenangi hadiah di peringkat antarabangsa. Namun selepas dua minggu ditayangkan ia menerima kritikan hebat penonton, bukan pengkritik filem. 

Rata-rata orang bijak pandai pasal filem memuji karya ini, malah memberi hujah (pelbagai) bahawa filem ini mendidik, filem ini sebagai satu kaedah berdakwah..etc. Sedangkan penonton (yang mengkritik tu) hanya sekadar menulis di Facebook/blog (kurang pasti) tentang pandangannya selepas menonton separuh (hanya sebahagian) filem berkenaan.

Hasil tulisan berkenaan — saya menonton filem ini dalam panggung kosong bersama 5 penonton lain. Elok juga tulisan itu, kerana selepas ia tersebar ini yang berlaku:

1. Penonton (kalangan ibu bapa) mula ambil berat tentang klasifikasi filem yang anaknya mahu tonton. Dulu buat tak kisah je.

2. Penonton tak lagi guna alasan, “I nak tengok cerita ni, jadi I bawak sajalah anak-anak I sekali, alah takpelah, diorang bukan faham apa-apa pun…” 

3. Pihak panggung lebih teliti tentang ‘boleh atau tidak’ penonton bawah umur menonton filem dewasa. Bukan sekadar jual tiket wayang tanpa rasa tanggujawab. 

4. Dengan kritikan begitu, setidaknya masyarakat mula buka mata tentang filem tempatan. Dan kan bagus bila masyarakat (marhaen) mula mengkritik sesuatu karya, taklah kita sekadar baca komen daripada pembikin filem, pemain dalam industri atau mereka yang berkuliah tentang filem semata-mata. Kan lagi banyak lagi meriah!

5. Biarlah pembikin filem mengkiblatkan apa pun untuk karyanya, tapi penonton sendiri harus jadi penilai yang telus. Sesuatu yang menyenangkan hati atau sebaliknya. 

6. Kebebasan memberi kritikan – penonton yang mengkritik filem ini mungkin sekadar menyatakan pandangannya ‘mengapa dia menolak filem yang menang anugerah antarabangsa ini’ dan dalam masa yang sama tulisannya mempengaruhi bakal penonton untuk turut tidak menonton. Dengan logik akal dan rasa manusia, bukan semua orang akan terpengaruhlah! Jadi, pembikin filem (dan yang terlibat dalam filem ini serta bijak pandai perfileman negara) janganlah gelabah sangat. Kalau karya itu baik, tentu ramai yang akan tonton…kalau teruk maka…(faham-faham sendirilah).

7. Sebab kita Islam, jadi saya percaya setiap yang kita buat perlu ada batas. Dan pembikin filem di Malaysia (terutama yang menyasarkan masyarakat majoriti Melayu Islam sebagai penonton) perlu ambil berat perkara ini, jangan sambil lewa kerana penonton semakin bijak menilai dan memilih. Keterbukaanpun perlu ada batasnya. 

Saya nak quote Pak Samad (SN A. Samad Said) cakap dulu, waktu saya interview beliau dulu, “Penulis harus bertanggungjawab atas setiap karyanya – tanggungjawab di dunia dan akhirat” — rasanya pembikin filem pun patut begitu.

Untuk saya sendiri, saya nilai baik atau hebatnya sesuatu filem tu selepas saya bandingkan dengan filem-filem yang saya klasifikasikan terbaik (carta saya sendiri).

Kalau Pekak bab pelakon : semua pelakonnya pernah/biasa atau memang sedia tahu boleh bawa watak mereka. Tak ada yang istimewa.

Kalau cerita asal, saya pilih Kil dan Cermin. Kalau senimetografi (apa ni, saya tak tahu pasal ni), tapi filem yang cantik pada mata Saya adalah Magika dan filem-filem Osman Ali. Kalau macam filem seni, saya pilih Bunohan dan Kil. Filem yang mendidik, Redha. Filem dakwah ringan/ dakwah moden yang bijak (sesuai dengan masa sekarang), filem CEO. Filem dengan elimen positif, Zombie Kampung Pisang dan banyak filem Mamat Khalid yang lain. 

Tapi dari filem Pekak (jika penonton yang menulis kritikan mengenainya di Facebook/blog itu menontonnya sampai habis), di akan dapat masej ini:

1. Matlamat tidak menghalalkan cara – Tuhan dah kata benda ni, dan ia digunakan sebagai konklusi filem ini. Paling berkesan untuk menutup cerita – kalau tak, lagi banyak isu akan diperkatakan. 

2. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali (Uda). Dan kadang-kadang senjata makan tuan (dadah). Harapkan pagar-pagar, dia yang makan padi (Melati, Azman Picaso dan Kamil). 

3. Semua orang salahkan watak Ayah sebab kononnya terlalu mengongkong. Saya tak setuju, saya rasa kita mungkin boleh pandang watak Ayah tu macam  ‘ulama’ (ulama kat Malaysia ni) yang menyeru kepada perkara yang betul untuk kesejahteraan kita di dunia serta akhirat – tapi kerana orang kita lebih cintakan gaya hidup moden dan keseronokkan, maka kita mula tidak diendahkan seruan ulama. Sudahnya…

Okaylah. Siapa nak tengok, tayangan masih ada…pergilah. Kalau tak tengok, mohon jangan kritik apa-apa. Yang telah menonton saja yang berhak dan boleh mengkritik. Itupun yang tonton di panggung, bukan dari DVD cetak rompak atau link tonton filem percuma. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s