Pokemon . Nerve 

Assalamualaikum… Terima kasih kerana menjengah blog ini sebentar. Ini blog saya, cerita saya, tentang saya, pengalaman dan pandangan saya…
Pokemon

Ini kegilaan Malaysia waktu ini. Tua muda semua layan permainan HP paling popular selepas Candy Crush dan Angry Bird. Kegilaan Pokemon Go lebih teruk – sampai ada pemain yang mati, akibat kemalangan… Yang cedera dan disaman juga ramai.

Pokemon Go -permainannya mencari sesuatu dan musnahkannya dengan senjata yang diberi. Yang menariknya permainan ini memaksa pemain bergerak untuk mencari sesuatu. Jadi ia bukan permainan yang sekadar duduk dan bermain. Ia lebih dari itu.

Dan sebab itulah jadilah sesuatu yang tak kena tempatnya, maksud saya;

1) orang pergi taman untuk tangkap jogging

2) orang pergi masjid bukan untuk solat

3) memandu pun sambil main Pokemon, etc.

Semua ini membawa kepada kelalaian dan kemungkinan untuk melakukan kecuaian sehingga memudaratkan. Tak hairanlah bila Tuk Mufti kata “orang Islam tak dibenarkan bermain Pokemon Go” – atas alasan memudaratkan.

Orang Malaysia, Islam sanggup menghina ulama yang mengabadikan dirinya kepada agama hanya semata-mata kerana memburu haiwan khayalan ciptaan orang kafir.

Tapi biasalah orang Malaysia, Tok Mufti cakap pun nak dibantah. Macam-macam dikutuk Tok Mufti. Susah sungguhlah ulama, ilmuan nak mendidik, baru beri pandangan dah dipersoalkan. Masalah orang Malaysia – anggap diri sentiasa betul, walaupun dia sendiri bukan pakar dalam apa-apa pun. Mufti cakap ditentang…guru cakap dianggap tak betul…malah doktorpun dikatakan salah. Merepek betul orang Malaysia ni!

Dulu, bila doktor minta semua bayi yang lahir diberi vaksin bagi mencegah jangkitan dan penyakit. Ada yang menentang dengan pelbagai hujah. Doktor tu pula disalahkan, kata bersubahat dengan yahudi bagai.

Gila! Saya tak pernah main Pokemon, download pun tidak. Dalam HP saya cuma ada tiga (banyak juga) permainan saja, itupun jarang sekali buka untuk main:

1) Table Tennis (Pingpong)

2) Brick Games

3) Solitaire

Tentang Pokemon Go – Saya ikut Tok Mufti sebab saya jahil. Saya tak rasa yang Tok Mufti keluarkan pandangan itu saja-saja – tentu bersebab. Apa pun sebabnya saya  yakin tujuannya demi kebaikkan kita; orang Malaysia; orang Islam.

 

Nerve

Filem baru, saya tengok siang tadi. Ia tentang permainan HP yang konsepnya macam permainan “truth and dare“, cuma yang ini lebih kepada “dare and don’t“.

Makin lama cabarannya makin hebat, sampai boleh mencederakan, boleh bawa kematian. Yang bertahan lebih lama, hadiahnya lagi lumayan. Penyumbang hadiah adalah penonton – yang mencadangkan cabaran. Pemain yang gagal melengkapkan cabaran – hilang keseluruhan wang yang dimenangi, begitu juga dengan yang tarik diri.

Kalau ada dalam kalangan pemain melaporkan kepada polis – dia akan jadi tawanan dan perlu ikut arahan kerana keluarga mereka juga akan ditawan. Sampai akhirnya, penonton sanggup cabar pemain membunuh pemain lain.

Pokemon pun macam ginilah… Sanggup kejar Pokemon sambil memandu. Tembak Pokemon sampai terjatuh pokok. Menipu Tok Imam yang gembira sangkakan jemaahnya bertambah – padahal Allah SWT nampak apa yang anda buat di Masjid tu…

Ada betulnya kata Tok Mufti, “sebelum ia memudaratkan…”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s