Positif . Negatif . Hakikat

Assalamualaikum…

Stress kerja boleh mengganggu kesihatan; membawa kepada kemurungan – terganggu emosi; makan berlebihan – gemuk; terabai penjagaan diri – sakit.

Saya tertekan dengan kerja pada waktu ini. Saya enjoy dengan kerja saya, tapi bermasalah sungguh dengan rakan sepasukan. Kadang-kadang teringan nak tanya mereka, “adakah misi (matlamat) kita sama?” Kalau sama, mengapa usaha kita tak sama – kesungguhan kita tidak sama, etika kerja kita juga tidak sama?

Tapi itulah bezanya saya dan mereka. Mudah-mudahan saya kekal seperti ini. Setiap kali mereka beralasan, bermalasan, dan mengular entah ke mana sambil tinggalkan saya dihimpit kerja, saya ingatkan diri.. “ini tanggungjawab yang perlu dilunaskan atas bayaran gaji bulanan yang kau diterima. Sabar Shi, sabar!”

Dalam hati ini teringin sangat — nak hantar surat berhenti dan biarkan mereka hadap sendiri ‘apa yang saya kerjakan’. Biar padan muka deme!

Positif : People change – kata orang. Tapi sampai bila kita nak tunggu mereka berubah. Lama mana masa yang perlu kita luang, besar mana ruang dan peluang yang kita mahu beri? Makin diberi masa, makin diberi peluang dan ruang, makin berseronok nampaknya.

Negatif : Buatlah macam mana pun, tak akan berubahnya kalau dah perangai macam tu… Betul juga, air teh tak mungkin jadi kopi.

Hakikat : Tiada siapa pun yang rasakan apa yang kita rasa, tekanan yang kita alami, sakit yang menusuk hati. Kita tanggung sendiri. Iyalah, ini bayaran gaji yang majikan beri. Kuterima seadanya, kalau ini takdirMu – apalagi boleh kuperbuat melainkan doa. Takkan nak berdoa mereka diberhentikan kerja pulak — saya pun manusia yang ada hati la…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s