Cikgu . Kisah cinta . H

Assalamualaikum… Masih Syawal, tapi kian di penghujung.

Semalam, Saya makan dengan Nuar dan kami sembangkan pasal Cikgu dan H. Bukan sebab kami nak bergosip atau nak menyebuk, tapi kerana gembira untuk apa yang bakal berlaku, InsyaAllah. Moga dipermudahkan Allah bagi semua perkara yang berkaitan…Amiiiiin.


Cikgu

Cikgu akan konvo masternya Oktober nanti, syukur dia berjaya lulus cemerlang dalam pengajian. Segala usaha terbayar akhirnya…Alhamdulillah. 

Berita lain yang mengembirakan saya (sebagai rakan), bila Cikgu beritahu yang dia dan H sudah jelas dengan tujuan perhubungan mereka. Mereka mahu murnikan ikatan cinta dengan perkahwinan. Alhamdulillah, saya gembira dengan berita ini. Akhirnya “cinta suci menang mengalahkan curiga dan cakap-cakap orang”.


Kisah Cinta

Cikgu dan H — takdir indah yang tuhan tulis sejak dulu, yang terahsia, dan baru kini diperlihatkan satu persatu. 

Takdir, takkan terlihat sekelip mata. Mentakdirkan yang terbaik mengambil masa. Janjinya sama — tetap terlukis indah untuk yang setia dan tak jemu meminta (doa).

Doa saya semoga Cikgu dan H bahagia sejahtera bersama di syurga dunia hingga ke Jannah abadi. InsyaAllah.


H

Bukan dalam kalangan yang saya  benar-benar kenal, tapi saya yakin dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Asal saja dia menyenangkan dan dapat membahagiakan Cikgu, itu sudah memadai.  

Moga Tuhan memberkati hubungan mereka berdua, InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s