Ramadan, puasa dan semua kisah tentangnya

Assalamualaikum…

Ini cerita #throwback — yang disembangkan. Sebab masih dalam bulan Syawal, kita recap balik semua. 

Ramadan Saya sibuk! Betul, Ramadan saya padat, sangat sibuk – maka banyak yang menarik tak sempat dicatatkan. Tapi saya perlu catatkan jugak, supaya saya satu hari nanti tak akan lupa – lupa diri!

  1. Ramadan paling jimat – boleh dikira, mungkin dalam empat atau lima kali saja saya ke bazar Ramadan. Jadi kuranglah duit mengalir bak air lalu. Alhamdulillah, dapat juga berjimat Ramadan lalu.
  2. Juadah berbuka – Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki Allah. Seumur hidup, inilah kali pertama saya masak hampir setiap hari. Masak juadah berbuka lagi… Nasi (wajib) dan lauk – mesti ada satu jenis sayur. Minuman biasa saja, teh. Sekali-sekala baru minum air ais.
  3. Sihat – bila dah makan makanan yang dimasak sendiri – wajib ada sayur, tentu lebih sihat. Tanpa minuman berkarbonat, saya rasa lebih cergas Ramadan kali ini. Tapi ada kisah disebaliknya, di awal Ramadan itu saya ambil GCMax untuk membantu proses ‘membuang’. Oleh sebab ia dihasilkan daripada asam keping (muda), maka ia mengandungi asid yang menghakis kulit (dalamam) perut, maka saya tiba-tiba diserang gastrik.
  4. Gastrik – dah bertahun-tahun tak kena, kali ini dia datang. Saya ambil ubat dan minum susu sebelum tidur. Ambil nasi secukupnya (sesenduk) – jangan pernah skip nasi – buruk padahnya! 
  5. Sebelum balik raya, timbang – ada turun 4 kilo. Sudah cukup baik, Alhamdulillah. Sekarang, kena kerjakan lagi 10 kilo. Ada berani???
  6. Bulan padat – sungguhlah, sibuk sangat dengan jadual lori, dengan sales WhatsApp. Seingat saya lori lain tak aktif bulan Ramadan sebab puasa, kami gerak jugak. Bukan apa nak cari duit lebih…
  7. Tarawih – walaupun saya cuma ke surau dua minggu, tapi saya tetap tak ponteng solat sunat tu, Tarawih sendirian di rumah. 
  8. Tak berbuka di pejabat lagi – ini satu nikmat. Berbuka di rumah memang rezeki. Sebab di rumah selesa dan menyenangkan! 
  9. Sahur setiap malam – syukur, benda yang paling malas nak buat (pada suatu masa dahulu), jadi mudah (dipermudahkan), sampai tak pernah tertinggal tahun ini – sahur. Kita nak rebutkan keberkatan dalam sahur tu…itu yang penting
  10. Ngaji – ini pun rahmat Allah. Bulan Ramadan memang banyak rahmat, inilah bulannya saya dapat mengaji lebih banyak dari yang biasa. Sebab masa yang sesuai lebih banyak… Pertama, waktu Subuh. Kemudian lepas solat Asar di rumah dan akhir sekali lepas Maghrib sambil menunggu Isyak. Selalunya (bukan bulan Ramadan) mengaji hanya waktu Subuh saja.

Okay, habis Ramadan. Esok kita cerita Syawal pulak…๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    Advertisements

    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s