tips@top : Persediaan untuk Temuduga 

Assalamualaikum…

Lama tak kongsi ceritakan… Maaf sibuk sangat. Rezeki kenaikan yang saya terima tempoh hari datang sekali bersama pakej – kerja yang melambak dan masa yang makin tidak mencukupi.

Tak mengapa, saya masih bersyukur sebab saya rasa Tuhan memberinya kerana saya mampu mengendalikannya. Syukran Ya Allah…

Hari ini saya sekali lagi dapat merasa pengalaman menjadi panel untuk sesi temuduga mencari staf baharu untuk syarikat. Sudah lama tidak terlibat perkara begini. Terakhir temuduga pegawai stor (waktu itu kami pilih Pakcik Asril). Kali ini syarikat mencari tiga orang Kerani dan seorang Pembantu Am.

Dalam beribu yang memohon, cuma 30 calon dipilih untuk ditemuduga, itu pula cuma untuk empat kekosongan jawatan. Betullah, kerja susah nak cari sekarang, berlebih-lebih lagilah untuk orang yang tak sungguh-sungguh berusaha.

Dalam sesi temuduga hari ini banyak betul calon yang layak dari sudut pengalaman kerja ataupun taraf pendidikan, tapi gagal dipilih kerana kesilapan mereka masing-masing. Semuanya kerana tidak yakin, gemuruh, menipu, selekeh dan kebanyakkanya kerana kurang persediaan.

Jadi berikut saya senarai tips@top serba ringkas bagaimana calon temuduga boleh tampil berkeyakinan di hadapan panel penemuduga dan seterusnya dipilih untuk sesi temuduga kedua (terakhir) serta ditawarkan jawatan seperti yang dipohon.

1. Bersedia – Sebaik-baik persediaan adalah dengan kemampuan melengkapkan diri  menggunakan kesemua tips yang saya berikan ini atau mana-mana panduan  temuduga yang lain (boleh dapat di internet, malah bukupun ada tentangnya).

Paling kurang pun, cukuplah perkara yang asas :

  • Resume lengkap bergambar
  • Sijil disusun kemas dalam clear folder
  • Masuk ke bilik temuduga dengan memberi salam dan senyuman
  • Dengar arahan – bila diminta duduk barulah duduk
  • Beg diletakkan ke tepi (bukan dipegang)
  • Tinggalkan rasa gemuruh di rumah dan jangan gelabah.

2. Perkenalkan diri – Ramai calon temuduga abaikan perkara ini, sedangkan inilah saat terbaik untuk calon menarik perhatian panel penemuduga.

Kesalahan kebanyakkan calon adalah menerangkan perkara yang sangat asas tentang diri mereka; nama dan umur sahaja – sedangkan itulah masa sebenar untuk buat panel teruja dengan kebolehan calon ‘menjual dirinya’. Kalau boleh jangan sampai panel terpaksa cakap “lagi”. Tapi jangan pula ‘over do’, kisah datuk nenek dan jiran kita simpan di rumah ya…

  • Terangkan nama, umur dan tempat tinggal
  • Tentang taraf dan bidang pengajian
  • Keluarga
  • Pengalaman kerja
  • Nyatakan jawatan yang dipohon

Ada calon yang siapkan skrip untuk melancarkan ucapannya apabila memperkenalkan diri – bagus! Tetapi janganlah disampaikan seolah-olah menghafalnya. Sampaikanlah secara bersahaja.

3. Berpenampilan menarik – dari mata jatuh ke hati… Bukanlah nak buat panel sampai jatuh cinta dengan calon, cumanya apa yang panel lihat adalah gambaran pertamanya kepada calon yang boleh membawa kepada keterujaan ‘melihat’ yang seterusnya.

Kalau masuk bilik temuduga dengan keadaan selekeh, rambut kusut masai – panel nak tanya pun tak selera. Kalau lelaki, tak perlu pakai ‘sut’ jika ditemuduga untuk jawatan kerani, tapi serius – tak ada salahnya.

Kalau tak faham juga, ikut tips ini:

  • Rambut bersikat rapi, pakailah minyak rambut sikit supaya rambut tak kering.
  • Kalau berhijab pastikan tudung atau selendang anda kemas.
  • Assessori tak berlebihan. Lagipun bukan nak buat konsert rock sampai nak bergelang hitam/ rantai besi bagai.

3. Tahu latar belakang syarikat – dah nak mohon kerja dengan syarikat tu, jadi haruslah ada pengetahuan tentang syarikat itu. Paling tidak, sekurang-kurangnya semaklah di Internet tentang perkara asas:

  • Nama syarikat (penuh dan singkatan)
  • Fungsi syarikat – apa syarikat buat
  • Produk dan perkhidmatan
  • Jenis syarikat (GLC atau SB)

4. Kaji serba sedikit tentang jawatan yang dipohon – nama jawatan, tugas, anggaran gaji dan keperluan jawatan itu (kalau penghantar surat, tentulah kena ada lesen motosikal dan kereta).

5. Jangan menipu – yang utamanya, jujurlah semasa ditemuduga. Kalau anda menipu hari itu, dan anda dapat kerja itu dengan ‘penipuan’ tersebut, nanti bila anda mula bekerja anda akan bermasalah. Sudahnya anda susahkan majikan dan diri anda sendiri.

6. Soalan merepek – bila diberi peluang untuk bertanya soalan kepada panel, tanyalah soalan yang bersesuaian. Jangan tanya soalan remeh, “syarikat ni office hournya dari pukul berapa sampai berapa?” Itu, esok-esok bila dikhabarkan diterima bekerja tanyalah dengan pihak HR. Kepantangan sangat-sangat, jangan tanya soalan ini — “syarikat ini sebenarnya buat apa?” Choi! Itu ko studylah sendiri guna internet. Dari benda yang calon tanya, panel akan tahu – calon tu sebenarnya minat atau tidak bekerja untuk syarikat.

7. Tonjolkan kelebihan dan kekuatan diri (sebagai sebab mengapa anda layak diberikan jawatan itu atau menjadi sebahagian daripada syarikat). Tentulah panel mahukan yang paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan. Calon kena pandailah tonjolkan diri.

Akhir sekali, ini nasihat… Kerja sekarang susah nak dapat, kita tak banyak pilihan. Bila ada tawaran pergi sajalah, persembahkan yang terbaik dan berdoa anda akan dipilih. Tapi tak perlulah taksub sangat impressed panel..kerana akhirnya nanti, ‘rezeki tetap di tangan Tuhan’. Usaha dan doa perlu sama ‘naik’ ya!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s