Pesta Buku dan Yang Baru

Assalamualaikum..

Cerita pesta buku ni, memang akan keluar setiap tahun. Selagi saya kerja dengan syarikat yang menerbitkan buku, selagi itulah – tetap akan ada. 

Tahun ini PBAKL berubah sikit, yang berubah tu lokasi — dan menjadi punca banyak lagi perubahan lain yang terpaksa dilalui pempamer (penerbit/penjual buku) dan pelanggan.

Banyak pempamer mengecam penganjur kerana tidak prihatin dan sambil lewa menjalankan penganjuran pesta buku kali ini. Tak kurang kesilapan  penganjur sendiri yang memang ambil mudah tentang keperluan orang ramai (pengunjung/pembeli). Sudahnya – yang rugi pempamer, yang susah pengunjung, yang untung duit ringgit penganjur — itu hakikat. 

Walaupun macam-macam berlaku, kami (saya dan team) tetap berusaha membuat jualan, kami masih mahu projek jualan pesta buku kali ini berjaya, kalaupun hasil jualan tak sebanyak yang pernah kami dapat dulu. Alhamdulillah, betul – hasil lebih rendah daripada dahulu, namun tetap mencapai sasaran. Itu memadai!

Tahun ini, kami tidak menuntut sebarang ganjaran walaupun berjaya melepasi sasaran jualan. Kami ‘tahu sama tahu’ kedudukan kewangan syarikat. Sebab itu, kami tak bersoal jawab. Kami ikhlaskan, “kerja kira Lillahitaala…” kata Anuar. Syarikat pun tak kejam sangat, mereka masih berikan cuti untuk mengganti hari libur kami semasa berjualan di pesta buku tempoh hari. 

Dalam gurau kami, kebanyakkan sudah tidak sanggup berulang ke sana lagi. Dua minggu sudah cukup menyeksakan. Suka tak suka, bila penganjur ‘signed’ untuk menganjurkan pesta buku  (5 kali lagi) di lokasi tersebut, kami terpaksalah hadap saja. 

Saya berdoa saya boleh kahwin tahun ini dan mengandung pula semasa pesta buku berlangsung tahun depan. Jika mengandung, bolehlah saya bertugas di kaunter sahaja. 

#kenakahwincepat 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s