Nikmat vs Kos Melepas

Assalamualaikum…

Minggu depan dah nak puasa dah… Mengeluh sebab tak boleh makan siang… Choi! Tapi bersyukur sebab kita masih dapat merasa nikmat Ramadan. InsyaAllah.

Ramadan kali ini saya berazam beberapa perkara;
1. Nak sertai ‘Geng 4 Pagi’ (kumpulan wanita yang bangun seawal jam 4 pagi untuk bersolat sunat dan mengaji (membaca) Al-Quran;
2. Mahu kuruskan badan sedikit (dalam 10 kg kalau boleh);
3. Tak mahu terlepas solat Tarawih (melainkan yang wajib tuang [ponteng]);
4. Berjimat dalam membeli juadah berbuka;
5. Jahit sendiri baju raya dan buatkan baju kedah untuk emak; dan
6. Belanja berhemah semasa membeli keperluan Hari Raya.

Cerita pasal nikmat, saya sejak sebulan dua ini sensitif sangat. Mungkin sebab dah semakin berusia (walaupun belum tua sangat lagi)… Tiba-tiba saya teringin untuk merasa – indahnya nikmat memiliki anak-anak yang comel; seronoknya nikmat menjadi ibu yang mengandungkan bayi dalam kandungannya; dan bahagianya nikmat hidup bersusah senang dengan seseorang yang dengan bersamanya saya dapat melepas lelah, dapat berkongsi gelak tawa dan senyum mesra. Itu nikmat yang saya belum pernah dapat.!

Sekarang, saya rasa sedih juga bila saudara mara mula memperkatakan tentang diri saya, jodoh dan masa depan saya. Kalau dulu, dengan sinis saja saya sound tepet mereka — saya boleh uruskan sendiri diri saya dan asalkan ia tidak menyusahkan orang lain, mereka tak perlu bersusah memikirkan apa-apa pun untuk saya. Ya, pada usia ini saya dah benar-benar merasa deritanya ‘kos melepas’.

Dalam kajian ekonomi, bila ada pilihan tentu akan ada kos melepas – kesan kepada pilihan yang kita ambil (kontra dari pilihan kita).

Sabagai contoh, bila saya memilih (pilihan) untuk sambung belajar di UiTM, maka saya tak merasa-lah bergaji besar pada umur 20 tahun (muda belia) sebagai Penolong Pengurus Kyros Kebab cawangan KLCC (jawatan yang ditawarkan kepada saya semasa saya meletakkan jawatan sebagai pekerja di Kyross Kebab Cawangan SOGO). Yang ‘tak merasa’ tu – yang itulah kos melepas.

Contoh kedua, bila saya memilih untuk mengutamakan kerjaya, jadi kos melepas saya ialah saya tidak punya masa untuk bersosial dan berkencan (bercinta). Kesan jangka panjang daripada kos melepas saya tadi – sudah jadi lebih serius bila saya bukan saja tidak kekal berhubung dengan teman-teman lama (kawan zaman sekolah dan universiti), malah tiada teman istimewa hingga ke hari ini.

Kalau tak jelas lagi, esok biar CIkgu Shi buka kelas ekonomi pula walaupun saya sendiri tidak pernah ambil subjek ekonomi di sekolah dan universiti dulu.

Saya berdoa saya masih berpeluang membetulkan segalanya agar saya tidak sesal di hari muka, atau setidak-tidaknya saya tidak dapat salahkan diri sendiri kerana apa yang akan dihadapi semasa tua nanti;
1. Lebihkan masa untuk Mak, Abah dan keluarga;
2. Tunaikan tanggungjawab sebagai anak;
3. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia;
5. Beri perhatian kepada diri sendiri
6. Bekerja dengan ikhlas kepada syarikat yang menggajikan saya;
7. Usaha membangunkan diri; dari sudut ekonomi, pendidikan, pengalaman, kemahiran dan sahsiah;
8. Taat kepada pasangan; bina keluarga bahagia; dan
9. Membahagiakan hidup di dunia sambil tidak melupakan hidup di akhirat nanti

Semoga Allah SWT mengurniakan saya sebaik-baik jodoh sebagai peneman hidup saya di dunia dan akhir. Dia, sebaik-baik jodoh untuk saya yang dapat menjadi pembimbing saya agar menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah SWT; anak yang soleh untuk kedua Mak dan Abah saya; isteri yang taat kepadanya dan ibu yang baik untuk anak-anak kami nanti. InsyaAllah.

Bila saya teringatkan arwah KYang (Yusnani), bagaimana dia meninggalkan kami tanpa kenangan (perkhawinan, pasangan dan anak-anak). Dia sendirian sehingga ke akhir hayat. Itu takdir Tuhan…ya saya tahu. Tapi bagaimana jika takdir kami berdua sama. Bagaimana?  

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s