Beaufort : The Short Visit Series

Assalamualaikum… 

Dalam sangka tak sangka, siapa tahu saya akan jejakkan kaki ke tanah Beaufort, Sabah. Saya sendiri pun tak terfikir sampai ke situ…

Beaufort, tempat ni saya tahu waktu Iza bercintaan dengan Afdah dulu (masa belajar di UiTM). Afdah asal dari situ. Awal dari itu memang tak tahu langsunglah. Maklumlah, saya bukan suka georgrafi pun, pengetahuan am pun tak banyak…

Bersandarkan kepada projek meraikan Festival Penulis Sabah ke-5, saya dihantar oleh pejabat bersama dengan boss (Nizam) buat jualan di Beaufort. Alhamdulillah, beberapa kali ke Kota Kinabalu (KK), kali ini dapat terus ke Beaufort. 

Yang terkenal dengan keretapi  lama (pakai kuasa steam) tu… Itulah Beaufort, yang masih hijau dan damai. Khabarnya tambang keretapi klasik tu lebih kurang RM400! 😂😂😂 Mahalnya… Berfikir-fikir saya kalau nak naik 🤔🤔🤔.

Dari KK ke Beaufort jalannya lurus saja, kurang daripada 100 km (kalau tak silap). Dengan jarak itu saya rasa macam tak jauh manapun, cuma disebabkan laluannya jalan raya biasa (bukan highway) yang sangat kecil dan melalui pekan (kampung-kampung), jadi kami (saya dan boss)akhirnya ambil masa lebih dua jam juga nak sampai. Dah sampai nak cari hotel lagi. 

Bila merantau tempat orang (walaupun singkat), yang utama adalah cipta memori. Paling mudah ialah ‘merasai keenakan makanan’. Berusaha jugak untuk dapat itu, malangnya sibuk sangat (ditambah pula dengan keadaan badan yang tak berapa sihat), terbataslah saya untuk menjejak makanan lazat di Beaufort. Tapi tempat makan best di pekan Beaufort ialah:

  • Satey Royal House 
  • Nasi Ayam

Tempat ni, sangat damai tau, tenteram, rasa macam di kampung. Boleh nampak lembu kerbau meragut rumput di tepi jalan. Bangunan tinggi tak banyak lagi… Malamnya sejuk… Saya suka sebab Beaufort masih ‘separa dara’, tak kino sangat dan tak juga bersesak, sibuk membangun.

Untuk Beaufort, saya harap ia kekal – tanpa serabut kemajuan yang sia-sia. Tak payah berkejar nak jadi macam Kuala Lumpur (KL). KL ni kalau boleh patah balik, dia pun tak nak jadi macam yang dia ada sekarang. 

Beaufort, kalau ada jodoh kita jumpa lagi atau saya ke sana lagi dengan jodoh. Siapa tahu kaaan…!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s