Usaha dan Takdir

Assalamualaikum.

Saya mulakan hari ini dengan senyuman dan syukur atas rahmat Allah SWT ke atas diri ini yang menjadikan saya (juga kita semua), semakin baik setiap hari. Baik dalam pelbagai sudut.

Saya tidak sihat (demam, batuk, selsema dan sakit tekak), tapi saya terima kerana ‘sakit – tandanya Allah masih sayangkan kita, malah mahu kurangkan dosa kita melalui ‘ujian’ itu’. Lagipun nikmatNYA yang mana lagi mampu saya dustakan? Semua nikmatNYA menjadikan kita manusia sebagai makhluk yang paling beruntung. Saya pun rasa saya beruntung…

Setiap yang kita impikan, kita akan capai jika kita berusaha — FAKTA. Tetapi bukan semua yang kita usahakan akan berhasil sepertimana yang kita impikan — KEBENARAN. Semuanya adalah ketentuan dan takdir Allah SWT. Kadang-kadang waktu kita berharap sangat dapat sesuatu, kita tak dapat. Dan kadang-kadang, kita mudah saja menerima ‘rezeki’ yang tak disangka-sangka — semuanya rancanganNYA. Dan segala rancanganNYA adalah yang terbaik buat kita.

Saya hari ini, bila bangun tidur.. saya termenung, tiba-tiba rasa bersyukur sangat-sangat, bila teringat bahawa kini saya telah peroleh apa yang saya harapkan lima tahun lalu. Mujur saya terimanya sekarang, bukan lima tahun lalu! Jika waktu itu, tentu saya jadi seorang yang angkuh, sombong atau pentingkan diri. Bila saya terimanya sekarang, saya memang sudah sedia, ditambah dengan kematangan usia dan fikiran. InsyaAllah, saya yakin, saya akan dapat menguruskannya dengan baik.

Saya biasa merancang, tapi perancangan Allah tentu saja yang terbaik untuk saya. Jadi saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. Cumanya saya akan terus berdoa meminta dikurniakan yang terbaik buat saya. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s