Ganjaran Buat Yang Sabar

28 Mac 2016 – saya diberi surat oleh pihak HR. Surat yang saya tak pernah sangka saya akan pernah dapat. Malah saya sendiri pernah rangka rancangan untuk meninggalkan syarikat tempat saya bekerja atas sebab ‘inilah’. 

Sebab yang ‘inilah’ yang selalu buat saya ditertawakan; baik dari teman-teman sepejabat yang sepangkat; dan ketawa berdekah-dekah dek kawan-kawan yang berpangkat ‘besor’. Tak cukup dengan tu, kerani-kerani pun nak gelakkan saya. Maklumlah, kita (saya) ni tak seberapa…

Selepas sembilan tahun kerja, di pelbagai bahagian, Jabatan dengan segala macam jenis kerja yang saya kerjakan, lepas tu berbagai gelaran/jawatan…akhirnya barulah ‘mereka’ sedar  bahawa saya berfungsi. Dalam benak saya – mereka dah lama sedar, cuma ambil masa untuk mengakuinya. 

Tapi saya percaya benda ni: 

  • Ganjaran untuk orang yang sabar — tuhan ada sebut benda ni. 
  • Dan, tuhan beri ‘apa yang kita inginkan’ pada saat yang paling sesuai untuk diri kita. 

Akhirnya pada tarikh keramat itu, saya menerima surat kenaikan pangkat (buat pertama kalinya). Walaupun bukan ‘manager’ tapi saya yakin inilah rezeki yang tuhan dah takdirkan untuk saya atas kesungguhan menabur bakti kepada syarikat, kesabaran dan kesetiaan yang tak berbelah bagi juga untuk syarikat.

Saya berterima kasih kepada Nuar (boss) sebab tak jemu berusaha untuk ‘menaikkan’ saya, kepada 6 wanita cantik (they know who they are), kYat dan Cikgu Datul yang selalu jadi pendengar setia masalah kerja saya, akak-akak senior dan teman-teman sepejabat. 

Mereka nilah sebenarnya yang buat saya rasa selesa, sampai setiap kali nak berhenti, setiap kali itu jugaklah ‘tak jadi’! 

Kita tak main tipu bhai — kita tak hantar resign letter semata-mata nak bagitau dekat boss yang kita ada value di luar — yang secara langsung  sebenarnya minta naik pangkat atau naik gaji. Kia jujur bhai – nak berhenti, berhenti terus! Dan takdelah nak maki syarikat yang kita tinggalkan bila hantar resign letter, sebab kita ada rasa terima kasih pada syarikat yang menggajikan kita… Duit makan minum selama itu kita dapat dari situ. Duit halal tulah yang kita bagi Mak Abah kita. Tu yang kita bersyukur tu…

Saya juga percaya, kadang-kadang nikmat yang datang kepada kita ni adalah ‘ujian’. Tapi tuhan menguji pada yang mampu diuji…! 

Saya berdoa agar saya jadi ‘padi’, “makin berisi, makin menunduk..” InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s