krisis . kerjaya . masa depan

Assalamualaikum…

Saya di kampung saat post ini ditulis. Cuti Tahun Baru Cina saya habiskan dengan Mak dan Abah. Sebab bulan depan belum tentu dapat balik kampung lagi, takut sibuk dengan persiapan awal PBAKL. Nanti bulan April dan awal Mei memang tak dapat baliklah, sibuk berpesta buku pulak.

Malam ni, sayu. Mak cerita pasal arwah Yang. Selepas arwah pergi, dia telah tinggalkan wang insuran, kereta, wang simpanan dan rumah untuk keluarganya. Sebab Yang belum kahwin jadi semua hartanya diwariskan kepada ibu dan adik beradiknya. Mak kata mungkin arwah sudah tahu akan pergi, jadi dia susun duit dan hartanya siap-siap, nak bagi siapa…

Saya cakap dengan Mak, arwah bergaji besar, pangkat besar, kerja dengan kerajaan jadi timbalan KP –tentulah mampu nak beli insuran, beli rumah, kereta mewah dan simpanan pun banyak. 

Bila difikirkan balik, kalau saya ni, satu hapahpun (habuk) tak ada. Duit simpanan, alah berapa sen sangat dalam tabung. Kereta mewah tak ada, kereta merah je ada… Itu pun kalau saya bagi free pun, tak ada orang yang nak… 


Krisis

“We are about to die, because of our economy and political crisis.” Ya, it’s so true. Inilah pandangan hampir kebanyakkan rakyat Malaysia sekarang. 

Betullah, inilah waktuya yang Malaysia ‘hidup dalam mati’. Kita dah teruk dengan kejatuhan mata wang, kemudian perubahan harga minyak mentah dunia, kos sara hidup yang makin meningkat, ketiadaan subsidi, pengangguran, malah dengan masalah sosial dan politik ‘kotor’ dalam negara — ini semua me’mati’kan Malaysia. 

Nak tak nak, kita kena usaha untuk hidup. Marah pun tak guna, sebab ‘kuasa’ di tangan kepemimpinan — yang dulu kita sendiri yang pilih. Sekarang nak kata apa, hadap jelah. Tapi yang pastinya, saya dan ramai lagi rakyat Malaysia tak akan ulang salah yang sama. Jangan haraplah kami nak undi ‘hangpa’ lepas ni…

Saya tak pasti apa yang pemimpin kita buat untuk setidak-tidaknya mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, lebih-lebih lagi yang duduk (tinggal) di bandar. Yang ada pun, suruh kurangkan caruman KWSP, saya rasa tak menguntungkan rakyat — tetap tidak membantu. 

Sekurang-kurangnya, waktu krisis ekonomi dunia 1998 dulu, PM (waktu itu Tun Dr. M) siap keluarkan langkah-langkah yang perlu rakyat ambil untuk menghadapinya.

Saranan saya, ini bukan masa bergaya atau menunjuk hebat. Ini masa berjimat dan bersederhana. Jika anda bekerja, sayang kerja anda, buat kerja betul-betul. Jika tak bekerja, bawaklah usaha cari duit..ini bukan masa ‘goyang kaki’.  

Kerjaya

Kalau anda mula rasa tertekan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan anda terfikir untuk menukar kerja (beralih) majikan, fikirkannya semula! 

Ada pakar ekonomi yang kata waktu ini bukan yang terbaik untuk tukar kerja mahupun membeli aset (rumah). Saya rasa ada benarnya. Sebelum nanti 1.5 juta rakyat Bangladesh masuk Malaysia dan disalurkan dalam pelbagai sektor, baik kita jaga kerja kita elok-elok. 

Nanti sampai masa, majikan boleh pilih nak kekal menggajikan kita ‘yang tak bagus ni ke’ atau ambil mat Bangla yang rajin dan boleh dikerah sambil dapat pula jimat (bayar gaji murah). 

Jadi kita yang ada kerja ni, buatlah kerja elok-elok. Jangan sampai nanti mat Bangla tu rampas kerja kita!

Dalam setiap organisasi ada empat (4) jenis pekerja – bukan saya cakap, Ustaz dalam program Al-Kuliyyah (TV9) yang cakap:

  1. Pekerja wajib – ada kita suka, tak ada kita terasa ketiadaannya (staf yang bagus, baik perangai, berkualiti, berfungsi) 
  2. Pekerja sunat – ada, tak ada, tak apa (sedehana, at par dalam semua benda)
  3. Pekerja makhruh – kalau ada, jangan ramai (pak lawak, buat kerja ambil mudah, nak seronok saja) 
  4. Pekerja haram – kita doa biarlah tak ada (kerja malas, ambil kesempatan, tak boleh diharap, tak berkualiti dan tak berfungsi)

Selepas anda nilai kedudukan anda (jenis yang mana), lepas tu anda putuskan sendiri ‘sama ada wajar tak kalau anda berhenti kerja dan anda rasa adakah majikan lain yang sudi ambil anda kerja’, kalau anda bukan dalam jenis pertama (no. 1). 

Tapi kalau memang ada tawaran yang lebih baik untuk anda (kerjanya bagus, bayarannya bagus dan ada potensi masa depan), pergi sajalah! Pasal rezeki ni berbalik juga di tangan Tuhan. Kalau DIA kata ada, ia tetaplah ada.
Masa depan

Percaya tak yang dalam masa-masa ‘payah’ inilah yang kita akan terkenang balik tentang perancangan hidup yang kita buat dulu dan kedudukan kita sekarang. Ada yang rasa kesal dan ada pula yang bersyukur sebab telah berjaya  capai apa yang dirancang.

Kalau pun kita pandai merancang, perancangan Allah SWT lebih sempurna dan paling terbaik buat kita.

Yang kesal, tentu sebab anggap diri dah tersalah buat pilihan atau sedih sebab apa yang dirancang tak menjadi. Tak perlu sedih Dan kesal sangat – benda dah jadi, kita hadap sajalah…yang penting kita jangan berhenti berusaha. 

Mungkin rezeki kita bukan di depan mata, jatuh dan tersembunyi sikit. Tapi akan tetap ada! Kan tuhan dah janjikan ‘ganjaran untuk orang yang Sabar’.

Masa depan kita tentu bersinar kalau kita faham bahawa diri kita sendirilah yang menentukan terang atau malapnya sinar itu, tergantung usaha kita masing-masing. InsyaAllah, selagi ada usaha tentu berjaya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s