Saya Yang Tidak Sempurna

Saya guna ayat yang sama ertinya dengan tajuk post ini waktu mengadap Anuar (boss) untuk ambil markah SKT dan baca ulasan yang dibuat tentang ‘persembahan’ saya sebagai staf bawahannya. Saya katakan dengan jelas, “mana ada manusia sempurna, kalau adapun Nabi…”

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

Blog ini adalah catatan kisah peribadi saya, yang dengan sengaja saya tulis sebagai rekod (diari). Kalau ia sesuai jadi teladan buat anda, silakan. Jika ia boleh jadi panduan, Alhamdulillah.

Jangan contohi saya jika apa yang saya buat tidak elok mahupun bersifat negatif, tapi jadilah seperti saya jika ia perkara yang baik serta positif. InsyaAllah kita sama-sama akan beroleh untung.

SKT jadi benda yang sangat penting untuk mana-mana staf walau apa pun organisasi yang menggajikannya. Di tempat saya pun sama, SKT-lah yang jadi penentu gaji naik, dapat bonus, bonus tinggi atau rendah, naik pangkat, kena tukar bahagian atau Jabatan. Semua ditentukan selepas keputusan SKT.

Tapi lepas lebih 9 tahun 3 bulan kerja (satu majikan a.k.a satu organisasi), saya tahulah hakikat yang ada masanya SKT (prestasi) kerja penting dan adakalanya ia tak bergunapun — mengikut situasi (tempat, masa dan siapa terlibat). Kadang-kadang, tak cemerlang buat kerja pun tetap naik pangkat. Bak kata teman-teman di pejabat, “yang penting aircond mau sejuk, kipas kasi hebat, puji biar lebat, pemberian ikhlas — semua boleh jalan).

Saya anggap naik pangkat, naik gaji, semua kerja ‘pemberi rezeki’. Ada rezeki kita adalah, dah tak ada nak buat macam manakan? Isu kerja tak bagus dan hanya mengampu saja –itu hal dia dengan Tuhan, tak berkena mengena dengan kita pun.

Lagipun tak perlulah berangan umpama kita ni (kerja) bagus sangat. Sikit sebanyak ada juga buat salah serba serbi. Adatlah, bukan semua yang kita buat betul, Ada juga cuai tang itu ini. Terimalah hakikat yang kita ni manusia biasa, ada masanya terlupa, lalai atau cuai semasa buat kerja.

Sehebat CEO tu pun, pernah buat salah (sampai kita rasa dia merepek). GM pun buat keputusan bodoh (sampai kita mengekek gelakkan dia kat belakang)… Tak cukup hebat, malah PM pun buat benda yang memalukan sampai satu dunia kecam dia, satu Malaya benci dia, satu bangsa Melayu mem’bangsat’kan dia.

Kesimpulannya, tak ada orang yang tak pernah buat salah. Kita tak akan terlepas daripada buat salah…

Bila kau kejar yang sempurna nanti kau akan hilang yang terbaik… Bila kau hilang yang terbaik, maka kau hilang seorang yang boleh diharapkan. Kalau itu yang kau mahu, tepuk dada…

Dah namanya manusia! Cuma kita kena berusaha supaya kesalahan sama tak berulang dan bertanggungjawablah jika benar bersalah (buat kesalahan).

Ada orang pernah cakap? “Belajarlah daripada kesalahan…!” Sebab apa? Supaya kita tak mengulang salah. Dulu CEO saya pernah cakap, “jatuh lubang tak mengapa, asal tak jatuh lubang yang sama berkali-kali.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s