2016 dan Benda Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kalau anda pembaca setia blog ini, anda tentu tahu apa yang saya nak kata. Yup, saya nak minta maaf sebab dah lama tak muncul dengan post baru. Sorrylah, saya sibuk sangat.

Macam tak biasa, awal-awal tahun ni lah, pejabat nak macam-macam. Nak meetinglah, perhimpunanlah, pelan jualan, strategi, kertas cadanganlah,takwimlah, memo itu inilah.. Macam-macam! Tak masuk SKT lagi…

Tak menang tangan kita. Adoi, masa tak cukup, semuapun pending-penting. Dengan budget yang semakin nipis, itu yang dalam hati ada sikit risau! Tambah pula badan asyik sakit-sakit je, maklumlah dah tua. (Susah saya nak mengaku diri dah tua tau, tapi pasal kita ni sedar diri — ngaku jugaklah.)

2016, dah 19 hari dah! Awal-awal ni apa yang saya sedar tentang beza 2015 dan 2016,ada satu perkara– harga barang naik! Walaupun GST dah ada sejak April 2015, tapi sekarang ia memang benar-benar terasa.

Memang ada kenaikan harga barang, tapi kita (rakyat marhaen Malaysia) taklah menjangkakan ia sampai teruk sangat, hingga membenankan. Kalau saya yang ada pekerjaan dan berpendapatan tetap ni pun rasa terbeban, orang lain macam mana? 

Dulu : nasi putih + sayur campur + sambal tumis ikan bilis + air teh o ais = RM7

Sekarang: nasi putih + sayur campur + sambal tumis ikan bilis + air teh o ais = RM10.50

Yang lebih sedih, kebanyakkan kenaikan harga barang tertumpu kepada barangan keperluan atau bahan asas. Contohnya, makanan, bahan mentah untuk masakan, ubat-ubatan, minyak dan gula. Lebih parah bila petrol pun naik harga, lepas tu tambang pengangkutan awam pun naik sekali, seiring je dengan tol yang makin tinggi.

Bouksit — pun benda baru…baru tau! Kita, yang baru tau pasal benda ini dilombong secara haram –takpalah, boleh lagi diterima logik akal kalau kita baru tau sebab tak ada depan mata kitakan. Ini, deme (penguat kuasa) kat tempat sendiri pun tak perasan, apakah jadahnya! 

Apa lagi tahun baru ni, bekalan makanan — bakal tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat jelata. Habislah kita! Nak makan apa? Paling baru, bekalan makanan laut dijangka berkurangan masa Tahun Baru Cina nanti. Nak ke laut pun kos, minyak dah makin mahal… 

Saya bukan nak jimat, cuma saya geram sebab kena belanja banyak untuk perkara asas. Jadi saya nekad bawak bekalan ke tempat kerja. Apa saja, nasi, bihun, roti… Semualah… Kalau berlauk, saya bantai ikan bilis sambal tumis saja.

Semoga kita sama-sama berjaya mengharungi cabaran tahun baru 20 16. InsyaAllah. Bak kata Datuk Chairman masa Perutusan Tahun Baru di pejabat hari tu, “kita berdoa agar Allah SWT kurniakan seorang pemimpin  yang dapat menyelesaikan segala kesulitan yang kita (rakyat) alami.” InsyaAllah 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s