2015 In Review @ Shi & Kisahnya

Assalamualaikum…
Sorry, berjuta kali sorry. Memang lama take update Shi & Kisahnya sebab terlampau sibuk walaupun dalam kesenggangan.

Saya nak review apa yang berlaku sepanjang 2015 pada diri sendiri — saya buat begini hampir setiap tahun sebab bila saya tua nanti, ‘ia akan jadi bahan hiburan’ yang akan but says senang hati. Confirm, saya pernah sebut dulu, tiap kali says baca balik post yang lama-lama dulu saya akan gelak sakan. Ialah, benda lama dah jadi memori.

1. Setahun di JKPJ — panjang jodoh kami.
2. 10 tahun makan gaji (satu majikan), pangkat tak pernah naik, tapi syukur gaji saya masih bergerak, dapatlah menapak satu demi satu tangga.
3. Tukar wajah WQB — new look, lebih seksi. Kejayaan sebenar adalah kejayaan menyimpan duit untuk touch up WQB.
4. Setahun dah sertai PPIDMI — selesaikan 3 exam, hukum tajwid, Iqra’ dan Muqaddam. Sempat juga cuba menghafal surah An Naba.
5. Berjaya balik kampung setiap bulan kecuali bulan April Dan November. Sebagai anak, saya bersyukur sebab masih mampu beri duit (amaun yang konsisten) kepada Mak Abah.
6. Jahit baju dan sarung kusyen untuk hari raya. Buat beberrpa projek DIY seperti repair jeans, buat keychain bantal dan jeans retro.
7. Hilang seorang anggota keluarga — KakYang (sepupu) meninggal dunia kerana kanser. Sempat bersama menguruskan jenazahnya.
8. Risau — Chu (pakcik), dikesan ada kanser usus (peringkat awal). Alhamdulillah dapat dicegah selepas pembedahan kecil.
9. Difitnah dan dianiaya — ada seorang dua rakan pejabat bergaduh dengan saya sampai  tak mahu bertegur sapa. Yang pelik, saya tak tahu apa puncanya. Ada (staf) beritahu saya tentang ‘gerakan’ menghasut staf lain supaya membenci saya. Untuk saya sendiri, “I really don’t care!”.
10. Alhamdulillah, Tuhan buka mata dan hati saya untuk tidak memilih Faiz (Faizal) sebagai teman. Rupanya dia sudah berkahwin dan sedang bermasalah dengan isterinya, patutlah dia mencari jalan keluar. Siap ada anak lagi, dasar penipu!

2016, tahun yang lebih cemerlang untuk saya. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s