Saya Yang Berangan Nak Kurus

Assalamualaikum…

Ini cerita saya yang sedang berusaha untuk turunkan sedikit berat badan. Tujuannya bukan apa, cuma sebab saya takut tak ada baju saiz besar (tema retro) yang boleh saya pakai untuk dinner syarikat tempat saya bekerja.

Untuk kurus, saya buat rancangan Cabaran Kurus 20 Hari. Gitu… Sangat berangan. Tapi saya buat jugaklah rancangan tu. Biasalah saya suka buat planning…

1. Mula-mula tetapkan sasaran yang kita mahukan. Macam saya 72 kg dan target penurunan berat badan antara 4 – 8 kg, InsyaAllah.

2. Diet teatox – saya beli di IG, minum sekali sehari, tanpa gula…masa minum tu hasut diri sendiri, anggap teh tu rasa air ribena.

3. Minum air kosong – 10 gelas pada waktu siang, lebih kurang 2.5 liter. Formulanya minum segelas setiap jam, 9:00 am – 6:00 pm. Malam lain kira, minumlah segelas dua, agak-agak untuk mencukupkan lagi 0.5 liter.

4. Makan buah-buahan – Sarapan, saya ambil oren atau pisang. Kemudian kalau lapar antara jam 10:00 – 11:00 pagi, saya makan epal. Nanti tengah hari, sebelum makan nasi saya ambil epal dulu . Petang, masa untuk epal jugak. Malam, hanya pear dan kalau masih teringin nak makan, saya akan ambil oren. Banyak lagi buah-buahan lain yang boleh diambil untuk diet, cuma saya ni makan memilih sikit. Itu jelah buah yang boleh masuk takat ni…

5. Pantang makan makanan seperti nasi, mee, bihun dan lauk pauk berlemak – sebagai ganti, ambil lauk (asalkan bukan gulai lemak, kari dan kurma) dan sayur. Sayur lebih banyak. Saya ambil roti, biskut, cereal dan buah. Buah tu, setiap hari.

6. Pantang minum minuman berais dan bergula – hanya air kosong, air kosong!

7. Bersenam – 1/3 jam sehari atau lebih. Kebetulan saya baru beli Wonder Core II, senang sikit nak sit-up nak buangkan buncit. Boleh kayuh basikal sebab pedal basikal pun dipasang pada Wonder Core II.

8. Gunakan losyen (krim mencairkan lemak) di bahagian tertentu. Tentulah di perut, kemudian peha, lengan dan betis. Oh dagu yang berlapis dan pipi yang kembung juga.

9. Banyakkan bergerak – saya nak mula berjalan kaki pergi balik dari rumah ke pejabat. Kemudian naik tangga, dah tak guna lif dah… InsyaAllah, minggu depan nak buat. Al-maklumlah…kereta masuk workshop.

10. Stay positive – penting sangat, jangan pernah terfikir bahawa usaha yang dibuat sia-sia. Ia akan berhasil juga akhirnya.

Tengoklah nanti, berhasil ke tidak… 18hb nanti. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s