Saya Yang Emo Sangat

Assalamualaikum…
Entah kenapa semalam saya beremosi sangat. ‘Emo’ dari Subuh sampailah tutup mata (tidur). Rasa pilu, rasa sedih, rasa sayu di hati ini.

Tak pasal-pasal menitis air mata sambil saya cerita kisah ‘saya berniaga di pasar tani’. Tersentuh sangat, padahal bukan apa-apa pun. Saya perasan, terdetik emosi tu bila saya mula bercakap, ‘suara berubah jadi terketar-ketar macam orang nak menangis’, makin cerita makin sebak, akhirnya…

Dua kali saya cerita kisah yang sama; sekali pada KAznie dan KAtie, kemudian sekali lagi pada KZay dan KYat. Kedua-dua kali tu juga rasa sarat dengan pilu. KAtie ada kata, “kalau akak, akak rasa bangga sebab jual buku di pasar tani”. Malangnya saya bukan dia, pada saya tentulah dia akan cakap begitu.

“berniaga kat pasar tani di Frankfurt lain dengan pasar tani Malaysia ni…” kata seorang teman — saya dapat ‘point’ dia, saya faham. Kata Adik, “pasar tani kita tak sama dengan Pasar Buku di Indonesia. Itu betul betul pasar yang jual buku…”

Empat orang dengar kisah yang sama, yang saya sampaikan dalam nada beremosi (walaupun saya tak niat untuk beremosi). Dan saya dapat juga empat pandangan berbeza :

Pandangan #1. Tidak setuju. Saya patut bangga jual buku atas nama syarikat biarpun berniaga di pasar tani.

Pandangan #2. Saya sebenarnya confius (keliru)!. Tak salah berjual di pasar tani. Dan niat untuk menbantu team berjualan di pasar tani pun baik. Cuma bila timbul persoalan dalam diri tentang kesesuaian berada di pasar tani, sebagai orang yang menjual buku di situ — ada sikit rasa kecewa, rendah diri dan demotivated. Mungkin didikan keluarga menyebabkan saya tak memandang berjualan di pasar tani itu bagus, padahal memang boleh earn money.

Pandang #3. Pasar tani memang bukan tempatnya. Saya kena berkeras untuk suarakan perkara itu kepada pihak atasan jika saya rasa tempat itu tak sesuai untuk memasarkan produk. Kaji kos keluar dan duit masuk dalam jualan itu, berbaloi ke tidak. Pihak atasan mungkin tak sedar untung rugi jualan di pasar tani, kalau lebihnya untung tak apa, kalau sebaliknya? Dan lebih-lebih lagi, masa kita (pekerja) yang diambil untuk bertugas, waktu cuti untuk keluarga yang jadi lebih terhad. Satu lagi, janganlah paksa diri ikutkan semua hanya sebab nak tolong kawan.

Pandang #4. Pada awal, sikap sukarela bantu kawan memang baik. Walaupun memang benar tidak ada perasaan nak memandang rendah kepada peniaga di pasar tani, tak fikirkan kedudukan dan taraf pendidikan, tapi mesti ada terdetik rasa kecewa sebab kita buat benda yang kita tak terfikir akan buat. Yang sebenarnya kita malu sebab kita rasa kita patutnya buat benda lain yang lagi hebat. Kita rasa diri sendiri di’downgrade’kan, rasa terbuang. Lebih-lebih lagi bila dah berusaha 10 tahun untuk syarikat, setia, buat macam-macam kerja dari zaman susah dulu sampai senang lenang, rasa tak dihargai. Tapi itulah kehidupan. Orang susah hati bila kita kuat, bila kita mampu hadapi cabaran. Jadi kita kena lebih tabah. Dan bila saya ‘menggeletar’ jual buku di pasar tani, kalau orang lain tengok mereka ‘senang hati’. Apa yang perlu dibuat adalah lawan perasaan kecewa tu. Stay positif.

Komen saya sendiri bila mentafsir setiap pandangan:

Pandangan #1. Tak faham. Tak pernah buat apa yang saya dan team buat, mana dia tahu apa yang kami alami. Pandangannya memihak ke pihak atasan sebab di dalam kalangan berkenaan.

Pandangan #2. Keluarga saya tak pernah mempengaruhi saya untuk gaya hidup, the way i look on something, apa yang saya nak buat atau kerjakan. Malah, saya nak belajar apa pun mereka tidak pernah kisah, yang penting saya buat sehabis baik untuk diri saya sendiri. Saya tahu berniaga di pasar tani boleh earn money. Saya fikir saya juga akan buat begitu (kalau berpeluang) jika ia adalah perniagaan saya (perniagaan sendiri), bukan mewakili syarikat gah begini.

Pandanga #3. Ia sangat betul, tepat. Cuma saya tetap perlu beri bantuan jika saya mampu, sebab saya manusia. Saya ada rasa simpati jika team saya terbeban.

Pandangan #4. Pandangan ini membina. Ia menyentuh soal mengapa saya’malu’ berjual di pasar tani dan kenapa saya perlu bertahan dan melawan. Sebab itulah keHIDUPan.

Saya terima semua pandangan, tapi rasa saya perlu betul-betul kena buang rasa kecewa, sekarang juga…sebelum jadi penyakit. Saya mahu kekal jadi orang yang ringan tulang, memahami kawan-kawan dengan kesukaran yang dihadapi. Jadi saya akan terus menolong.

Kalau saya boleh turn back time, saya tak akan ikut team jual buku di pasar tani. Oleh sebab saya dah pun buat, saya akan teruskan dan buang rasa ‘malu’ itu.

Semoga Allah SWT mendengar doa saya, memahami kepayahan saya. Semoga syarikat memandang saya lebih baik, paling tidak sedikit rasa hormat kepada saya dan teman-teman yang ‘cuma kadang-kadang saja mengeluh, tapi kaki kami tak pernah berhenti berlari’ untuk syarikat.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s