Kalaulah Saya Berani…

Assalamualaikum…

Hari ini, Babarina (nama sebenar adalah Sabarina) benar-benar menyatakan kesungguhannya meletak jawatan dan jadi suri rumah sepenuh masa. Untuk pendapatan tambahan, Sabarina nanti akan mula mengambil upah menjahit pakaian secara serius dan mungkin lambat laun, dia akan jadi usahawan ‘busana tradisi dan muslimah’. InsyaAllah, siapa tahu…

Dalam hati, sedikit sebanyak tercuit rasa kagum kepada kawan saya yang sorang ni, yang saya kenal sejak enam atau tujuh tahun lalu ni… “betapa beraninya dia..!” Saya, sebenarnya sentiasa menyokong bila ada teman-teman yang nekad meninggalkan alam ‘makan gaji’ dan buka langkah baru sebagai usahawan (mula berniaga). Pada saya, sebaik-baik pekerjaan adalah perkerjaan Rasulullah dulu, iaitu berniaga. Apa pun produk atau perkhidmatan yang diniagakan, ia tetap perniagaan! Yang penting halal.

Saya pun nak buat begitu…tapi saya penakut dan kalaulah saya seBERANI tu..

Makan gaji, tak akan selamanya menjamin kehidupan kita sebab pada satu-satu masa kita akan hadapi pelbagai tekanan yang mula buat rasa mual, jemu dan pening kepala memikirkan kerja kita yang fungsinya memberi khidmat untuk pihak atau orang tertentu. Boleh jadi tekanan kerja, boleh jadi soal kepercayaan majikan kepada kita, boleh jadi masalah hubungan sesama rakan sekerja, boleh jadi kerana penghargaan yang kian tipis daripada majikan dan boleh jadi juga sebab kejatuhan ekonomi dan majikan sudah tidak berdaya — macam-macam sebab, yang pasti hujungnya nanti kita akan rasa dan jadi LETIH nak kerja dengan orang, untuk orang. Orang tu ditakrifkan sebagai organisasi ya…

Saya pernah terbaca ni dahulu….

Jika organisasi sudah kurang memberi wang, bertahanlah, bersabar dan berusaha lagi…dapatkan lebih banyak wang untuk organisasi. Jika organisasi sudah kurang memberi penghormataan, kepercayaan kepada anada, tinggalkan sahaja. Itu bukan lagi tempat anda.

Gitulah! Saya ni memang penakut. Sampai sekarang, saya sudah punya tiga rancangan perniagaan yang saya sediakan untuk diri sendiri — jika saya tiba-tiba putuskan untuk berhenti makan gaji. Satu, perniagaan ‘Car Wash’. Kemudian, perniagaan ‘menjahit baju secara pukal’ dan yang baru (belum siap sepenuhnya) adalah perniagaan ‘warung kopi’. Saya suka setiap idea perniagaan yang saya tulis, ada kelainan, ada yang menarik sebab tiap satu akan ada ‘sesuatu yang baru (moden)’ atau ‘nilai tambah’ (yang belum pernah orang buat dalam jenis perniagaan yang sama).

Apakan daya hingga saat ini saya masih lagi takut untuk hantar surat letak jawatan, jalankan idea perniagaan sendiri, walau hati saya ‘teringin sangat nak buat’. Atas beberapa alasan, saya akan kekal beberapa tahun lagi di sini (syarikat tempat saya makan gaji).

Ini alasan mengapa kebanyakkan perempuan (termasuklah saya) masih tidak berani untuk meneruskan kehidupan secara mandiri (untuk berniaga) dan lupakan majikan:

1. Tiada sumber lain untuk bergantung — biasanya, perempuan yang berhenti kerja, mereka ini adalah isteri dan ibu kepada beberapa orang anak. Walaupun berhenti kerja, kewangan mereka tidak terjejas kerana masih punya suami untuk menanggung keperluan (duit). Kalaupun mereka berniaga, untung rugi dalam enam bulan pertama boleh di’cover‘ oleh sang suami. Walaupun boleh berjimat-jimat, namun perbelanjaan rutin seperti bil-bil, belanja makan minum, pakaian, perubatan — kekal, tetap akan ada dan perlu disediakan. Kalau tak ada sumber (suami) siapa pulak nak menanggungnya…

2. Masih berhutang — ini jika tidak berlaku pada anda, maka anda patut bersyukur. Dalam 1,000 rahmat yang Allah beri pada anda, anggap ‘tiada hutang’ sebagai satu daripadanya. Bertuahlah anda jika tidak perlu membiayai pinjaman peribadi Bank Rakyat atau PTPTN. Bukan apa, jika tiada pendapatan tetap, bagaimana nak melunaskan hutang, lebih-lebih lagi kalau hutang tu diikat untuk tempoh yang lama. Nasihat saya, bagi yang belum pernah berhutang, janganlah sesekali berhutang. Hutang kad kredit pun jangan ya…

3. Punya tanggungan (wajib) — saya faham ada yang kata saya gila, “anak tak ada, mana ada tanggungan”. Itu jika anda anggap anak anda sahaja sebagai tanggungan. Saya tidak! Dan saya yakin ramai yang sependapat dengan saya. Ibu dan bapa juga adalah tanggungan. Berdasarkan pengalaman sendiri, pemberian tetap setiap bulan untuk Mak Abah dah jadi satu antara perbelanjaan wajib saya sejak 13 tahun yang lalu. Sejak dari menungggu keputusan STPM lagi saya sudah keluar bekerja dan membiasakan diri mengirim belanja untuk Mak Abah. Jadi, jika saya nekad berhenti makan gaji…hal ini akan menjadi keutamaan untuk difikirkan. Jika ada jaminan bahawa belanja ini dapat disediakan setiap bulan, saya akan lebih berani untuk mulakan hidup sebagai usahawan (walaupun kecil-kecilan).

4. Tiada perancangan kehidupan masa panjang — seperti Sabarina, dia memutuskan untuk berhenti kerja kerana dia memikirkan masa depan diri dan keluarganya…bagaimana anak-anak membesar tanpa dia memberi tumpuan jika masih keluar bekerja, bagaimana untuk dia mencukupkan wang untuk segala perbelanjaan kehidupan harian, bagaimana dia boleh meningkatkan ekonomi keluarga dengan kemahiran menjahit serta bagaimana dia dapat mengurangkan perbelanjaan bagi membanyakkan simpanan untuk keperluan masa depan (anak-anak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi). Kalau saya sendiri, rancangan saya (setakad ini) cuma mahu memiliki sebuah rumah sendiri, mahu sejahterakan hidup Mak Abah saya dan mahu ke Mekah satu hari nanti, InsyaAllah. Saya tanpa keluarga (sendiri), mungkin tak sepayah Sabarina merancang kehidupannya bersama enam manusia lain (keluarganya) yang akan meningkat usia.

5. Tiada peluang (dan modal) — cita-cita ada, impian ada, idea perniagaan ada, rancangan perniagaan pun telah dirangka. Tapi apa guna semua tu kalau ‘ongkos’nya tak ada. Modal mulanya, gimana? Ruang, peluang dan wang, sama penting, sama perlu. Menurut kata ‘mahaguru ABS’ Puan Ainon, “kalau nak berbisness, jangan mulakannya dengan meminjam. Gunakan modal sendiri!” Kalau saya mahu buka warung impian saya, mana saya nak ‘cekau’ modal… Bukan seratus dua atau seribu dua. Saya secara peribadi, kurang yakin dengan bantuan yang dihulurkan pihak kerajaan atau institusi kewangan kepada usahawan baru — nanti dengan syarat bayaran balik yang membebankan dan risiko kegagalan dalam perniagaan…sudahnya menjerat diri.

Betullah saya PENAKUT. Tak perlu carut diri sendiri, cukup sekadar saya sedar yang diri saya memang penakut. Tapi tiap kali jugak — saya berjaya positifkan diri saya, saya akan lembutkan nahunya begini…”saya akan meninggalkan kepekerjaan ini apabila saya sudah benar-benar sedia nanti…” Saya hanya menanti ruang dan peluang yang benar-benar pasti, uwangnya akan menyusul nanti. InsyaAllah.

Apapun, saya tetap doakan Sabarina berjaya. Saya yakin dia akan berjaya. Kalau Ina baca ni, saya harap sangat yang dia akan sentiasa yakin untuk mulakan kerjaya sebagai suri rumah yang menjahit sepenuh masa. InsyaAllah. Saya doakan agar bilik jahitnya akan bertukar tempat — jadi sebuah butik nanti. Yakinlah, rezeki Ina dan anak-anak di tangan Tuhan, bukan majikan. Selamat maju jaya Ina.

Advertisements

One thought on “Kalaulah Saya Berani…

  1. MashaAllah, sangat terharu Shida. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih sangat2. InshaAllah semoga diberikan jalan olehNya sepanjang mengharungi hari-hari yang mendatang. Terima kasih shida :'(. Terharu dengan hasil nukilanmu

    Nama glamour sy Babariena. xda ‘r’ – Barbarina. hehehehe

    Sayang kalian. muah

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s