tips@top : Ringankan Beban Rindu

Assalamualaikum…
Hui, dah bersawang dah blog Shi & Kisahnya ni…

Saya nak cerita sikit pasal apa yang berlaku semasa saya di Jakarta, sambil-sambil tu saya nak beri tips@top “bagaimana meringankan beban rindu dendam”. Saya yakin 100 peratus, tips ini boleh digunakan, cuma pandai-pandailah pilih masa yang sesuai untuk guna dan bagaimana nak guna. Testimoninya adalah keberkesanan menggunakan tips yang sama daripada teman-teman saya yang biasa berjauhan dengan pasangan dan keluarga mereka.

Okay, mari kita mulakan…

Mula-mula bezakan rindu tu, adakah ia benar-benar rindu atau sebenarnya entah gangguan hati dan perasaan semata-mata.

Saya, waktu di Jakarta dulu, hari kedua kut, saya nampak lelaki sebijik (sama) macam Naim. Sekali pandang dari belakang, sumpah macam dia. Dari tepi, sebijik. Dua tiga kali saya terperasan macam tu. Teringat, terbayang… Adakah saya sedang rindu..? Takkan kut, takkanlah saya rindukan dia. Kenapa pula nak rindukan dia, bukan kami ada apa-apa pun…

Itu bukan rindu…itu cuma gangguan perasaan. Iyalah, bila teman rapat kita sibuk bercerita tentang lelaki pujaan hatinya, kita pun dok main teringat jugak dekat seseorang. Padahal kat hati kita takde apa-apa pun. Saya lebih yakin, itu bukan ‘rindu’ sebab lepas tu saya kerap jugak terpandangkan ‘orang yang sama macam’ a.k.a serupa dengan orang yang saya kenal… Kak Niza, Chik (member di UiTM dulu), Lynn…ramai lagi, sampai lupa dah…

Rindu maknanya “keinginan terhadap sesuatu yang disukai atau disayangi”. Rindu dendam pula menunjukkan “tahap kerinduan yang paling dalam” atau level gaban atau aras dewa atau super (yang terlalu hebat sangat) — kamus saya, bukan Kamus Dewan. Rindu kerap dikaitkan dengan percintaan dan perhubungan kekeluargaan, mahupun persahabatan.

tips@top bagaimana meringankan ‘ringan’ beban rindu dendam yang saya janji tadi lebih terarah untuk pasang bercinta. Inilah, seperti di bawah:

#1 – Berdoa
Kan kita selalu dengar (lirik lagu).. “Oh angin sampaikan salam rinduku kepadanya…” Bohong semua tu, macam mana angin nak sampaikan? Kalau dah rindu sangat, angkat tangan berserah kepada Tuhan, berdoalah supaya DIA melindungi, merahmati orang yang dirindukan. Dalam cerita Hantu Kak Limah, yang kisah Che Nin dengan Usin tu, endingnya tok bomoh ada cakap, “bila kita ingat kat dia, dia pun ingat kat kita…” Yalah tu, anda doakan orang yang dirindukan, dia akan boleh rasa dan berharaplah agar dia ada rasa yang sama untuk anda. Baru sweet!

#2 – Berhubung
Zaman serba canggih, teknologi itu ini, dah tiada halangan untuk berhubung dah. Pegang phone macam-macam boleh buat untuk melepaskan rindu dendam…call dan SMS paling rare. Nak jimat dan mudah, anda boleh guna WhatsApp. Tak puas hati sebab tak nampak muka, boleh guna video call atau skype. Paling-paling pun kalau anda rindu tapi segan nak bercakap (call) atau bertentang mata (Skype), anda boleh tulis emel. Paling old school, gunalah surat…surat cinta!

#3 – Surprise
Anda rindukan? Buatlah kejutan untuk yang dirindu, tentu dia akan menginginkan anda selalu. Kirim bunga atau coklat, jumpa sidia secara mengejut dan berikan hadiah — antara surprise yang disukai. Dia juga akan berasa rindu, dan itu membuat rindu anda berbaloi. Kejutan anda itu akan jadi ‘memori indah’ dan itulah yang lebih memaniskan rasa rindu anda dan sidia.

#4 – Memori indah
Bila rindu anda mesti teringat saat manis bersama.. kan. Sebab itu waktu bercinta, ciptalah sebanyak mungkin saat manis sebagai memori indah (kenangan) yang akan diingati bersama. Kenangan menjadikan kita lebih menghargai. Percayalah bila kenangan bermain di minda, hati kita berbunga. Rindu masih sarat, tapi hati anda bahagia!

#5 – Jumpa
Hei, kalau dah rindu sangat kenapa banyak fikir…? Jumpa sajalah. Bila bertemu, katakan padanya betapa rindunya anda pada sidia. Yakinkan dia bahawa anda memikirkannya setiap masa. Dan anda sangat bertuah jika sidia tersenyum (malu) sambil menyatakan perkara yang sama kepada anda, ‘dia juga rindukan anda’. Habiskan masa bersama dan terus cipta memori indah.

Bertuahlah jika ada orang rindukan saya… Tapi rindu tu luas. Saya pun selalu rindukan Mak Abah saya, walaupun kerap berhubung. Cumanya rindu kepada kekasih — ada rasa lain sikit, lebih manis (itu kata saya, baca boleh percaya jangan). Untuk orang bercinta, rindu tu kemestian. Kalau tak rindu, cinta jadi tidak lengkap. Sebab masa bercinta adalah masa seseorang yang normal berubah menjadi seorang ‘pemabuk’, pemabuk rindu!

orang bercinta macam pemabuk!

Pemabuk arak, bila mabuk masih terbayang arak walaupun ditangannya dah ada botol.
Pemabuk cinta pun sama saja, sepanjang masa asyik terbayangkan cinta hatinya walaupun dia tahu ‘cinta’ itu memang miliknya. Itu yang terkenang-kenang sidia selalu tu…

Akhir sekali, rindu memang tiada ubatnya selain bertemu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s