Trivia Shi & Kisahnya #4 : Bahan tips@top

Assalamualaikum…

Topik trivia blog ini, kali ini (berapa banyak ini la…), tentang bahan tips@top.

Blog ini (kan saya katakan ia adalah diari elektronik saya) 100 peratus tentang saya, maka tentulah bahannya juga berdasarkan diri saya sendiri. Cuma, ia selalunya berbantukan bahan pembacaan, video-video dari vlogger dan cerita dari estimoni tips@top dari teman-teman rapat.

Ada orang kata, “diari, kita tak kongsi bagi orang lain baca

Saya bagi je, sebab ada benda elok yang berlaku pada diri kita yang boleh diteladani, ada yang buruk yang boleh disempadani. Setiap manusia tak melalui benda (peristiwa) yang sama, tapi kita boleh kongsi pengalaman bersama. Ibaratnya kalau saya dah jatuh satu lubang, saya tak mahulah ada orang lain jatuh lubang yang sama macam saya, buat langkah yang salah macam saya.

“Diari, orang lain baca bila kita mati..”

Betul, tapi itu dulu. Sekarang orang boleh buat filem tau, kisah hidup sendiri, sebelum Tuhan panggil ke alam abadi. Tapi itu kalau tokoh atau individu yang ada namalah… Jadi eloklah kita rekodkan kisah hidup sendiri, mana tahu tetiba kena penyakit ‘lupa diri’, bila baca balik blog bukan saya saja yang akan kenal diri sendiri, orang lain pun akan kenal kita juga — baik buruk perangai, hitam putih hati, tulis sucinya niat kita.

Saya nak cerita pasal tips@top! Gini, saya bukan Dr. Love, bahkan saya tak pernah jadi ‘pemenang’ pun dalam permainan yang dipanggil ‘permainan cinta’ ni. Ya, I’m loser in love! Tetapi kebanyakkan tips@top cinta yang saya beri datangnya dari buku, blogger lain serta pengalaman dari cerita teman-teman. Apa salahnya berkongsi pengalaman, walaupun bukan pengalaman sendiri, yang penting owner story tahu dan izinkan…

Satu lagi, semua tips@top adalah bahan yang logik, sangat logik dan bukan merapu.

Saya berterima kasih kepada semua pembacaan, yang kebanyakannya silent reader. Saya tak kenal siapa anda, tapi saya tahu ada, sebab WordPress beritahu bilangan visitor dan jumlah viewer setiap hari

Seorang teman pernah menegur saya supaya berhati-hati, apa yang dituturkan dan apa yang ditulis. Katanya sebab saya ada heaters.

Heaters? Apa yang nak dibencikan, aaya bukannya wanita cantik idaman semua, atau orang kaya raya atau berkuasa…pangkat pun kelas bawahan, gaji tak seberapa. Apalah yang dapat kalau takat nak membenci orang macam saya…

Jadi, rasanya saya tiada heaters, sebab saya sendiri tak pernah benci orang. Kalau pun saya tak suka sesiapa, saya cuma tak campur dengan dia, tak berkomunikasi dan buat hal saya saja. Saya ambil resmi lagu “Aku Maafkan Kamu”. Saya pun bukan jenis dok sibuk sebar benda tak baik tentang orang (kecuali kepada teman-teman rapat) atau maki orang yang saya tak suka dekat orang lain. Saya rasa kerja maki-maki ni bukan kerja kita (manusia) – kerja Tuhan je, Dia siap berkuasa melaknat kita. Kita ni hambanya je..

Dr. Love ke ‘loser in love’ ke, yang penting saya tak kedekut. Kita kongsi apa yang boleh ya… Selamat terus membaca…!

Pengumuman: Saya nak buat kategori baru, yang ni pun saya bukan ‘master’ untuk saya cakap mengenainya, tapi “Eden torai (saya try)”. Sesuatu tentang wanita dan kerjaya, tentang kesilapan yang biasa kita (wanita) buat dan menyebabkan kita kurang berjaya dalam kerjaya — walaupun kita ni cemerlang juga dalam melaksanakan tugas. Pun sama, bahannya saya dapat dari sumber bacaan melalui pelbagai medium dan huraiannya saya hujahkan apa yang saya sendiri alami (pengalaman). Banyak pengalaman di dada, dah 10 tahun kerja tak naik pangkat, banyak nak diceritakan… Ya (angguk berkali-kali), saya mengaku… I’m loser in career too.

PS: seronok deme (mereka [heaters — kalau ada]) bila saya mengaku… I’m loser..in love and career. Saya okay je, tak de hal bro and sis, jadi loser tak hina mana disisi Tuhan. Keh3

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s