Aman KL . Kental . Kuning & Merah

Assalamualaikum..

Saya masih nak berkisah tentang saya dan apa yang alami selama saya di Jakarta. Saya berangan nak tulis benda ni semua di sana, tapi tak sempat sangat. Waktu saya padat dengan kerja dari pagi sampai ke jam 10:00 malam dan waktu selanjutnya saya guna untuk melayan badan sendiri yang tidak sihat, yang selalunya saya sekadar aktifkan mode tidur!

Aman KL

Kalau anda seperti saya (punya rasa kecintaan tak berbelah bahagi kepada negara), anda pasti akan berasa ‘bengang’ bila ramai warga Indonesia yang bertanyakan keadaan di Kuala Lumpur (KL). Ada yang anggap KL sudah tidak aman, sudah berlaku kekecohan besar, pertumpahan darah dan sebagainya. Dari pemandu teksi, sampai ke pelayan di cafe, hinggalah pengunjung gerai pameran, semua menanyakan tentang KL.

Dan jawapan saya, “KL sentiasa aman!” Dalam hati nak saja saya cakap, demonstrasi (perhimpunan jalanan) di Malaysia bukan macam di Indonesia — yang terlalu kerap (ada saja yang tak dipersetujui, tak berpuas hati) dan taklah merbahaya sampai ada pertumpahan darah. Walaupun ia demonstrasi, tapi di Malaysia ia masih terkawal, tak bawak parang punya!

Saya tak boleh nak salahkan mereka (yang tanya tu) sepenuhnya sebab mereka pun dapat info dari koran (akhbar) serta media massa. Yang peliknya, bagaimana pihak media di sana sanggup sebarkan berita yang palsu. Agaknya, mereka nak mengawal rakyat mereka agar tak datang ke KL? Okay juga, kuranglah bilangan pendatang (sama ada dengan izin atau tanpa izin) di Malaysia ni. Kalau boleh yang berlambak di KL ni, angkut balik sekali…

Nota: Teks di atas berbunyi sangat panas, sedikit sindiran dan ancaman. Mohon jangan terpengaruh.

Kental Jakarta

Bukan tempatnya, tapi orangnya. Sewaktu sedang set down (berkemas-kemas) untuk membawa pulang kelengkapan yang diguna semasa di IIBF 2015, saya melihat sendiri peristiwa yang ‘kental’ ini. Sebelum itu, waktu siangnya, kami dimaklumkan bahawa pihak kontraktor IIBF akan meruntuhkan gerai jualan (booth) pada jam 8:00 malam. Tapi sekitar jam 7:00 malam mereka sudah ada di booth kami untuk buat kerja.

Saya asalnya mengingatkan mereka tentang waktu kerja tu patut dibuat dan berlebih lagi sebab pengunjung masih ada dan kami (pempamer) sendiri sedang bersiap-siap. Tapi mereka ni (kontraktor) kental jugak nak buka papan dan platform. Saya biarkan saja. Makin lama, saya rasa makin ngeri…sebab suasana sibuk, mereka menukang itu ini, cabutkan paku, angkat papan dan sebagainya seolah-oleh dalam dewan itu tak ada orang lain.

Sampai ada satu masa tu, ada tiang (papan) terjatuh hampir menimpa seorang pempamer…. Yang saya dengar waktu itu cuma kumpulan pekerja (kontraktor) ni menjerit-jerit bersorak sakan sambil ‘boo’ budak yang cuba runtuhkan papan yang melayang tadi. Budak tu, sikit pun tak rasa bersalah malah tak minta maaf pun dekat pempamer yang kepalanya hampir-hampir dihentak papan tu tadi. Punyalah kental perasaan dia, dia ingat tanggungjawab dia cuma selesaikan kerja dia semata-mata?

Yang lebih kental, dalam keadaan kecoh, berhabuk, berbahaya dalam dewan tu, ada jugak pengunjung yang baru sampai dan masih kental masuk ke booth (walaupun dia boleh nampak kontraktor sedang runtuhkan booth). Kalau masuk sorang boleh terima lagi, ini siap bawak anak kecil… Alahai kental tak bertempat deme (mereka) ni…

Kuning & Merah

KUNING, katanya dapat sambutan dari pelbagai bangsa. Matlamatnya jelas, tapi kerana ia adalah perhimpunan jalanan, maka saya menolaknya. Yang MERAH pula, saya tersempak dalam LRT siang tadi. Saya pun tak tahu apa perjuangannya cuma yang pasti Si Merah nilah yang akan wujudkan perpecahan kaum semula.

Saya memang tak suka perhimpunan jalanan, saya rasa tak ada yang baik tentangnya. Ia akan lebih merosakkan imej dan nama baik negara. Saya tak nampak pun kalau ada mana-mana menteri yang turun. Takat mat-mat rempit yang mungkin diberi habuan seratus dua yang mewakili Merah. Dan kesian juga bila tengok pakcik-pakcik berbaju Merah bersesak-sesak dalam LRT untuk sama-sama ke tempat berhimpun. Baik pakcik duduk di rumah, main dengan cucu-cucu…

Kalau hari ini saya rasa selamat untuk berkawan, bersembang, keluar tengok wayang, minum-minum dengan rasa bebas bersama kawan-kawan bukan Melayu, jangan disebabkan MERAH ni, semua tu jadi terbatas. Kita jangan ingat saudara seagama dan sebangsa kita semata-mata… Ingat, kitakan berkongsi Malaysia ni dengan mereka!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s