Orang Semudah Saya

Assalamualaikum…
Maaf, kesal saya yang tak terhingga kerana mengabaikan blog ini. Shi & Kisahnya, sentiasa ada kisah…cuma ketidaksenggangan masa membuatkan saya gagal menulis sebarang kisah dalam seminggu dua ini.

Saya sebenarnya dihantar bertugas di Jakarta minggu lalu (selama seminggu). Ada Indonesia International Book Fair (IIBF) 2015. Acaranya berlangsung 2-6 September di Jakarta Convention centre, Senayan. Saya terbang ke sana 1hb dan kembali semula 7hb.

Kembali dalam keadaan kurang sihat dan membawa balik penyakit. Entah kerana makanannya atau penatnya bekerja 9:00 pagi – 10:00 malam, dan kena berjalan kira-kira 1km, atau mungkin kerana cuaca panas berjerebu… Yang pasti saya aktif muntah-muntah selama 4 hari, bermula Sabtu itu. Kemudian bersangkut pula demam. Berpanjanglah sakitnya…

Saya bersyukur jugaklah, sebab masih diberi kesempatan berkhidmat mewakili syarikat ke negara lain. Walaupun pada saya, ‘apa pun yang saya buat belum tentu menyenangkan syarikat’, tapi setidaknya ini rezeki yang syarikat beri untuk saya. Sedikit sebanyak, saya ikhlas menghargainya.

Untuk orang semudah saya, travel lama (seminggu ke atas) bukan sesuatu yang payah. Saya bisa (bunyi Indonesia sangat) tahan cuacanya, udaranya, masyarakatnya, budayanya dan gaya hidupnya…malah makanannya…ikan gurami goreng, cumi (sotong) bakar dan es jeruk selalu jadi kegemaran saya bila berada di Indonesia.

Yang saya rasa sukar cuma rasa ‘kangan’ (rindu) pada keluarga, katil saya, pejabat, WQB, roti canai dan nasi lemak…drama-drama TV, Ahad yang senggang di rumah, joke dari kawan-kawan…semua yang jadi kebiasaan, itu yang saya rindukan.

Rindu saya dah terubat dah…lepas seminggu, 7hb saya balik dengan penerbangan MH720 yang sampai di KLIA jam 6:30 petang. Sekitar jam 9:00 jugak saya sampai depan pintu rumah. Alhamdulillah.

Mission success! Kenapa saya anggap ia berjaya, sebab sudah ada masyarakat Indonesia yang sudah tahu tentang buku Malaysia, malah ada yang ke gerai tahun ini datang kerana telah berbelanja buku dengan kami (syarikat) dalam IIBF tahun lalu. Mereka mula menyukai karya Malaysia, mula mencari-cari judul tertentu yang dalam laman web sebelum mengunjungi gerai kami. Jadi untuk misi memperkenalkan penerbitan (buku) Malaysia kepada masyarakat Indonesia, berjaya!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s