I’m Dating Two Chinese Guy : Inilah Muhibbah!

Assalamualaikum…
Ini kisah minggu lalu yang berkait dengan kisah lebih sebulan lalu.

Begini, lebih sebulan lalu, saya jemput Mak dan Abah di KL Sentral. Mereka datang dari Batu Gajah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Abang Rizal. Waktu saya menunggu Mak dan Abah, saya ditegur oleh seorang lelaki berbangsa Cina, Shawn namanya. Umur Shawn antara 35 tahun, saya agaklah…

Dari perkenalan itu, Shawn ada juga sekali dua menghubungi saya bertanya khabar. Lebih-lebih lagi sebab nak tanya pasal Ipoh — bandaraya Ipoh. Shawn ni selalu buat kembara solo. Niatnya, dia nak menghabiskan kembara ke seluruh bandar di Malaysia. Walaupun saya sudah beritahu yang saya orang Bota, bukan orang Ipoh — mungkin Shawn kurang jelas maksudnya. Dia tetap anggap saya orang Ipoh. Dia suka melancong, dia sudah pergi banyak tempat di dalam dan luar negara… Cuma yang tak best ialah pengembaraan itu selalunya solo.

Shawn ni seorang full time photographer, tapi kerjanya bukan full time — hanya bila ada projek. Dia banyak ambil gambar kebudayaan (khususnya persembahan tarian). Kontraktor besarnya adalah DBKL. Disebabkan kerjanya part time, Shawn memang banyak masa free. Hampir setiap hari aktivitinya ialah menjelajah ke shopping mall sekitar Kuala Lumpur. Wow, banyak masa dia kan… Shawn jenis yang ringkas dan mudah, dia tak perlukan kereta, tak perlu bersesak dalam lalu lintas yang ‘jem’, dia cuma gunakan pengangkutan awam.

Oleh kerana kesenggangan masa dia, Shawn hubungi saya dan mengaturkan pertemuan untuk ‘sembang-sembang minum-minum’ di Festival City. Shawn bawa teman sekolahnya dulu, Vincent. Vincent ni pula seorang HR Officer yang menguruskan ladang-ladang kelapa sawit di seluruh negara. Dia bekerja dengan syarikat Singapura. Dia banyak pengalaman, agak tegas dengan rule dan regulation — bila dengar dia cakap, kita sudah boleh agak ‘ketegasannya’.

Well, seronok juga sekali sekala keluar bersembang dengan orang yang kita baru kenal kan… Dapat kongsi pengalaman, dapat belajar serba sedikit kehidupan mereka. Yang lebih lagi, kami (pertemuan kami itu) telah menunjukkan suasana/situasi berbeza di Papa John (tempat kami duduk minum)… Yealah, bila dua lelaki Cina bersembang dengan seorang gadis Melayu bertudung, ramai yang memandang pelik tak kurang jugak memandang sinis.

Well hello, salah ke saya bila sembang-sembang dengan orang Cina atau salah ke dua lelaki Cina itu sebab memilih untuk bersembang-sembang dengan saya. Saya orang Malaysia dan mereka juga, jadi kami sedara senegara!

Bak kata Vincent, “inilah muhibbah”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s