tips@top: Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum…

Saya bersemangat untuk tulis tips@top. Malah sejak beberapa bulan lalu saya dah siapkan (merangka) bahan-bahan untuk ditulis. Cuma tunggu masa (yang lapang) untuk menaipnya. Banyak topik dan banyak ulasan. Insya-Allah, lambat laun kita akan berkongsinya juga. Mudah-mudahan adalah satu dua tips yang boleh anda (pembaca blog ini) gunakan.

Okay, untuk tips kali ini…kita dedahkan 10 cara untuk mengekalkan hubungan jarak jauh:

Difinisi cinta jarak jauh (yang saya faham, bukan ikut Kamus Dewan) adalah hubungan sama ada cinta atau hubungan perkahwinan mahupun pertunangan yang berjauhan, maknanya satu pihak di sini dan satu pihak di sinon (jauh). Contohlah, kalau saya di Perak dan superman saya (kalau ada) pula nun jauh di kedah, dan kami berhubungan cinta walaupun berjauhan. Gitulah! Itu contoh…

#1 — Setia

Kunci utama dalam setiap perhubungan, tentulah KESETIAAN. Sama jua untuk hubungan jarak jauh. Anda yang meninggalkan kena setia dan yang ditinggalkan kena setia juga. Sentiasa tanamkan dalam hati anda cuma dia (pasangan anda) satu-satunya di hati. Jangan curang atau ambil peluang untuk mencurangi pasangan dalam tempoh berjauhan ini. Selalu kenangkan sangat indah bersama dan apa saja pengorbanan yang pasangan anda telah lakukan untuk anda dan hubungan. Anggap saja tempoh berjauhan itu sebagai satu ujian Allah SWT, setidak-tidaknya ia menguji kesetiaan anda dan pasangan terhadap satu sama lain.

#2 — Percaya

Anda harus positif. Anda perempuan dan setia dalam percintaan/perhubungan, namun anda jangan anggap pasangan anda akan jurang bila berjauhan. Bukan semua lelaki suka mencurangi dan bukan semua lelaki juga ‘gatal’. Anda perlu percaya bahawa pasangan anda juga setia, seperti anda. Anda tidak perlu selalu dihimpit perasaan curiga. Kalaupun pasangan anda itu kacak ‘nak amat‘ (teramat sangat) atau lawa bebenor (terlalu cantik), janganlah perasan bahawa semua lelaki/perempuan dekat muka bumi ini berniat nak merampas pasangan anda.

ada dua jenis perempuan…
1. Perempuan baik tapi kurang bijak — cantik
2. Perempuan tak baik tapi bijak — lebih cantik

#3 — Kerap Berhubung

Alah yang dekat lagi di rindu, inikan pula yang jauh. Iye dak (betul tak)? Jadi bukan perkara yang tidak normallah jika pasangan berjauahan kerap berhubung, malah kena lebih kerap dari yang normal. Kalau selalu call saja, bila berjauhan dinasihatkan anda call sekurang-kurangnya sekali sehari (kalau kerap sangat mengganggu pula) dan mengirim WhatsApp/WeChat beberapa kali sehari (mungkin waktu pagi, tengah hari dan sebelum tidur). Bertanya khabar, berkongsi cerita dan perasaan anda. Jangan buat pasangan anda yang ditinggal atau yang meninggalkan berasa terasing, walaupun berada jauh dari anda.

Adik saya, Azimah dan suaminya berjauhan sejak dua tahun lalu (sebenarnya sejak mereka berkahwin) sampai sekarang… Azie di Kota Kinabalu dan Safuan di Sentul. Dengan kehadiran Afham (anak mereka) yang tinggal dengan Abinya, saya faham kesukaran yang dihadapi. Bukan takat sukar, malah tekanan dan kesedihan. Lebih-lebih lagi apabila permohonan Azie untuk bertukar ke Semenanjung ditolak setiap kali.

Saya anggap semua yang berlaku sudah boleh dijangka. Azie memang mengajar di Kota Kinabalu sebelum berkahwin dan waktu itu sudah memang diketahui kesukaran untuk berpindah balik ke Semenanjung. Antara tuntutan tugas dengan hubungan keluarga/percintaan — disitulah perlunya sifat sabar dan bijaksana dalam menguruskan kehidupan sebuah keluarga kecil yang berjauhan.

#4 — Doa

Walau dalam situasi apapun Allah SWT tak akan melupakan kita. DIA akan sentiasa ada. Dan pada DIAlah, kita memohon kekuatan untuk menempuh segala dugaan. Jadi, berdoalah… Berdoa supaya hubungan jarak jauh anda diberkati, dilindungi daripada sebarang gangguan, dokan agar hubungan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat serta doakan juga anda dan pasang terus tabah menghadapi sebarang halangan. Dan jangan lupa pula berdoa supaya anda dan pasangan dapat bersatu semula. Kalau anda dah sampai tahap gaban (kritikal) menghadapi masalah mungkin perlu tambah dengan sembahyang hajat. Insya-Allah.

#5 — Beri Kejutan

Surprise! Percaya tak bahawa kejutan adalah sesuatu yang sangat indah. Pasangan berjauhan, gunakan tempoh berjauhan ini untuk menggembirakan pasangan anda. Satu caranya ialah dengan mengejutkan dia. Bagaimana? Kirimkan bunga atau coklat kepadanya. Biar pasangan anda tidak terasa asing biarpun berjauhan dengan anda, semoga dia rasa lebih dihargai. Dan percayalah, bila pasangan anda berasa dirinya dihargai, dia akan lebih setia. Sekali-sekala elok juga jika anda menjengahnya, saja buat kejutan. Tentu pasangan anda gembira. Sekiranya pasangan anda berniat ‘serong’, dia tidak akan berani lagi untuk ‘serong’ kerana takut di’hidu’ oleh anda yang sering menjengahnya secara mengejut. Betul tak?

#6 — Jaga Diri (elok perangai)

Kalau zaman belajo (belajar) dulu (masuk universiti), mak selalu pesan, “jaga diri kat tempat orang, jangan nakal”. Samalah… Bila anda meninggalkan pasangan anda, jangan jadikan itu masa untuk anda berperangai ‘nakal’. Tentu anda akan berasa kesunyian sebab pasangan anda tidak bersama, tapi itu bukan alasan curang. Selalu ingatkan hati anda yang pasangan anda juga tak mahu berjauhan tetapi keadaan yang memaksa. ‘Hidup ini karma’, jika anda curang anda akan dapat balasannya nanti. Yang ditinggalkan pun sama, pastikan anda tanam betul-betul nama pasangan anda di hati. Jangan nak meng’gatai’ sangat!

#7 — Elakkan Rumor

Kebanyakkan hubungan jarak jauh berlaku kerana curiga. Curiga tu sebab tidak mempercayai antara satu sama lain. Kenapa? Sebab selalu dengar rumor (khabar angin). Kita ni sebaik-baik manusiapun akak tetap ada terdetik perasaan curiga. Lebih-lebih lagi bila ada orang bawak mulut tentang pasangan kita. Bila dah panik, kitapun pasang spy dan jika spy yang diupah main serkap jarang, maka informasi yang salah diberi kepada anda. Sudahnya anda dan pasangan berbalah, bertengkar dan berpisah. Jika anda pasangan berjauhan, jangan sesekali percaya bulat-bulat dengan khabar angin. Tak perlu upah sedara mara jadi spy, jika anda ragu — anda sendiri pergi menyiasat. Itu lebih baik!

#8 — Selesaikan Masalah Segera

Masalah memang sering kali wujud, bukan saja pada pasangan yang tinggal berjauhan, yang duduk serumah pun akan ada saja badai melanda. Yea idok? Itulah yang manisnya dalam setiap perhubungan, bagaimana masalah wujud dan bagaimana ia diselesaikan. Lebih matang sesebuah perhubungan — lebih mudah masalah diselesaikan. Yang menyukarkan bila kebanyakkan pasangan ambil mudah kepada semua masalah sampai ia dah melarat ataupun mereka ambil berat yang melampau kepada perkara kecil sampai kesan ambil berat itu jadikan masalah lebih memberat. Apapun, setiap masalah perlu diselesaikan dengan segera. Jangan sampai luka jadi nanah, membengkak dan jadi parah. Dan menyelesaikan masalah bukan dengan pertengkaran, pergaduhan, merajuk melampau…caranya ‘bawak bincang dan be rasional’, bertolak ansur dan fahami situasi kedua-dua pihak’ dan akhirnya ‘berdoa dan berserah kepada Tuhan’ dengan setiap penyelesaian yang diambil.

Pesan saya (kalau saya boleh pesan), untuk yang mengejar kerjaya seperti guru atau doktor atau apa sahaja yang berkaitan kerajaan atau agensi kerajaan yang memerlukan anda berkhidmat di luar kawasan (maksud saya yang jauh dari rumah atau bukan tempat yang anda suka) kemudian anda dapat kerja idaman anda itu… Jangan sesekali sesali di mana anda ditempatkan untuk bertugas. Anda sepatutnya sudah tahu nature kerja anda dan tahu juga akan keperluan menempatkan anda mengisi kekosongan di lokasi tertentu (biarpun di pedalaman). Dan sekiranya anda dengan sengaja menggunakan alasan berkahwin (atau sengaja berkahwin waktu itu hanya untuk gunakan alasan ‘sudah berkahwin’) agar dapat ditukarkan kembali ke tempat asal, kampung halaman atau tempat yang anda suka — anda jangan berasa marah jika, dikatakan yang anda adalah seorang yang sangat tidak bertanggungjawab. Kira macam anda cuba mempermainkan majikan anda atau dalam kata lain anda memperbodohkan mereka.

Saya yakin, Tuhan pun tahu ‘niat busuk’ anda itu. Mula-mula setuju (boleh semua benda– sebelum dapat kerja), kemudian bila dah diterima bekerja dan ditempatkan jauh — anda buat alasan (dan benda lain) untuk kembali ke tempat yang anda mahu. Saya banyak dengar cerita begini dulu, semasa kerap bekerja dengan para guru — yang katanya pihak majikan tidak melihat situasi mereka. Ceh! Sedih, saya sedih sebab orang sebeginilah yang akhirnya diamanahkan ‘mengajar erti tanggungjawab’ kepada anak bangsa kita.

#9 — Jangan Mudah Curiga

Saya nak kaitkan tips #9 ini dengan yang #2 (percaya). Soalnya bukan percaya tapi perbuatan pasangan jarak jauh ini yang akan menimbulkan perasaan curiga sesama mereka jika, pasangan tidak lagi #3 (kerap berhubung) dan salah satu pihak tidak #6 (jaga diri) sebaknya dan mula buat perangai — menggatal. Kemudian disusuli pula dengan khabar angin dan satu pihak yang satu lagi yakin dengan #7 rumor. Maka timbullah masalah. Jauh dah…asalnya apa tadi, curiga. Jangan terbitkan walau secuitpun perasaan curiga pada pasangan anda, sebab ia bawa perjalanan hubungan lebis sukar nanti.

#10 — Bertemu

Bila anda dan pasangan berenggang, hubungan kurang mesra sebab anda tidak bertemu, tidak saling berbincang, jarang menatap satu sama lain dan kurang berkongsi rasa. Penyelesaian ini mudah, atur pertemuan. Berjumpalah sebulan sekali atau dua minggu sekali. Boleh bergilir, bulan ini anda ke tempat pasangan dan berikutnya dia pula yang datang ke tempat anda. Boleh saja asal bertemu. Percayalah, mula-mula sukar…alah biasa tegal biasa.

Semoga tips@top kali ini berguna untuk anda. InsyaAllah. Assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s