Projek Besar

Assalamualaikum…

Akhirnya, saya update juga blog ini. Maaf, sayalah yang salah sebab terlalu busy — sebab musabab yang benar dan bukan alasan semata-mata. Begini, saya sebenarnya baru selesai sebuah projek ‘besar’. Besar pada saya namun mungkin kecil saja pada orang lain.

Untuk projek ini, saya dan team sangat penat. Berlelah kami dari masa menyusun buku hingga saat terakhir membungkus semula buku kembali ke stor. Sampai hari ini pun, belakang badan saya masih sakit-sakit. Penat angkat buku, saya pulak main redah je berjalan ke stor untuk ambil buku ‘topup‘. Bermisikan ‘mengurangkan buku-buku lama’, kami berhasil membawa masuk jualan tunai lebih kurang RM66k dalam masa 6 hari, tanpa sebarang kos. Khemah pun percuma… Cuma belanja kecil, biasalah eletrik dan OT staf (itupun memang belanja di bawah tanggunggan office).

Saya menantikan agar ada pihak yang mengucapkan tahniah kepada team kerana usaha, komitmen dan kesungguhan mereka menjayakan projek ini. Sebaliknya, cuma Nuar dan Bos NIzam saja yang belanja kami sarapan dan minuman (isotonik) sebagai tanda penghargaan, tanpa mengucap syabas… (mungkin malu, ‘segan’ nak bertahniah — sebab deme ni kadang-kadang berlawak ‘poyo’ je dengan kami, tapi hati deme baik…)

Untuk saya sendiri, ini langkah mula. Kami dapat banyak komen membina, ada kelemahan dan kekurangan pada projek ini. Kita belajar dari langkah pertama (pertama kali penganjurannya), Insya-Allah, jika dilaksanakan lagi tentu banyak yang akan diubah untuk lebih ‘menjayakan’nya. Walau macam manapun, saya bersyukurlah sebab staf dalam jabatan kami sendiri taklah lupa atau sengaja lupa untuk membantu. Bila tengok Syamiza (turun 3 kali), Abg Zul (tolong susun buku sampai tengah malam), Encik Ridwan (make sure system berfungsi) dan Shukri (yang tolong packing buku)…senang hati. Alhamdullillah.

Dari sudut lain, ada staf yang bantu promo di FB masing-masing dan tak kurang juga yang datang shopping buku dalam projek ini. Beratus-ratus jugalah deme habis. Tambah pula gaji belum masuk. Saya doakan duit bonus yang baru saja deme terima memberi berkat kepada deme dan keluarga. Mudah-mudahan Allah SWT memperbanyakkan rezeki deme, sepertimana deme pun berbelanja untuk buku adik beradik, anak saudara dan keluarga.

Projek besar saya sendiri…hmmm supershi.shop — sedang diusahakan. Saya akan buka e-shop web untuk barangan merchandise dan zine. Insya-Allah. Doakan agar ia dipermudahkan. Saya ada mimpi besar untuk supershi.shop ni. Untuk permulaan ‘hadiah istimewa’ untuk pembaca blog ini yang akan diberi pada bukan DIsember juga akan disediakan oleh supershi.shop. Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s