tips@top: Menziarah / Beraya

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, saya dan dapat lima hari puasa sunat Syawal (puasa enam), baki sehari saja lagi. Minggu ini dan minggu depan memang masa kebanyakkan keluarga buat open house (rumah terbuka). Dan paling tidak pun, masa untuk kita menziarah saudara mara sempena bulan Syawal. Jadi tips yang saya nak beri kali ini agak bersesuaianlah…

Kalaupun tak digunakan untuk pergi open house (besar-besaran), boleh juga gunakan sebagai panduan bila pergi melawat saudara mara atau sahabat handai…InsyaAllah.

  1. Hubungi tuan rumah (pihak yang mahu dikunjungi) — Pastikan sama ada mereka ada di rumah atau sebaliknya. Nanti kalau pergi mengejut, tiba-tiba mereka tak ada, kesian pulak… Bila bercakap tu berhaluslah sikit, jangan pula memaksa mereka (seandainya mereka memang telah ada program lain) asalkan menerima kunjungan kita. Jangan disebabkan kehadiran kita, sampai dia terpaksa batalkan aktivitinya (yang mungkin telah dirancang lebih awal).
  2. Lokasi — Pastikan anda tahu di mana lokasi (rumah) yang anda mahu kunjungi, lebih-lebih lagi jika melibatkan perjalanan jauh. Bersedialah dengan ‘Google Map’ atau ‘Waze’ jika perlu. Dan bateri handphone. Kalau handphone tak ada bateri pun tak berguna jugak kan.. Paling tidak selain menggunakan aplikasi teknologi masa kini, setidak-tidaknya anda boleh hubungi sesiapa untuk dapatkan bantuan jika tersesat.
  3. Masa — pilih waktu yang paling sesuai untuk berziarah. Kita selalu ambil mudah benda ni. Contoh, sebab bulan ni Syawal (bulan beraya), boleh pulak datang rumah orang subuh-subuh sepie (awal pagi, sebelum subuh) atau masa senja. Itukan waktu tuan rumah sedang sibuk bersiap untuk bersolat. Elakkan dua waktu itu, dan jangan pula menziarah menghampiri lewat malam. Kesianlah, tuan rumah pun nak tidur. Kalau dah sibuk melayan kunjungan anda, bila pulaklah tuan rumah nak berehat.
  4. Berkumpul — sekiranya anda pergi secara berkumpulan, saya cadangkan anda menanti semua (anggota kumpulan) ada dan kemudian barulah menjengah ke rumah yang ingin dikunjungi. Mengapa? penjelasan saya mudah, bila berkumpulan, tuan rumah boleh menyediakan jamuan serentak untuk semua. Paling kurang, ia dapat meringankan tuan rumah nak menyediakan hidangan dan kemudian mengemasnya semula.
  5. Beradap — ini benda mudah, tapi kadang-kadang orang lupa nak buat. Sebelum masuk rumah orang berilah salam, bersalaman dengan tuan rumah dan mintalah keizinan untuk masuk. Berbual dan tunjukkan wajah dan tingkah laku yang manis di rumahnya. Jangan nak buat perangai! Walaupun, katakanlah anda tak mahu menjejakkan kaki ke rumahnya dan anda sebenarnya telah dipaksa turut serta oleh keluarga anda, namun itu adalah masalah anda… tuan rumah tak perlu tahupun. Simpan semuanya dalam hati anda, bertabahlah dan senyum.
  6. Tempoh ziarah — bila kita mengunjungi rakan atau saudara mara terdekat, kita selalu tak kesah bab ni, masa berada di rumah yang dikunjungi. Kadang-kadang kita ambil masa yang lama sangat, dari pagi sampai ke senja. Mungkin tuan rumah dalam hati duk bercakap “tak nak balik ke diorang ni…” Daripada makan tengah hari sampai ke tengah malam kita melepak di ruang tamunya dan mungkin itu mengganggu keluarga tuan rumah. Kalau di rumah terbuka pula, silalah ber’agak-agak’… Contoh, jika ruangnya sempit (mungkin rumah flat) dan tetamu lain yang datang ramai, maka eloklah cepat anda beredar…bukan apa, supaya anda dapat beri orang lain pula masuk dan be’rumah terbuka’. Tapi jangan pula sampai lupa bersalaman dengan tuan rumah sebelum pulang.
  7. Jangan usik itu ini — ini mak saya sendiri selalu pesan (masa saya kecil), “kalau kat rumah orang, tangan tu jaga. Jangan usik barang orang!” Gitu, garangnya. Abah saya pula, kalau saya sentuh sesuatu dia jeling saja (jelingan tajam), takut terus…tak pegang dah! Ada sebab, kita takut nanti bila tersentuh barang orang, kang terjatuh ke, pecah ke.. berderai ke… Tuan rumah tentu takkan marah, tapi dalam hati dia mana kita tau. Dan kita pulak tak tahu mahal atau murahnya barang tu, buatnya mahal…tak pasal-pasal tuan rumah kena tanggung kerugian disebabkan kita. Bab ini, ibu yang ada anak kecil kenalah beri perhatian. Sentiasa awasi anak-anak yang sedang aktif daripada ‘mencapai’.
  8. Merendahkan suara — bila dah ramai-ramai, jumpa dengan kenalan yang lama tak bertemu, ter’over’ pula. Tentulah, sebab kegembiraan, suasana ceria kita kadang-kadang lupa. Walau macam mana seronok pun, janganlah pula gelak besar dan bercakap dengan suara yang kuat, bimbang orang lain menyampah nanti. Mungkin ada orang lain yang terganggu dengan suara dan gelak tawa anda. Mana kita tahu kan… Lepas tu, ibu-ibu yang beranak kecil, masa ini bukanlah masa sesuai untuk membiarkan anak anda terpekik (melalak), uruskannya jika dia tiba-tiba mengganggu suasana dengan tangisnya. Mungkin si kecil mahukan susu atau mengantuk, nak phephe, nak phopho (buang air), atau dia panas. Tenangkan dia.
  9. Jangan komen banyak dan jaga perangai — bukanlah nak sekolahkan anda, cuma beritahu… Pertama, siapa pun tuan rumah tu dengan kita, jaga sikitlah mulut tu. Tak eloklah kita komen mengomen tentang dia, rumah dia, atau makanan yang dia sajikan. Kita terima saja dengan hati terbuka. Tak baik tau demand macam-macam, apapun jangan sampai menyusahkan tuan rumah. Kedua, jaga tingkah laku. Datang rumah orang duduk dengan sopan.
  10. Pulanglah — selesai makan, sembang sedikit, dah tiba masa pulang..pulanglah. Sebelum pulang jangan lupa bersalaman dengan tuan rumah dan ucapkan terima kasih kerana dia telah menerima kunjungan anda. Bila melangkah keluar dari rumahnya, doakan dalam hati anda agar Allah SWT menambahkan rezeki tuan rumah atas budi baik dan keramahannya dengan anda.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s