Nu Cabinet . Harapan MH370

Assalamaualaikum…

Masih dalam mood raya, hari ini Syawal ke-16…Buleh (boleh) lagi kalau nak ke open house… Whats new abaut Malaysia? It’s Nu Cabinet and MH370’s Hope
Nu Cabinet

We have Nu (new) kabinet. Dan kabinet baru itu ditertawakan oleh semua pihak, berlebih-lebih lagi rakyat Malaysia sendiri. Saya dah berjanji (dengan diri sendiri) untuk tidak menulis pasal isu politik, agama mahupun bangsa di laman ini — saya masih akur. Tapi kabinet baru Malaysia, ia isu NEGARA.

Politik negara sedang kucar kacir, ya betul. Tapi saya tidak terlibat sebab saya cuma rakyat Malaysia biasa (tidak berpangkat apa lagi berkuasa), saya yang di kota raya Kuala Lumpur ini dianggap bertaraf hidup rendah (pendapatan tak besar mana) dan cuma baru sekali (dalam seumur hidup) keluar mengundi. Tapi saya juga perlu bertanggungjawab kerana saya yang pilih siapa yang patut memimpin negara, dan kalau saya yang tersalah pilih…??? Jadi, samua rakyat Malaysia pun patut rasa begitu. kan…kan…(angguk kalau anda setuju!)

Begini, saya (“yang baik hati tapi kadang-kadang kurang bijak” quote by Noor) rasa, baik kita biarkan pihak berkuasa jalankan tanggungjawabnya, menyiasat apa yang sepatutnya dan menjatuhkan hukum. Kalau mereka juga tidak benar, mereka akan jawab sendiri dengan Allah SWT. Dan kalau kita (rakyat Malaysia a.k.a pengundi dalam pilihanraya) mahu mengubah keadaan, kita perlu menanti pilihanraya berikutnya, lalu pilihlah calon terbaik untuk memimpin Negara.

Negara kita, milik kita. Kita menentukan semuanya, tapi bukanlah dengan bergerak agresif di jalanan mahupun mencaci maki, apalagi berbunuhan. Sabar itu indah, sabar itu separuh dari IMAN. Jadi kuatkan iman kita, dan pahat di hati bahawa KUASA ALLAH itu lebih besar. Berdoalah, agar ALLAH merahmati kita dan negara yang kita sayang ini. Ingat “tentu ada ganjaran untuk orang yang SABAR”, itu janji ALLAH SWT.

Saya cakap dengan Abang Zul dan teman-teman di pejabat, jika saya boleh (mampu), saya akan tubuhkan parti #kipidap dan saya akan jadikan Rani Kulop sebagai penaung. Saya akan menawan pengundi di seluruh negeri Perak sebagai strategi awal untuk mendapatkan perhatian. Dengan menjadikan “pemimpin bijak=rakyat lagi bijak” sebagai tagline, saya akan pastikan tiada mana-mana calon dalam parti #kipidap yang beri sebarang kenyataan media dengan jawapan yang bodoh — buat kena gelak dek orang je.. Dan yang penting, semua calon harus ada integriti, jujur, tak makan rasuah dan bijak. Keh3…

Oh, satu lagi… Office saya juga akan tukar kabinet, maksud saya kabinet di pantry kami yang habis dimakan anai-anai. Saya sudah berpesan (secara kelakor) kepada admin officer agar urusan menempah kabinet dibuat tidak melibatkan #rosma. Jangan beli daripada Rosmah mahupun Rosman, color rose pun kami tak mahu. Keh3

Harapan MH370

Tiga hari lepas, dunia dikejutkan dengan penemuan serpihan sayap kapal terbang di sebuah pantai di Madagaskar. Dunia terkejut, Malaysia mengharap. Dan harapan kita adalah pesawat itu adalah MH370 yang hilang lebih setahun lalu. Daripada siasatan awal, pesawat itu sememangnya pesawat jenis Boeing777 (jenis yang sama denga MH370) dan dijangka telah terbenam di lautan sejak lebih setahun lalu. Sekarang, semua rakyat Malaysia menanti laporan akhir sama ada ia benar-benar pesawat milik Negara.

Jika ia benar MH370, setidak-tidaknya kita tahu ia telah terhempas. Walaupun tidak dapat mengembalikan nyawa mangsa, namun ia tidaklah lenyap dengan pelbagai cereka rekaan yang bukan-bukan dan ia juga boleh mendorong untuk mulakan siasatan baru ‘mengapa ia terhempas ke situ’ atau ‘siapa yang bertindak mengawal pesawat’ sampai ia boleh ke situ.

Saya berharap ia adalah MH370. Setidak-tidaknya duka keluarga mangsa terubat sedikit. InsyaAllah.

Oh, ingat tak tentang ‘special gift‘ yang saya nak beri kepada pembaca blog ini…hmmm saya sedang memilih hadiah itu. Sebuah pack yang lengkap dengan ‘hadiah’ (sedang dipilih), sebuah zine (karya SIJASAD atau karya saya sendiri), bookmark dan something (akan difikirkan kelak). InsyaAllah.

p/s: jangan lupa mendaftar jika mahu satu pack untuk diri anda. Pendaftaran dibuka 1-15 Disember 2015.

Assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s