Puasa 6 Syawal

Assalamualaikum…

Selesai dah beraya sakan…apalagi? Masa untuk berpuasa enamlah pula.

Sebenarnya niat saya nak buat Isnin lalu, tapi ada kekangan — kena anjak sikit. InsyaAllah, Sabtu ini.

Ada banyak cerita (daripada ramai ustaz, ustazah, guru, orang-orang tua yang dihormati, yang pengajar) tentang puasa sunat di bulan Syawal. Terutamanya untuk perempuan. Itulah, tentang bila nak puasa sunat, bila nak ganti puasa wajib yang tertinggal masa bulan Ramadan dulu.

Nyata yang pasti, Islam itu mudah tapi jangan pulak dipermudahkan…

Ini antara yang biasa kita dengar dan buat:

1. Puasa ganti dan puasa sunat Syawal boleh dibuat sekali (serentak) dalam bulan Syawal.

2. Kena puasa ganti dulu sampai habis, barulah boleh buat puasa sunat Syawal — itupun mesti dalam bulan Syawal.

3. Puasa sunat Syawal dalam bulan Syawal dan puasa ganti boleh dibuat kemudian. Sama ada dalam bulan Syawal ataupun bulan lain, asal jangan sampai ke Ramadan berikutnya sudah…

Pada saya, bagi yang malas, nak kerja senang — #1 lebih sesuai. Tapi bajetlah dik, bila kita nak beribadahpun berbajet-bajet (berkira-kira), kang dapat pahala pun bajet jugak.

#2 perlu kesabaran dan ketekunan — orang tua-tua rajin buat begini. Asalkan larat boleh je.

Kebanyakkan orang, guna cara #3 — tak terkejar-kejar sangat, lebih-lebih lagi kalau puasa gantinya banyak.

Saya sendiri sejak 10 tahun lalu saya dah guna cara #3. Minggu ke-3 atau ke-4 saya puasa sunat. Puasa ganti, saya buat pada hari Isnin dan Khamis saja, itupun lepas bulan Syawal habis.

Selamat berpuasa sunat (enam) yang Syawal masih berbaki berbalas hari lagi dan selamat berpuasa ganti (in advance). Assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s