Manis Secangkir Kopi

Assalamualaikum.

Post ni hanya nak cerita benda baik…tapi sebelum tu saya nak sambung pantun ‘manis’ saya (rujuk tajuk)

Manis Secangkir kopi
Jamah secubit ketupat palas
Bahagia kekallah abadi
Petanda kasih mungkin berbalas

Jamah secubit ketupat palas
Cicah serunding adunan lama
Petanda kasih mungkin berbalas
Kurniaan cinta dari yang Esa  

Apa yang manisnya? Manis sangat..

1. Dalam keadaan tak berduit, tiba-tiba saya terbaca e-mel yang office akan bayar duit tunggakan kenaikkan gaji (bagi yang layak), itu pula sebelum 30hb. Alhamdulillah, siang tadi saya dah dapat surat kenaikkan gaji dari syarikat. Saya harapkan, doakan agar syarikat terus maju jaya, makin banyak beroleh untung, InsyaAllah.

2. #Lelakimelayuterakhir (#lmt) berikan saya ketupat palas dan serunding. Wow, sesuatu yang tidak dijangkakan. Masa saya terima WhatsApp yang dia mahu memberi saya sesuatu, saya ‘agak’ tentulah kad kahwin — since ada cerita #lmt ni dah bertunang…kan. Rupanya, makanan.

Orang memberi, kita merasa

Nak rasa punya pasal, kukuslah sendiri. Pengukus tak ada, tau-tau jelah — kita ni bukan suka masak pun, manalah ada benda tu. Jadi DIY jelah… Yang penting, jadi. Sedap je saya habiskan serunding tu.

Rasanya kena balas balik bekas tu, cuma tengah fikir nak balas dengan apa…InsyaAllah nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s