Habis Raya Habislah

Assalamualaikum,
Salam lebaran, Salam Aidilfitri.

Saya tahu dah agak terlambat, tapi RAYAkan sebulan. Dikesempatan ini, saya susun jari 10 (tangan) mohon maaf atas segala kesalahan, kesilapan saya. Susah-susah ia tidak akan lagi berulang lagi dan anda masih sudi melayari blog site saya ini.

Cerita raya, hari ni dah Syawal ke-7 atau 8 dah… Again, RAYAkan sebulan. Jadi cerita jelah.

Raya biasa je, meriah, ceria, suka-suka, senyum-senyum, bahagia. Yang terlukanya dalam hati — orang tak nampak. Tapi jangan risau, semua boleh handle! Orang Malaysia semua cekal, kuat, hebat dan suka bertabah!

1. Gila, saya sesak duit — perbelanjaan shopping barang dapur, keperluan dapur semua saya keluarkan. Mujur ada duit kutu sikit, duit jual kuih sikit…guna duit tu lah.

2. Bonus tak ada — sejak 2008, ini pertama kali saya dan rakan sepejabat tak merasa duit bonus. Kami tak layak apply bonus sebab tak memenuhi beberapa ‘perkara’. Kesian, sedih… Sampai ada staf (berkeluarga besar) yang tak balik kampung (nun jauh di utara) sebab duit tak cukup. Kami, sedari dulu dapat bonus beberapa hari sebelum raya, jadi biasa guna duit bonus untuk belanja raya. Kali ini melopong…

3. Duit raya — tahun ni, saya nekad untuk tetap beri duit raya (sebab ramai yang berkira-kira nak bagi duit raya) dan saya juga takkan kurangkan nilai duit raya. Jadi saya gunakan gaji Julai (yang dapat awal, 9 Julai itu) untuk sediakan duit raya. Mujur jugak gaji dapat awal.

4. Insentif kewangan — Lepas saya masuk semula ke office, baru saya tahu yang syarikat ada mohon pemberian ‘insentif kewangan’ untuk staf. Insentif ni macam yang kakitangan kerajaan dapat, RM500 seorang… Cam gitulah, cuma mungkin jumlahnya lebih besar dari RM500. Bolehlah dari tak ada. Cumanya, baru dua hari lepas saya bertanya dengan pihak berkaitan (dalaman) tentang status permohonan…ehmmmmm (geleng kepala), “belum ada response”. Sedih šŸ˜¦

5. 31 hari menanti gaji — ini hakikat. Gaji bulan Julai dapat awal (9 hb). 10hb saya dah balik kampung… 21 hb barulah kembali ke KL. Di KL, sekarang ini, duit dah tak ramai dah…tunggu gaji Ogos nantilah (24hb depan). Selama itu, jika tak berduit…hmmmm pandai-pandailah. Makan jelah kuih muih bekalan Mak dari kampung.

Sabor (sabar) je lah… InsyaAllah ada jalannya. Mudah-mudahan jalan perantau di Kota macam saya dan yang lain-lain (seangkatan dengan saya) taklah berliku-liku dan sentiasa terang. Kan akan ada ganjaran untuk orang yang sabar — saya percaya tu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s