Berat Sebelah . GST . Minyak . Balik Kampung

Assalamualaikum… Selamat Ramadan ke-20, esok.

Esok pagi, saya akan bersahur dgn KHiza. Bersahur di luar bukan benda asing bagi saya. Biasa saja dulu, cuma tahun ini jarang sekali saya buat. Tak ada geng!

Sebelum cuti raya saya harap dapat berbuka dengan #lelakimelayuterakhir, dengan cikgu Datul dan Hairy. Lamanya tak bersembang dengan mereka. Lagi-lagi nak menatap senyuman manis #lelakimelayuterakhir. InsyaAllah kalau ada rezeki atau lebih-lebih lagi kalau ada jodoh.

Berat sebelah
Sekarang banyak benar cerita yang negatif tentang ekonomi dan politik negara. Sedih kita baca di akhar dan lihat menerusi berita TV. Tapi biasalah, cerita dari media utama negara biasanya berat sebelah. Saya sendiri tak tahu nak tengok berita di channel apa, semuanya agak pro menyokong sesuatu pihak.

Dan macam mana mereka mahu rakyat berfikir secara rasional jika hanya stesen TV hanya mendedahkan kebaikan satu pihak dan satu pihak lagi dikecam teruk. Tapi tak pula pihak yang dikecam diberi kesempatan untuk membela diri. Kalau anda menonton Buletin Utama, anda tentu faham maksud saya.

Saya percaya, “jika tak ada angin, masakan pokok bergoyang” dan lebih-lebih lagi ‘Tuhan kalau nak tunjuk sekelip mata je’

GST
Dulu, masa GST mula dipaksa relakan ke atas semua rakyat Malaysia, saya taklah terasa sangat. Bila kenaikkan beberapa barang keperluan penting berlaku, barulah saya terasa sakit — sesak sedikit untuk belanja harian dan saya terpaksa mengorbankan duit belanja hiburan dan buku. Semuanya untuk menampung belanja keperluan.

Minyak
Bila minyak naik, sakitlah, bukan sikit tapi banyak… Saya urut dada sendiri.

Bila barang keperluan harian juga naik, duit barang basah pun naik (saya tak berbelanja untuk saya sebab saya tak masak, tapi saya menyediakannya untuk Mak Abah, mereka masih masak setiap hari…), sikitlah kepala saya. Harga kuih raya pun naik, tak masuk harga upah jahit baju raya sekali, semua naik antara 20-30%.

Tak cukup itu, saya lebih pening dengan jawapan bapak-bapak menteri berhubung kenaikkan harga barang selepas menguatkuasakan GST. Ada yang kata, tak mengapa harga minyak naik sebab dapat BR1M. Apa dia ingat semua orang dapat BR1M… Saya tak pernah dapat pun.. Teruk betullah menteri Malaysia. Nak kata tak bijak, katanya lulusan oversea. Ceh!

Balik kampung
Seorang ahli ekonomi (katanya juga seorang pakar motivasi) yang jadi viral di media sosial sebab mengesorkan agar tidak balik kampung raya nanti, jika rasa perbelanjaan terlibat untuk balik kampung itu membebankan. Awani pula melaporkan, komen ahli ekonomi ini bahawa penjelasan sebenarnya berbeza…(cakap…pusing belakang kiri kanan, cakap macam keling!)

Okay, kalau pun dia tak bermaksud begitu, kita sedarlah bahawa ahli ekonomi tu (yang tulah) memang tak pandai bercakap, tak pandai menggunakan perkataan untuk menyampaikan maksudnya sebenarnya, malah mungkin tak layakpun dibual bicara di TV. Dan contoh atau saranan yang diberikan memang patut dilabelkan sebagai ‘idea yang tak boleh pakai a.k.a teruk!

Saya, yang bukan ahli ekonomi (jauh sekali pakar motivasi) ingin mencadangkan idea ini bagi mengurangkan belanja anda untuk balik ke kampung, tapi jangan tak balik kampung. Ibu bapa dinkampung lebih penting dari menjimatkan duit anda. Ini cadangan saya:

1. Hubungi jiran/anak-anak jiran yang juga tinggal di kota yang sama dengan anda dan ajaklah dia balik kampung bersama-sama bila raya nanti. Berkongsi kenderaan dapat menjimatkan, bolehlah berkongsi kos minyak dan tol.

2. Pilih laluan perjalanan yang tidak perlu membayar tol atau lalulah jalan lama. Cuma untuk ini anda kena rancangan perjalanan dengan bijak, sebab bukan saja anda perlu jimat kos tol, kena jimat kos minyak sekali serta jimat masa..lainlah kalau anda punya masa yang panjang.

3. Ini masanya memberi sedikit ‘didikan’ kepada anak-anak. Masa terbaik untuk menjelaskan masalah kegawatan ekonomi yang kita hadapi, juga mengajar mereka berjimat serta bertolak ansur. Untuk kali ini, apa kata syorkan anak-anak turut sama membantu (niatnya untuk mereka rasai dan alami sendiri apa yang anda hadapi). Katakan anda dan isteri berkongsi duit untuk kos minyak balik kampung, ajak anak-anak berkongsi sesama mereka untuk belanja tol. Jangan pula buat benda ni pada anak-anak kecil yang tak faham apa, mulakan bila mereka sudah boleh berfikir dan memahami..mungkin darjah 4 ke atas.

Saya nekad dah, minyak naik ke, tol naik ke, saranan jangan balik kampung ke…saya tetap akan balik kampung. Mak Abah saya lebih penting! InsyaAllah 10 Julai ni, lepas waktu office saya bergeraklah balik ke Lambor Kanan… Ada masa enam hari untuk tolong Mak Abah kemas rumah sebelum raya.

Kalau dapat bonus, sebahagiannya untuk shopping apa saja yang Mak Abah mahu, InsyaAllah. Sebahagiannya lagi untuk ganti balik duit tabung simpanan yang telah digunakan sebelum ini. Semoga saja Allah SWT menperkenankan doa kami (saya dan staf lain).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s