Superman Saya Kena Ada…

Assalamualaikum, Salam Ramadah ke-19.

Post ini dari saya untuk saya punya future SUPERMAN. Hei, doakanlah saya ada Superman, InsyaAllah! One find day, Allah SWT akan temukan dia, SUPERMAN dan saya, SUPERSHI…

Saya tulis ini selepas teringat apa yang saya baca kat buku ‘Surat-surat Cinta yang Tak Tersampaikan’ terbitan Sindiket Sol-Jah. Saya fikir, okay jugak tulis sesuatu untuk bakal SUPERMAN saya. Mungkin dia boleh jadikan rujukan… (ini belum diputuskan lagi..kah3).

Bila saya pandang lelaki (berangan), keluarlah wajah…Anuar Zain, kejap lagi..Shahnaz dan kejap lagi Mat Lutfi (eh, macam mana ini mamat boleh masuk dalam ini cerita?)…hahaha.. Tapi The Rock atau Dwayne Johnson paling superblah, sebab dia menawan, lengkap dengan ciri-ciri kesukaan wanita except badannya — sebab sesetengah wanita tak suka abang sado. So do me! Tapi ada kelepasan sikit untuk Dwayne. Itu kalau saya beranganlah… yang namanya berangan tak apa. Berangan tak kena bayar!

Bila saya pandang lelaki dengan tujuan mencari kenalan atau lebih lagi untuk berkenal-kenal rapat, kemudian serius berhubungan — saya perlukan lelaki yang tentunya sehebat SUPERMAN! Iyalah, diakan bakal jadi superman saya…

1. Rupa? Bukan perkara utama. Walaupun kebanyakkan Superman handsome! Orang kata, “lagi handsome lelaki tu, lagi susah nak jaga…” Kang terpaksa pulak saya, kawal dia 24 jam sebab takut terlepas ke tangan perempuan lain. Tak kuasa mak! Cukuplah sekadar beraut wajah kemas (tak serabut dan serabai) dan sentiasa senyum. Senyuman tu penawar. Saya jenis yang boleh terpukau dengan senyuman manis yang ikhlas.

2. Duit bukan segalanya. Jadi saya menolak sekiranya ada pandangan kita kena cari kawan lelaki yang sama level (pendidikan) dan taraf pendapatan. Malah ada yang kata ‘kalau lelaki lebih kaya dari perempuan itu adalah lebih baik’. Hei you! Ingat ni zaman ‘cinta dua darjat’. Listen, duit tak membezakan siapa kita di sisi Tuhan. Yang bezanya adalah tahap dosa dan pahala, orang beriman dah tentu syurga tempatnya, yang jahat terimalah jemputan dari neraka.

3. Kerjaya penting, tapi tidak terlalu penting. Pada saya, yang saya perlukan cuma seorang lelaki rajin yang bertuah. Jika dia seorang kakitangan kerajaan berpangkat rendah, tapi dia rajin membuat kerja sambilan dengan kemahirannya (mungkin bercucuk tanam, atau ambil gambar wedding atau ada business online) yang diusahakan dengan tekun…apa lagi yang dicari? Saya percaya rezeki sentiasa ada untuk mereka yang rajin berusaha. Sebaliknya saya menolak orang yang bersenang dengan keselesaannya, duduk di pejabat tapi pemalas, tidak ringan tulang, tak berusaha mencari pengalaman baharu mahupun nak menambah pendapatan. Mereka yang begini biasanya berakhir dengan menumpang sedikit pendapatan isterinya… Jadi lelaki pandai cari duit, berkemahiran ‘selain ada kerja tetap’ you got 10 point from me! Superman pun buat dua kerja setiap hari, satu reporter dan satu lagi penyelamat…tak de hal pun.

4. Pandai berbual…Lelaki bijak bersembang memang selalu jadi tumpuan. Bonuslah kalau dia pandai buat lawak (tak perlulah sampai jadi Raja Lawak). Pandai berbual, mudah mempengaruhi dengan cerita-ceritanya, jadikan dia seorang yang punya yakin diri tinggi…tetapi jika tak tahu mengawalnya, dia akan jadi lelaki yang suka bercakap besar, poyo dan menyampah rasanya jika dilayan. Saya jenis yang suka lelaki yang senyap dan suka mendengar. Seperti #lelakimelayuterakhir (#lmt), dia sentiasa mendengar dan beri perhatian sambil tersenyum.

Sesekali dia memotong cakap saya dengan kisahnya, (ini yang saya suka. Dia buat saya tak terbabas, syok sendiri bila bercakap)… Dan dia akan tersenyum lagi dan kadang-kadang tertawa dengan joke yang saya buat. (Bila saya tulis pasal dia ni, saya terbayangkan senyuman #lmt yang manis. Macam caramel macchiato di Starbucks.

5. Simple dan sempoi sampai kita tak ada sebarang jurang perbezaan dalam pelbagai sudut. Yang tak sombong dengan kemewahan, yang tak terlalu ikut rules (hanya patuh arahan yang patut), yang mudah dibawa berbincang, tak sulit tentang makanan, pakaian, perwatakan. Easy going, sikap suka yang mudah-mudah, tapi bukan mempermudahkan.

Ada benda dalam hidup yang tak boleh dipermudahkan, contohnya hubungan kekeluargaan dan hubungan kita dengan Tuhan. Ia solid! Saya percaya orang yang bersikap ‘simple dan sempoi’ ni lebih gemar didekati berbanding orang yang complicated.

Trust me, i have been there with a very complicated person – we talk – but she never listen, we care – but she never trust, we discuss – but she never understand…why? At the end of the day, she make the relation worst by following her complicated need.  

6. Solat dan boleh jadi pembimbing saya. Serius, kebanyakkan kita mahukan lelaki dengan kualiti ini. Saya pun sama, saya nak Superman saya rajin solat dan boleh jadi ustaz saya. Tak semestinya dia perlu lulusan akademik tinggi dalam bidang agama, cukuplah sekadar dia tidak tinggal solat wajib, solat Jumaat, dan rajin juga bersolat sunat sekali sekali. Cukup. Setidak-tidaknya dia nanti mampu membimbing saya jadi lebih baik, jadi isteri solehah, dan anak yang berguna untuk ibu bapa hingga akhir hayat. Dan kalau dia tidak meninggalkan solat, saya yakin dia juga tak akan pernah sanggup membuat dosa lain, apatah lagi mengingkari tuntutan agama Islam.

7. Boleh diharapkan dan mampu… Lelaki yang tak boleh buat keputusan, tak berani bertanggungjawab, yang suka mengabaikan — boleh bawak dirilah, boleh blah! Saya memang tak berapa gemar ‘pengalah’, lagi-lagi yang mengalah sebelum mencuba. Pantang! Yang diharap, saya dapat real Superman yang berani berdepan masalah, yang tak lari tinggalkan masalah, yang boleh buat keputusan dan sanggup hadap tanggungjawab. Sebagai contoh, tanggungjawab terhadap ibu bapa…kalau lelaki itu sendiri tak benar-benar bertanggungjawab kepada ibu bapanya bagaimana nanti dia mampu bertanggungjawab terhadap saya dan keluarga.

Bila perempuan kahwin dengan seseorang lelaki, dia sebenarnya mengahwini keluarga lelaki tersebut. Begitu jugalah sebaliknya. Jangan pula mengabaikan keluarga perempuan, kerana ibu bapanyalah yang membesarkan perempuan yang lelaki itu jadikan isteri. Besar jasa mereka, sama besar dengan jasa ibu bapa si lelaki…

8. Jujur, penyabar dan baik hati — ini semua ciri-ciri mutlak seorang Superman. Jujur dan tidak curang. Kemudian penyabar dan sanggup berdepan tekanan sebab satu hari dia akan ada pasangan yang gila-gila, kadang-kadang cemburu, perengus, dan emosi… Lebih baik jika lelaki itu baik hati dan memahami situasi, masalah yang orang lain hadapi. Yang penting tak pentingkan diri sendiri.

Kita bukan hidup seorang diri di hutan. Kita hidup aman damai bermasyarakat… Ada keluarga, ada ibu bapa, ada adik beradik, ada jiran, ada kawan-kawan, ada majikan… jadi ada hati yang perlu dijaga selain hati sendiri.

9. Sentiasa merancang masa depan, ada misi dan berkeyakinan mengharungi hidup dengan saya… Sebab tu saya rasa hanya Superman layak dengan Supershi sebab rintangan masa depan sangat hebat, cuma yang cekal sahaja mampu bertahan. Masa depan saya — tidak digambarkan sebagai kaya raya, duit banyak bagai hartawan… Tidak! Cumanya saya mahu kehidupan yang senang, selesa, tidak meminta-minta, keluarga besar yang membahagiakan dan kehidupan harian yang menggembirakan. Itu saja. — balik berangan!

10. Dominan — saya tak maksudkan dominan macam Christian Grey dalam ’50 Shades of Grey’. Cuma saya sendiri sangat dominan, suka mengawal semua benda, suka bertindak dahulu, suka buat keputusan sendiri, suka lead… Jadi saya perlukan sama ada lelaki yang menurut atau yang boleh bertoleransi, memujuk saya untuk memutuskan sesuatu secara bersama. Kita kenal diri sendiri, saya tahu saya ni mudah dipujuk, kalau kena dengan caranya (dan ayatnya)…confirm senang, mudah cair!

Sebagai penutup, yang ini yang saya paling tak suka tentang lelaki… Penakut! Lelaki yang dalam mind beranggapan kahwin bukan mudah kerana sentiasa mengaitkannya dengan duit. Jadi dia bertindak menangguhkan perkahwinan, menjalinkan hubungan tanpa ikatan dan sanggup lari dari pasangan (ini paling teruk) hanya dengan beralasan DUIT– kesemua tindakan (lelaki) itu, wajar ditakrifkan sebagai penakut, tidak bijak dan bukan seorang yang komited dengan tanggungjawab.

Saya faham dan akur jika ‘memang perkahwinan akan datang sekali dengan tanggungjawab’. Tetapi kalau ada yang menganggap tanggungjawab itu adalah duit semata-mata, sorry, saya anggap lelaki itu tidak bijak dan kurang membaca. Ilmu dah di depan mata sekarang ni, fahaminya sahaja. Perkahwinan tak semestinya perlu mewah, sampai lelaki patut berasa perlu menangguhkannya selama mungkin. Bila bercinta, mahu pula dia…walhal itu yang lebih membuang masa, tenaga dan wang ringgit.

This is what happen to #bakteria. Dia menolak perkahwinan awal (bukanlah awal sangat pun kalau umurnya dah 30 tahun) kerana katanya, “berkahwin banyak tanggungjawab — duit”. Jadi dia hanya mahu menghabiskan masa bercinta. Pada saya ia lebih menjurus kepada ‘konflik lelaki yang takutkan komitmen’. Dia tak bersedia berhadapan realiti bahawa ‘apabila lelaki berkawan dengan perempuan berusia, tentulah perempuan itu berhajat untuk berkahwin dan bekeluarga’.

Allah SWT juga dah menjelaskan, ‘perkahwinan itu membuka rezeki’, malah DIA tegaskan lebih lagi ‘setiap anak lahir dengan rezekinya masing-masing’…

Jadi, saya harap sangat supaya teman-teman saya faham mengapa saya menolak #bakteria. Saya tak berasa rugi… dan apalah sangat hebatnya dia kalau sekadar hanya pandai mingle around dengan teman-teman saya semata-mata. Saya tidak suka orang beralasankan duit untuk semua perkara. Pada saya kesungguhan dan keikhlasan, itu yang penting!

Jadi #bakteria, boleh ‘ditongsampahkan’ kerana ketakutannya kepada komitmen. Plus, ‘sayang’ jika hanya diucap tidak pernah bermakna apa-apa pada saya kerana ianya mudah dilafazkan (PERCUMA) bila tidak disebut secara ikhlas. Berlebihlah lagi ‘tak bermaknanya’ bila saya tidak mendengarnya bernahu ikhlas apabila keluar dari mulutnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s