Puasa, Duit Raya & Belanja Zaman GST

Assalamualaikum…

Agak terlewat pada Ramadah ke-7 ni jika saya nak mengucapkan Salam Ramadan, tapi puasakan sebulan…apa ada hal! Selamat berpuasa dan terus berpuasa sampailah hari yang ke-30 nanti. Saya mendoakan anda semua dan saya sendiri beroleh ganjaran pahala yang dijanjikan melimpah ruah untuk hambanya yang rajin, tawaduk dan istiqomah menjalani ibadah, InsyaAllah.

Macam biasa, setiap tahun pun, puasa saya sedang-sedang (sederhana) saja. Baik dari segi juadah berbuka mahupun perbelanjaan harian. Cuma sesak bila menjelang raya nanti… Itulah yang duk pening memikior (memikir) ni…(sambil picit-picit dahi sendiri). Tambah lagi bila mengadap Zaman GST, ada terasa sedikit kebimbangan. Kurang lebih, ia membataskan!

Puasa
Sampai semalam, puasa saya ringkas sangat. Sahur jam 5:00 pagi dan berbuka nanti jam 7:30 (kurang lebihlah) atau lebih spesifik selepas azan di TV (Kuala Lumpur) yang disiarkan lepas bacaan doa berbuka. Jadi bacaan doa berbuka saya diketuai oleh Prof. Dr. Muhaya — sebab setiap malam dia keluar di TV3, menyampaikan tazkirah ringkas sebelum membaca doa berbuka.

Dan sampai malam ni nanti, saya berbuka di rumah saja. Belum lagi berbuka di luar. Antara jimat dan malas, saya dalam kategori malas nak keluar berbuka di luar. Saya menanti masa beriftar dengan kawan-kawan pejabat di luar dan InsyaAllah saya nak bawa adik-adik makan bufet iftar seperti tahun-tahun sebelumnya, mungkin kali ini ajak Safwan, Kyong, Abang Rizal sekali. InsyaAllah, manalah tahu kalau ada rezeki terpijak! Pun ada juga jemputan (saya dipujuk #bakteria untuk berbuka puasa dengannya) di luar. Buat masa ini saya lengahkan saja, mungkin waktu beriftar dengan kawan-kawan nanti saya ajak dia — sebab malas nak berbuka berdua, takut dianggap ‘special‘ pula nanti. Elak-elakkan dulu…

Satu yang baru datang dalam hidup saya, saya namakan #bakteria. Kenapa bakteria? Sebab bakteria ada yang baik dan ada yang buruk… Jadi saya masih tak tahu dia ni side sebelah mana. Dengan perkenalan singkat antara saya dan #bakteria, maklumat peribadi yang diketahui pun sekadar minima, saya layan sajalah dia sebagai kawan, totally kawan, walaupun dia “berhajat yang lebih besar”. “Yang lebih besar”, itu dia kata, hati dia kita tak tau! Saya tak mahu straight, jump into conclusion sebab saya tak yakin. Tak yakin sebab… Sebab saya tak nampak sebarang tanda serius mahupun anything so call “ikhlas”.

I believe if it’s true love, my heart will be “dug-dag-dug-dagwhen i finally meet the right guy. Bila dengan #bakteria…naaaaah (sambil geleng-geleng kepala). Cuma ia seronok, apabila kita bersembang dengan orang yang sebahasa (sekampong, cakap loghat Perak yang pekat sangat), kedengaran kelakar dan menghiburkan — saya pun tak pandai untuk bercakap loghat Perak yang begitu!

Duit Raya
Saya ada sikit keliru bila cakap pasal duit raya dalam Zaman GST ni. Betul, sebab pada saya ‘memberi’ — itu benda yang baik. Kan selalu kita dengar “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”, jadi kenapa tahun ini terlalu ramai yang buat keputusan mengurangkan belanja duit raya atau tidak memberi duit raya langsung. Malah yang keluar dengan pelbagai hujah supaya menghapuskan budaya duit raya. Pada saya kalau anda tak mahu memberi, maka janganlah beri…tak berdosa pun kalau anda tak beri tetapi janganlah menghalang atau menghasut mereka yang berhajat memberi.

Mengikut bahan bacaan yang disalurkan oleh Mr. Google, dalam satu forum dijelaskan bahawa jika kita anggap pemberian itu sedekah, dan yang memberi pun berniat sedekah, maka sedekahlah tu — asal jangan menamakannya sebagai ‘duit raya’ cuma kita pakai sampul duit raya sahaja — mana ada sampul Ramadan kan… Saya rasa ada beberapa penerangan tentang ini yang saya terlupa… tapi nanti saya akan google balik dan siarkannya kemudian..

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Menggembirakan hati seseorang mukmin adalah terlebih baik daripada beribadat sunat selama enam puluh tahun”.
Untuk saya sendiri, pemberian duit raya akan melahirkan senyuman di wajah anak-anak kecil, cucu jiran-jiran saya, kegembiraan di wajah makcik pakcik saya, wajah ceria dan sengeh memanjang Opah Bunga dan berlebihan lagi kelegaan pada wajah penerima duit raya yang memang perlukannya.

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Dan dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Dah namanya manusia, banyak dosa… Untunglah, Tuhan beri kita jalan ini untuk membantu mengurangkan beban dosa. Cuma yang dosa tu kena tinggal-tinggalkan, budaya memberi sedekah tu sematkan dekat dan lekat di hati supaya jadi amalah yang itiqomah dan dibuat selalu.

Tapi harus diingat, sebaik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya berlipat kali ganda. InsyaAllah, percayalah, kalau rezeki kita, kita buat benda baik — tentu ada pahalanya… Sebaiknya, kalau kita tukar budaya beri duit pada bulan Syawal kepada ‘duit Ramadan’. Lagipun tak eloklah kita beri duit raya bertujuan meniru-niru budaya kaum lain yang beri angpau sempena raya kaum mereka. Jadi kita berilah pada bulan terbaik dalam tahun Islam kita… Apa pun bersedekah itu baik dan mengembirakan hati orang mukmim itu pun baik, pakat-pakat fikir, bincang dan buatlah mana yang terbaik.

Satu lagi, janganlah menjadikan GST sebagai alasan untuk tidak bersedekat. Bersedekah itu tidak wajib, jadi tak perlulah beri jika tidak mampu. Dan bila kita katakan kita tak beri sedekah kerana GST, nampak macam kita tidak bijak atau sebenarnya tak membaca langsung tentang hal sedekah, sedangkan ia disebut banyak kali oleh ustaz-ustaz dalam soal jawab di TV, kupasan di majalah dan di Internet. Kita mungkin berkurangan duit kerana adanya GST, tapi memberi sumbangan/sedekah tidak akan memiskinkan kita. Macam sabda Nabi…

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” Hadis Riwayat Muslim

Belanja Zaman GST
Betullah, GST membebankan. Ya, ini kata saya. Kalau dulu masih ada kuih RM1 (3 ketul) di Bazar Ramadan. Tapi tahun ini, RM1.20 dan kalau kita minta hanya RM1, ada peniaga yang menolak menjualnya. Paling tidak pun peniaga jual RM2 (untuk 5 ketul kuih). Bukan harga kuih saja, kebanyakkan harga barang juga makin naik, cuma tidaklah terlalu tinggi. Mana taknya, bila harga bahan mentah naik, barang lain juga naik.

Nak mencari restoran yang menyediakan bufet iftar pada kadar yang rendah pun dah tak ada. Tahun lalu, saya boleh lagi bawa keluarga berbuka di Restoran Arab dengan bayaran RM39 seorang, sekarang kedai yang sama pun dah naikkan kadar sampai RM59 seorang. Itu belum lagi kita cakap pasal hotel, kalau harga tak dekat RM100 tak sah. Dah pasarannya begitu, yang mampu sajalah yang mengadap. Yang ala-ala makan pagi petang berkais-kais macam saya, kita redha saja dengan apa yang ada. InsyaAllah, kalau niat kita baik, dipermudahkanNyalah nanti.

Bila mula GST, ramai yang menjangkakan kemerosotan ekonomi. Saya tak sokong dan tak nafikannya. Saya tak arif dalam bab ekonomi ni. Tapi saya rasa memang akan ada yang terjejas, tapi kalau pengurusan sesuatu syarikat itu baik, dengan perancangan yang betul, InsyaAllah ada GST atau tidak, tetap akan membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Cuma satu cara saja nak memenangi hati pekerja di Malaysia waktu ini iaitu pemberian bonus! Setakad ini di pejabat tempat saya kerja dah ada banyak rumor tentangnya. Ada yang kata mungkin tiada, ada yang kata ada. Keputusannya belum tahu lagi, tapi dalam hati semua staf mengharap akan merasa duit bonus. InsyaAllah, saya percaya kalau dah rezeki kita, tentulah milik kita.

Selamat menyambut Ramadan dan semoga anda tekun menjalani bulan Ramadan penuh ganjaran  selain terus bertabah menghadapi Zaman GST ini.

Assalamualaikum…

Advertisements

One thought on “Puasa, Duit Raya & Belanja Zaman GST

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s