Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat

Assalamualaikum…

Saya jarang tulis post di bawah tajuk ini, sebab saya perlu buka main admin page untuk dapatkan maklumat sebelum mula menulis. Iyalah, it’s going to be about fact of this blog all the way. Bukan rekaan, ia benar dengan maklumat yang disediakan oleh pihak WordPress. Sebagai pengguna Wordperss, i’m thankful sebab mereka sediakan dan siapkan semuanya.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pembaca blog ini yang saya tak tahu siapa dan mengapa anda berbuat demikian. Thanks a lot sebab anda buat hidup saya lebih warna.

Trivia kali ini membawakan anda statistik tentang post dan pelawat. Kita mulakan sekarang…4…3…2…1…, mula:

2008 – saya mula menulis. Keseluruhannya 64 post dan tidak ada pelawat yangt datang mengunjungi blog apalagi membacanya. Tiada masalah sebab ia diari peribadi saya…

2009 – saya aktif menulis sehingga menghasilkan 104 post yang kebanyakkannya adalah cerita-cerita kelakar yang berlaku dalam hidup saya. Hahahahaah…gelak setiap kali membacanya semula. Tahun ini ia dibaca sebanyak 1416 kali oleh pelawat. Bilangan pelawat waktu ini belum ada sistem kiraan oleh word press, jadi kita pun tak tahu berapa yang melayari blog ini.

2010 – hanya 74 post. Bila post sikit ia tentu akan kurang dibaca, iaitu sekitar 599 kali sahaja.

2011 – tahun penuh payah. Pada waktu ini saya memberhentikan siaran blog kepada umum. Saya takut kerana dipanggil oleh pengurusan (pejabat) oleh sebab saya bercerita tentang kerja saya di blog. Saya berasa marah dah bengang. Hati muda, jadi saya privatekan. Hanya ada 7 post, itu pun dibaca sebanyak 50 kali. Tulisan penuh kontroversi (kata mereka) pun bukanlah apa-apa sebenarnya!

2012 – saya bermula semula. Saya pastikan blog saya aktif dan boleh dijadikan tatapan umum. Saya ubah sedikit gaya penulisan dan topik, namun masih mengekalkan bahawa ia adalah blog peribadi saya dan ia tetap tentang saya! dengan 35 post dan dibaca sebanyak 351 kali.

2013 – Tahun saya cuba berkreatif. Betul, dengan sedikit penambah baikkan ia menjadi lebih baik. Saya menambah topik kegemaran umum (yang selalu dibincangkan secara sulit dengan teman-teman rapat) sebagai bahan yang didedahkan untuk membantu pembaca. Oleh kerana tujuannya untuk membantu, jadi saya menukarnya kepada artikel jenis tips atau panduan. Contohnya tips tentang penampilan diri, masalah cinta dan masalah kerjaya. Lalu apa yang saya dapat (blog ini terima) dengan 50 post pada tahun itu… 3969 kali post dibaca dan 2763 pelawat mengunjung blog ini. Alhamdulillah.

2014 – Saya cuma mahu terus menulis tentang saya, cerita taya… kemudian memberi sedikit tips, mendedahkan pandangan saya tentang sesuatu. Sama ada dipercayai, diterima atau sebaliknya — saya tidak kisah sama sekali! Dengan 66 post yang dibaca sebanyak 6533 kali, ia membawa masuk 5246 pelawat menjengah blog ini. Terima kasih semua, alhamdulillah.

2015 – saya harapkan yang baik-baik sahaja. Cuma tahun ini, pelawat yang berkunjung pada bulan Disember, InsyaAllah akan diberi hadiah istimewa. Cuma perlu beri saya nama penuh, alamat, no. telefon sahaja. 

Kembali kepada post…saya tulis tentang diri saya (saya dah maklumkan tadi), kemudian tentang hal kerja saya (sampai pernah diberi amaran), tentang apa yang saya suka (minat dan hobi), pandangan (tentang isu semasa), panduan (tips) dan macam-macamlah. Dalam banyak-banyak tu yang kerap orang baca adalah perkara berikut (mengikut statistik post yang kerap dibaca dari 2013-2014):

Untuk tahun ini, post di atas masih dapat sambutan, namun ada tambahan bagi bahan dari kategori Tips@top. Jadi semoga saya diberi kesihatan untuk terus menulis di sini berkongsi setiap yang berlaku dalam hidup saya. Mudah-mudahan yang baik dapat diikut dan yang buruk pula dijauhkan. Insya-Allah.

Nota: Ini adalah pengumuman awal bahawa saya (pemilik shi & kisahnya) akan memberikan hadiah istimewa kepada pengunjung blog ini pada Disember 2015. Jangan ketinggalan. Tunggu pengumuman rasmi Disember nanti ya..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s