Kecewa . Rude . Sabar

Assalamualaikum… Entah apa lagi yang berlaku kepada diri ini…saya agak lebam, lesu, lembab.. Saya siap berasa sangat frust dengan diri sendiri.

1. Muka saya naik jerawat. Arghhhh! Saya ni adalah jenis manusia yang sentiasa fikir, biarlah badan besooor asalkan muka tak berjerawat. Setiap hari, setiap pagi sakit hati saya bila tengok cermin, nampat jerawat yang baru-baru nak naik, jerawat yang sedang ranum dan bekas-bekas jerawat bagai lubang jerangkap samar. Pening kepala memikirkan masalah jerawat ni… Timbul satu, letak ubat kemudian kecut, kecut satu lepas tu timbul satu lagi… bekas jerawat lagi! Jenuh membeli ubat…

2. Berat badan naik lagi… Melepasi had kritikal yang saya tetapkan, iaitu 72. Seingat saya ini berat masa saya tingkatan empat. Lepas nekad kurangkan berat badan di UiTM dulu, saya cuba konsistenkan tak lebih 72, normal saya antara 62-72 (turun naiklah). Malangnya, sekarang 75. Aduiyyai, masalah lagi! Tiba-tiba (dalam mood bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba), saya anggap (teranggap) masalah ini sebagai yang paling berat. Saya ni dahlah memang berat, ditambah pula dengan masalah yang memberat ni, berganda-gandalah beratnya… Tak pasal-pasal, terpaksa diet. Awok (orang Perak bahasakan diri sendiri) dahlah memang bukan jenis kurus, bapoklah (orang perak maknakan sebagai superteruk) susahnya nak turunkan berat badan…

3. Kerja pun banyak hal, lagi-lagi dua tiga minggu selepas habis pesta buku ni… Mengeluh memanjang! Dengan kerja yang banyak, ditambah arahan itu ini, tak terkejor teman. Sampai kerja sendiri pun tak terbuat. Susahnya, hati macam tak tenteram. Nak buat kerja tapi hati tak senang. Buat ini, tinggal yang itu. Buat itu, yang ini terbengkalai. Yang paling teruk, kerja saya tak menjadi… Salah memanjang! Berperang dengan masa lagi…

4. Masalah dalam dan luar. Tapi satu ni berat – gini, banyak kerja boleh terima asal tak melibatkan orang yang ‘rude’ (kurang ajar). Dia sangat melampau, pentingkan diri sendiri, kurang ajar (dah sebut tadi), tak berbudi bahasa, perasan bijak (atau bagus) and super arrogant woman! Pelik, dia seorang je tapi boleh buat satu bahagian saya kecoh. Ingatkan dengan bahagian saya saja, rupanya bermasalah jugak dengan hampir semua orang di pejabat, kira sepejabatlah. Nasib baik dia ni bukan satu bahagian atau Jabatan dengan saya. Kalu tak mati dik, ramai berhenti kerja sebab tak tahan dengan Adik. Pesanan untuk adik tu; Adik, bawak-bawaklah menunduk sikit, memandang ke bawah sekali sekala…asyik tengok atas je kang tersandung kang, terjatuh kat becak. Malu dapat, sakit pun dapat… Orang lain boleh pandang mendongak lebih tinggi dari awak, tapi diorang tak buat sebab sentiasa memikirkan orang lain. Nak pandang mana pun biar berjemaah, sama-sama naik, sama-sama turun. Tak jatuh sorang-sorang dik…

5. Raya dah nak dekat, masa-masa inilah banyak nak guna duit. Saya dah mula korek mana yang patut untuk belikan baju raya mak abah dan adik.. Masa ini jugaklah ada road tax dan insuran perlu diselesaikan.. Kalau dapat bonus dari company, alhamdulillah… Bagus  jugak ni.. Saya berdoa agar company boleh bagi bonus.

Saya salahkan diri sendiri, mungkin saya tak banyak bersedekah, tak banyak dhuha, atau entah apa dosa saya sampai DOA saya tak diterima. Tapi saya akan terus berusaha, berdoa, berdhuha supaya Tuhan murahkan rezeki saya, untuk mak abah, keluarga dan diri saya sendiri.

6. Memikirkan belanja raya yang saya rasa akan tinggi lagi tahun ni, lagi-lagi zaman GST. Harga barang naik, pun tetap juga kita kena beli. Moga dipermudahkan Allah SWT segala masalah kewangan ini. Saya bercadang nak buat part time, tapi risaukan masalah masa. Saya pula tak berapa nak percayakan job online di Facebook yang iklannya tayang-tayang duit dan mengamalkan budaya cium dan hidu bau duit. Pelik pulak rasanya. Tapi kena jugak cari duit tambahan ni…

7. Apa yang saya rancang dari awal tahun semua tak menjadi. Ada je silap percaturan sana sini… Apa pun jadi, saya harap saya kekal sikap tidak mementingkan diri sendiri – family first. Kemudian bantu yang betul-betul memerlukan dan akhir sekali baru diri sendiri.

8. Company mula sekat penggunaan internet, sekat carian Google dan laman hiburan. Saya marah, sikit, geram pun ada sebab tak boleh buka YouTube, torch music, TONTON, semua pun tak boleh. Kalau nak sekat sepatutnya dibuat dari awal, bukan bila staf dan cecaj 130 orang ni… Yang hairannya, Beautifulnara tak pula diorang sekat. Bila dah masuk dua minggu, saya rasa okay je! Sekarang saya nak dengar lagu, saya pasang radio di hand phone, nak tengok YouTube pun saya guna hand phone…saya bayar bil sendiri. Senang! Yang saya frust, saya tak dapat dengar Speechless Lady Gaga sebab saya tak download sebelum ni dan susah nak download… Lagu lamalah katakan. Tapi saya dah jumpa penyelesaiannya, SoundCloud — boleh dengar lagu percuma!

Semoga saya sentiasa didampingi sabar. Dan semoga kesabaran saya selama bertahun akhirnya nanti memberi sesuatu kepada saya. InsyaAllah… Saya akan sabar nantikan hingga tahun ke sepuluh… Demi keluarga saya Ya Allah.

9. Sakit! Saya kerap sangat sakit tahun ni.. Kenapa? Mungkin saya banyak berdosa… (mungkin tanda kematian, takut). Saya demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Kadang-kadang pergi klinik, tapi kalau ubat klinik tak jalan – saya beli ubat je di farmasi. Bayar sendiri pun takpa, janji sihat cepat. Saya bila sakit, malam je kena makan maggi ayam (sup) dan terbiasa dari kecil. Dan bila hampir setiap malam saya makan benda yang sama, saya tahu saya sedang sakit teruk.

10. Mata asyik berkedip. Yang sebelah kiri. Serius, benda ni buat saya bimbang. Boleh jadi berita baik, boleh jadi berita buruk. Saya berdoa agar ia adalah sesuatu yang baik, kalau berita biarlah yang menggembirakan. Saya tak sanggup hadapi sebarang berita kurang ‘manis’ dalam keadaan sembilan tekanan (masalah) yang saya cerita tadi. Saya betul-betul harap ia benda yang ‘manis’, sedap didengar dan besar hati nak dihadap, barulah mudah je ditelah dan dihadam.

Kata orang tak baik mengeluh. Logiknya, bila kita tak mengeluh – maknanya kita redha terima ketentuan yang diatur Tuhan untuk kita. Sekarang saya sedang menuliskan semua perkara yang menjadi keluhan saya sepanjang tiga minggu (bulan Mei). Mudah-mudahan lepas ni dah tak mengeluh lagi… InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s