tips@top: Putuskan Hubungan Cinta – Punca Perpisahan

Assalamualaikum..

Kalau anda sudah membaca, post minggu lalu, ini sambungannya. It’s a trilogy of tips on how to broke up.

Maaf jika post ini membuatkan berasa pelik. But actually i’m not really sorry coz this topic are requested by one of my best friends. And i’m feel great if i can give a hand to help in any way.

Okay, kembali kepada topik! Memutuskan hubungan bukanlah mudah, ia tidak salah tetapi selalu ditakrifkan sebagai negatif. Islam sendiri menghalalkan perpisahan (perceraian). Jadi kalau takat anda dan pasang yang baru bercinta sebulan dua, kemudian rasa macam tak boleh bersama lagi, jadi tak perlulah menyeksa diri. Berpisah adalah solusi terbaik. Mungkin ‘dia’ bukanlah orangnya…kan…

tips@top kali ini saya bawakan punca-punca perpisahan yang terang-terang selalu diperkatakan sebagai faktor perpisahan, perceraian dan kegagalan sesuatu perhubungan. Kalau anda nekad mahu berpisah dengan pasangan anda, boleh juga lah menggunakannya sebagai punca kegagalan hubungan anda. Tapi jangan kata saya hasut anda pula ya! Bersabib perkara ini:

1. Curang : ini sebab utama dan selalu jadi penyebab perpisahan/perceraian paling berkesan di Malaysia dan di dunia. Faham-faham sendiri, siapa yang sanggup dicurangi. Sekali anda curang dan ditangkap, anggaplah peluang anda untuk kembali kepada pasangan (seperti dahulu) hancusss! Untungnya kita ni orang Islam, kesalahan curang ini kadang kala kita jernihkan dengan perkahwinan poligami, itupun kalau isteri jenis yang menurut dan sangat bersabar. Jadi, jika anda mahukan perpisahan dengan pasangan lakukan salah satu dari perkara ini; tangkap kecurangan pasangan anda dengan kekasih barunya; atau anda sendiri tunjukkan kecurangan anda dengan kekasih baru anda. Sama saja penghujungnya, berpisah.

2. Tak Jujur/Menipu : biasakan, mana-mana pasangan yang tak jujur, saling menipu, menyelindungkan sesuatu, lambat atau cepat bila ia dapat dihidu, tentu akan berlaku pertengkaran besar dan akhirnya menjejaskan hubungan. Tidak jujur dan menipu ni selalunya adalah langkah mula kepada kecurangan. Sama saja konsepnya, bila pasangan menipu dan kemudian tembelang pecah, ia bolehlah dijadikan punca perpisahan.

3. Cemburu : baik lelaki, mahupun perempuan, tiada siapa pun yang suka kan cemburu yang berlebihan. Cemburu berlebihan akan membawa perasaan ‘dikongkong’ lalu menyebabkan pasangan berasa jemu dan bosan. Ini jalan termudah yang boleh digunakan untuk berpisah dengan pasangan, caranya anda perlu tunjukkan cemburu yang berlebihan kepadanya sehingga dia rasa tertongkong dan tak boleh lagi bersabar. Senang saja, hubungi dia setiap 30 minit dan ikuti aktiviti dan pergerakkannya. Lebih real jika ganggu secretary atau rakan pejabatnya (dengan kerap) untuk mengawasi pasangan anda. Control perbelanjaan dan rakan-rakan yang dia jumpa, selain segala panggilan, SMS dan WhatsApp…lama-lama pasangan anda tentu bosan dan rasa tidak bebas, lalu dia sendiri memutuskan untuk berpisah.

4. Komunikasi : bagi pasangan muda mudi, inilah yang selalu berkesan sebagai punca perpisahan. Betul, dahlah dengan ilmu di dada (ilmu agama) kurang, makan garam (pengalaman) pun kurang, kegagalan berkomunikasi, akhirnya membesarkan lagi masalah, kemudian terus memerus jadi sebab kepada perpisahan. Si suami kata A, yang isteri pula faham B. Bila isteri cakap C, suami pula anggap D…sudahnya sampai habis Z pun, masih tak settle masalah. Nak berpisah guna kaedah ini, anda cuma perlu putar belit semasa berkomunikasi. Bila pasangan anda naik marah, dia anggap anda tak bertanggungjawab…lepas tu anda akan dapat jawapan yang anda mahu, berpisah!

5. Kewangan : di akhbar, selalu menekankan ini sebagai salah satu faktor perpisahan dalam zaman ini. Mengalahkan keharmonian sesebuah keluarga, sesuatu perhubungan itu bersabib hanya pada duit semata-mata. Saya bangkang yang arif! Tapi benarlah, bagi sesetengah orang duit sangat penting, gaya hidupnya sangat penting, kedudukannya sangat penting, dan bila pasangan tidak dapat (lagi) memberikan semua itu, mereka nekad untuk berpisah. Jika anda telah biasakan pasangan anda dengan ‘duit’, bila anda mahu berpisah dengannya, maka gunakanlah kaedah yang sama, ‘duit’ juga!. Caranya, sekat semua bentuk dana yang anda biasa beri kepadanya, berhenti membiayai perbelanjaannya di shopping mall, ambil semula hadiah, kereta dan rumah – katakan padanya anda ada masalah kewangan dan perlu jual semua harta benda anda. Kalau dia rela hati dan sanggup membantu anda, mungkin anda patut fikirkan semula perpisahan itu – dia mungkin ikhlas menyayangi anda bukan kerana harta dan wang!

6. Kurang Perhatian : sebab yang ini hanya untuk pasangan yang manja sangaaaaaaat! Kalau time bercinta bergayut 24 jam, berkepit 24 jam, tentulah pasangan akan berasa janggal, pelik, sunyi dan kurang diberi kasih sayang terutama jika tiba-tiba pasangannya menjauhkan diri, berdiam diri atau tak ada masa untuknya. Walaupun salah satu pihak akan berusaha membetulkan keadaan, supaya semuanya kembali seperti biasa, namun jika satu pihak lagi berkeras untuk menjauhkan diri — ia tetap tak jalan dan perhubungan tidak dapat diteruskan. Anda buatlah benda yang sama jika mahu gunakan cari ini.

7. Bosan : serius, punca yang dihuraikan di atas (#1 sampai #6), semuanya akan membawa kepada perpisahan disebabkan punca #7, iaitu bosan. Mudah ditafsirkan, bila sesuatu hubungan itu bermasalah (kecil atau besar), bila pasangan tak berusaha mengatasinya, bila ia berlarutan dan hubungan menjadi hambar, kebosanan akan menyelit menjadikan hubungan itu kaku dan kian tidak bermakna. Tamatkan hubungan sengsara itu dengan perpisahan dan binalah hubungan baru yang anda akan benar-benar hargai.

8. Kritikan : memedihkan dan pada saya sangat kejam. Gini, kebanyakkan (sebenarnya semua kita) tak suka dikritik – lebih-lebih lagi boleh pasangan kita sendiri. Kritikan berterusan boleh membunuh tau! Mula-mula kritikan dianggap biasa (alah tabiat normal manusia jika tak puas hati), lama-lama bila asyik dikritik kita jadi menjauh hati, dikritik lagi bertubi-tubi sampai menerbitkan rasa benci, akhirnya terus kan mengkritik dan ‘aku akan pergi’. Kalau anda mampu bertindak kejam dan tak berperasaan, silalah guna kan kaedah ini, dijamin pasangan anda akan lari.

9. Suka membandingkan : kalau kritikan itu perbuatan kejam, perbuatan membanding-bandingkan ini pula amat menyakitkan. Pantang dalam setiap perhubungan adalah membicarakan pasangan kita (sekarang) sebagai tak berapa elok jika dibandingkan dengan pasangan kita (dulu). Sebab tak ada yang suka dengar tentang kebaikkan, kelebihan bekas pasangan…kenapa perlu diungkitkan lagi, seolah-oleh bekas kekasih itulah yang terbaik. Benda ni ‘makan dalam’ (sakit hati) punya cerita. Buat sekali sekala tak apa, buat banyak kali? Pasangan anda lari!

10. Tidak bersyukur : memanglah kalau expectation terlalu tinggi terhadap pasangan boleh memutuskan harapan berkekalan sesuatu pasangan. Selagi mana kita tidak boleh terima pasangan kita seadanya, selagi itulah kita meminta-minta dan lebih teruk jika kita sentiasa mendesak. Ini yang tak boleh diterima akal, ibaratnya dah dapat emas, nak Intan berlian pulak dalam masa yang sama. Terus kan mendesak, bila pasangan anda naik jemu tentu dia tinggalkan anda.

Tips@top di atas bukan bertujuan menggalakkan anda dan pasangan berpisah. Cuma bahan bacaan ringan yang diminta boleh kawan.

Semoga hubungan anda dan pasangan kekal ya. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s